Greetings

Wednesday, May 30, 2012

Scorpene: Politik kotor SUARAM dan pembohongan saat akhir


Sudahlah .... RPK pun ngaku ianya reka-cerita

Isu scorpene ditimbulkan oleh pembangkang ‘di saat-saat akhir’ sebelum pengunduran Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai senjata terakhir untuk memastikan Dato’ Seri Najib tidak akan ditabalkan sebagai pengganti beliau.

Setelah gagal mengubah takdir di mana Dato’ Seri Najib telah dilantik sebagai Perdana Menteri, isu ini diteruskan oleh pembangkang dengan harapan dapat memendekkan tempoh pemerintahan beliau.

Seperti yang diketahui, pembangkang menggunakan berbagai-bagai jenis penyamaran untuk menyerang BN, antaranya Majlis Peguam, Suhakam, Himpunan Hijau, Suaram dan macam-macam lagi yang semuanya bersikap memusuhi kerajaan.

Dalam kes scorpene ini, pembangkang telah menggunakan Suaram untuk melancarkan serangan awal bagi pihak mereka.

Sebagai permulaan, Suaram telah memfailkan aduan terhadap DCNS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia di mahkamah Perancis kerana ‘mengesyaki’ kegiatan rasuah dalam urusan pembelian kapal selam tersebut.

Isu ini dikatakan berkait rapat dengan pembunuhan Altantuya Sharibuu, seorang model Mongolia yang kemudiannya cuba digambarkan sebagai mempunyai hubungan sulit dengan Perdana Menteri.

Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel dilaporkan berkata, “kes ini spesifik kepada pemberian komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar.”

Dah kesitu pula ... kalau sebelum ini, Suaram kata pada bukan September, Najib dan beberapa orang lagi akan dipanggil mahkamah. Tiba-tiba bulan April baru nak buat permohonan ke mahkamah?

Sebelum mahkamah siasat, SUARAM perlu yakinkan ada asas untuk mahkamah siasat. Tunggu ada ke asas lagi? Kerana sebelum mereka jumpa lawyer yang ada, tiada orang mahu ambil kes mereka.

Kemungkinan Anwar guna high level contact dengan ejen asing untuk reka cipta konspirasi baru. Kerana ikut konpirasi lama, Anwar tak dapat buktikan ada komisyen RM500 juta kepada Najib. Dia janji nak tunjukkan document dari Ijok 2007 tapi sampai lani tiada.

Hairan kenapa SUARAM timbulkan hanya isu 114 juta euro kepada Perimeker, mana dia isu faks dari Najib mintak USD1 billion komisyen? Mana dia cerita ada kompeni nama Terasasi yang dituduh dapat komisyen dan main suka cakap aje kata untuk UMNO?

Kalau setakat isu duit pada perimekar, semua tertulis dalam kontrak bertarikh Jun 5hb 2002. Bagi bayaran itu, Perimekar bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan berikut:

- menyediakan kediaman lengkap bagi 27 keluarga pegawai di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun.

- Menyediakan pejabat urusan dan kediaman lengkap bagi krew kapaal TLDM seramai 156 orang dan 30 staf penyelenggara pengkalan di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun.

- Membayar elaun harian dan elaun krew kapal selam sebanyak EURO50 sehari setiap seorang untuk tiga tahun pertama dan EURO60 sehari seorang untuk tiga tahun kedua.

- Membiayai kos penerbangan pergi-balik setiap krew kapal selam untuk balik bercuti ke Malaysia setiap empat bulan sekali.

- Syarikat ini juga bertanggungjawab memastikan penyertaan syarikat Malaysia dalam pembinaan dan membantu syarikat yang berpotensi untuk menyertai program offset.

- Membantu kontraktor utama berhubung prosedur kerajaan dalam perlaksaan kontrak.

- Menyelaras latihan antara krew, kontraktor dan kerajaan.

- Menyediakan laporan koordinasi dan lain-lain lagi.
Kiralah sendiri berapa agak-agak menelan belanja?

Ada ke RM500 juta yang anwar tuduh Najib????

Baca sepenuhnya di Merah Mato sini

4 comments:

  • Anonymous says:
    May 30, 2012 at 3:59:00 PM GMT+8

    Ingat tak semasa ceramah di Dataran Merdeka pada 2008,Anwar (kaki pembohong ) dgn angkuh mengatakan dia ada berpuluh2 kotak mengandungi"rahsia" mengaitkan pemipim2 BN/UMNO melakukan rasuah.Dah 4 tahun berlalu Anwar belum lagi bongkar kan lagi kes2 ini.Sebaliknya video sex,video China doll etc timbul.Itulah Allh swt melarang FITNAH terhadap sesama saudara seagama.

  • Anonymous says:
    May 30, 2012 at 9:55:00 PM GMT+8

    Dengar Anwar dok cipta cerita menipu......setan dan iblis pun boleh pengsan


    Ostad Kassim
    Bekas Imam 2, Masjid Permatang Pauh

  • Anonymous says:
    June 1, 2012 at 3:36:00 PM GMT+8

    Tak apalah, kita sama2 tunggu apa kesudahannya tidak berapa lama lagi. Lepas tu baru kita tahu siapa politik kotor dan siapa politik bersih. Tiada gunanya kita bertengkar sekarang.

  • Jafri says:
    August 12, 2012 at 10:34:00 PM GMT+8

    Dari kaca mata saya sebagai warga Singapura yang berusia 47 tahun dan telah berkhidmat didalam perkhidmatan awam selama 22 tahun; arah politik Partai PKR adalah sangat tidak profesional dan merugikan negara Malaysia sendiri. Cadangan yang diberikan adalah lebih berbentuk "rhetorik" dan "populist" yang tujuan nya hanyalah untuk memancing undi bukan untuk kemakmuran negara dan masyarakat Malaysia. Kedua, strategi PKR untuk menimbulkan keadaan huru hara di Malaysia dengan mengapi apikan emosi masyarakat di Malaysia adalah sangat merugikan negara. PKR tidak menunjuk kan ciri ciri sebagai sebuah partai politik yang berwibawa dan perihatin terhadap masa depan Malaysia.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)