Monday, May 28, 2012

Orang muda tolak PKR di Selangor?


Kementeriaan adakan perhimpunan belia, Selangor pun nak buat Perhimpunan Belia Selangor.

Pada sabtu lepas, kononnya diadakan Himpunan Dan Konvensyen Belia Negeri SELANGOR 2012 oleh kerajaan negeri.

Acara yang bertemakan Anak Muda Penentu Kepimpinan Dan Pemacu Pembangunan SELANGOR & Negara diadakan di Dewan Raja Muda Musa,Kompleks Belia Dan Kebudayaan Selangor, Seksyen 7, Shah Alam.

Malangnya 15,000 yang diharapkan rupanya hanya 150 yang datang. Jumlah ini dah termasuk Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman, Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus dan hairi.

Persediaan penganjur hebat. Ada 4 kaunter pendaftaran mengikut kategori NGO, Orang Awam, Mahasiswa, dan Penggerak Belia Tempatan(PeBT). Kerusi disediakan sebanyak 1ebih kurang 50 meja makan dan 2 skrin putih.

Anwar Ibrahim patut hadhir pada pukul 9 pagi tapi tunggu punya tunggu, akhirnya bila tiada orang, ADUN Kota Anggerik yang datang sebagai Wakil MB, Yaacob Sapari umum anwar tak datang.

Biasalah stail Anwar dari dulu dalam UMNO hanya akan datang bila orang ramai ....hehehe

Anwar bohongi belia yang hadhir dengan mengatakan dia ada program lain. Kalau ada program lain, kenapa beritahu penganjur nak datang? Ngaku sajalah program tak ada sokongan.

Baca juga di Sel13 sini


Begitu juga sambutan untuk PKR di Felda Semenchu.

Dalam 10 pagi Rabu lepas pada May 23hb, penduduk telah membantah rancangan PKR untuk adakan ceramah pada May 31hb ini.

Dengan diketuai oleh Faizal Bin Samad, Pengerusi Belia Felda Semenchu, hampir 96 orang membuat bantahan di perkarangan luar IPD Kota Tinggi selama 20 minit tanpa sebarang insiden.

Penganjur majlis tunduk dan umumkan pembatalan.

3 comments:

  • usin says:
    May 28, 2012 at 12:03:00 PM GMT+8

    tukang gali kubur tengah sibuk bnyk job kt s'gor. nk tanam dalam2 pkr sampai lapisan ke 7. tinggalkan pas dan dap tanpa pkr. wellcome to selangor

  • Anonymous says:
    May 28, 2012 at 12:45:00 PM GMT+8

    Bayang kan bagi mkn free pun org muda x nak hehe

  • Anonymous says:
    May 28, 2012 at 1:07:00 PM GMT+8

    bukan begitu, sebanarnya dalam perhimpunan itu tidak ada unsur keganasan, tidak ada aktivit memaki polis, tidak ada perbuatan merosakan harta awam, makanya orangpkr, dap dan pas tidak akan memberi sambutan terhadap program yang mempunyai nilai-nilai murni, mentaati undang-undang. majlis peguam pun tak nak masuk campur pasal peluang nak buat duit tak dapat, suhakam pun tak nak lihat sebatak ada isu nak kristik kerajaan pusat, polis dan penguatkuasa undang-undang. dia orang ni bukannya berminat kalau mengadaakan aktiviti perhimpuan yang mematuhi undang-undang.

fda

Link2Me WeLinkBk (254)