Wednesday, May 16, 2012

FItnah LGE mahukan undi India


Berhubung kenyataan yang didakwa Guan Eng yang berbaur perkauman dan hasutan semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri Isnin lepas, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Datuk Azhar Ibrahim, membuat laporan polis.

Azhar yang juga Ketua Pembangkan DUN Pulau Pinang yang digantung baru-baru ini berkata kenyataan Lim menimbulkan kegelisahan dalam kalangan rakyat dan boleh berlaku perbalahan kaum serta mengancam keharmonian negara.

"Saya buat laporan polis hari ini atas nama ADUN Penaga dan saya mahu polis menyiasat kenyataan yang telah dibuat Ketua Menteri Pulau Pinang kerana ia merupakan satu hasutan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Lebuh Pantai di sini.

Yang turut hadir peguam Azhar, Abu Bakar Sidek dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir dan ADUN-ADUN UMNO.

Lim sebelum ini dipetik sebagai berkata: "Sekiranya UMNO kembali berkuasa, saya rasa semua kuil Hindu terancam".

Ketua Menteri itu bagaimanapun berkata, beliau membuat kenyataan itu bagi merujuk kepada insiden perobohan rumah berhala yang terletak dalam kawasan pelabuhan Pulau Pinang oleh Penang Port Sdn Bhd (PPSB) baru-baru ini.

Azhar berkata ayat 'terancam' yang digunakan oleh Lim adalah sesuatu yang sangat berbahaya dan berunsur hasutan kepada kaum India agar membenci orang UMNO iaitu orang Melayu.

"Walaupun kenyataan itu dibuat semasa Persidangan DUN dan Lim mempunyai imuniti, tetapi ia telah didengar secara langsung oleh orang ramai dan kenyataan berkenaan berbaur hasutan.

"Perkara ini bukan boleh dimain-main kerana ia melibatkan hasutan dan kita serahkan kepada polis untuk menyiasat berhubung kenyataan Lim," katanya.

Cili Api Bloggers

Ini ternyata adalah manipulasi isu kuil Hindu di Selangor yang diputarbelit kisah sebenar oleh Samy Velu dan Hindraf terhadap Khir Toyo.

Kuil-kuil di bina di tempat yang tidak dapat kebenaran PBT. Maka perlu di robohkan dan ada usaha untuk berikan kawasan untuk bina yang baru tetapi mereka buat macam-macam helah.

Mereka minta tangguh dan dipersetujui tanggunh. Sebaik nak diroboh, mereka mungkiri janji.

DAh lebih 60 tahun merdeka, dan ada beribu kuil di Malaysia, apa isunya?

Palanivel pun nafikan

1 comments:

  • Anonymous says:
    May 16, 2012 at 8:38:00 PM GMT+8

    Kalau dah nak terlungkup, mulalah cari undi.
    DAPigs tak boleh percaya

    Hidup UMNO-BN !!!

    Pelabur Bijak
    https://uinvest.com.ua/?amigosid=15959

fda

Link2Me WeLinkBk (280)