Thursday, April 12, 2012

Wacana Politik, kurang hadhirin dan kurang mantap


PKR mengadakan
'Wacana Politik yang bertajuk "Pendidikan Percuma, Apakah Sekadar Mimpi" di Dewan Kiambang, Sek. 7, Shah Alam.

Inilah ceramah yang kehadhiran Anwar menunjukkan aura mula pudar. Baca Tok Selampit sini.


Gambar diatas adalah ihsan Tok Selampit juga.

Pembuka ceramah adalah Exco kerajaan Negeri Yaacob Sapari, orang disebalik Raja-Raja Pasir Selangor. Katanya, AUKU wujud ketika Tun Dr Mahathir menjadi Menteri pelajaran untuk agenda mencengkam pelajar.
Apa hasil dapat dari cengkam pelajar?

Itu tujuan supaya pelajar tumpu kepada pelajaran kerana kaki demo dan politik semua hancus pelajaran masing2 tak seperti pelajar aktivis di barat yang juga adalah pelajar yang progresif.

Hairan kenapa pulak Menteri diungkit. Kenapa tak ungkit Tun Abdul Razak adalah Perdana Menteri ketika itu? Setiap keputusan perlu kelulusan jemaah Menteri dan diperkenan Agong. Patut salahkan semua jemaah kabinet dan Agong sekali.

Kenapa tak sebut Anwar Ibrahim pergi mengadap Tun Hussein Onn berkenaan AUKU dan hujahnya dipatah 18 dan menjadi lauk untuk gulai kawah?
Dia turut menyebut mengenai kejayaan kerajaan Selangor meningkatkan rizab kepada RM600 juta walaupun program kebajikan dijalankan.
Satu, boleh percaya ke angka akaun kerajaan negeri kerana Khalid banyak lakukan manipulasi akaun.

Kedua, kenapa sebut rizab RM600 juta? Hari itu, Khalid sebut rizab naik sampai RM.6 billion? Pasal pada RM1.6 billion, dia masukkan bayaran kerajaan tahunan pusat sebagai rizab padahal itu untuk operasi atau cashflow item.

Ketiga, satu penipuan untuk mengatakan program kebajikan dijalankan. Yayasan Selangor tutup tu apa? PKNS jadi pemaju hartanah harga tinggi kenapa? Tengok senarai janji mereka, dah dipenuhi ke?
Yaacob mengatakan kejayaan PR jauh lebih baik dari zaman pemerintahan BN kerana Pakatan rakyat jauh lebih telus dalam menjalankan tanggungjawab tanpa sebarang kebocoran.

Isi bakul angkat sendiri nampaknya. Lombong pasir haram itu tak ke ketirisan. Kenapa hasil sebenar jauh lebih dari unjuran kerajaan negeri?

Kata tak ada kontrak direct nego tetapi kenapa begitu banyak yang didedahkan AUDIT NEGARA.

Akhir sekali setiap kesalahan ditutup oleh SELCAT dan setiap komplen dijawab tiada upaya menyiasat? Sah hanya uintuk cover-up.

Menurutnya kerajaan sepatutnya kurangkan bajet dan menambahkan bajet untuk tanggung pelajar sebanyak RM6 billion.

Berapa banyak kerajaan belanja untuk pendidikan setahun? Antara peratus tertinggi dalam dunia. RM43 billion dah dibelanja untuk PTPTN.

Boleh banding Kerjaan Selangor yang naikkan yusarn Unisel, tiada tunai janji tadika percuma, dan hentikan bantuan pelajaran dan tutup institiut kemahiran YS.

Yaacob seterusnya menghasut pelajar menggerakan gerakan mansuhkan PTPTN dan memastikan ianya dimansuhkan sblum pilihan raya. 
Ini hanya gerakan desperado politik kerana aura Anwar sudah pudar dan pengikut sudah lari.

Bekas pelajar Manjit SIngh berucap.

Beliau memberitahu beliau ditahan di LCCT pada April 4hb oleh Imigresen kerana tidak bayar PTPTN. Biasalah sesiap ada masaalah hutang, nama naik di Imigresen.

Welcome to the real world. be responsible for your loans. ,

Katanya kini 132,000 pelajat telah disenarai hitam. Dah tahu kenapa tidak minta mak bapak kamu belanjakan sendiri.

Katnya faedah 4% yang dikenakan oleh PTPTN di mana 2% daripada diberikan kepada Menteri. Ini FITNAH! Mana boleh perkara macam ini berlaku dalam institusi kerajaan. Sila buat laporan ke SPRM.

Awas ... kalau salah tuduh dalam hgal SPRM dan juga wayangkan. Menteri buat laporan, kamu boleh didakwa.

Ia dikuti oleh ceramah Akram Ikrami Taib Azamuddin, Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS).

Katanya, dalam Islam soal pendidikan adalah tanggungjawab kerajaan bukannya rakyat kerana ianya bukan satu perniagaan.

Habis tu, kerajaan tak bertanggungjawab ke? Masa Khalid nak rampas tanah YBK yang nak dibuat UiTM, kenapa kamu diam? Masa IKYS ditutup, kenapa kamu tak menunjul? Ketika Unisel naikkan yuran, kenapa kamu kedengaran bising tuntut yuran percuma?

Mana dia belajar hutang tak bayar. Masa nak, sedia akad janji akan bayar balik.

PM pernah menyatakan Malaysia adalqh sebuah negara Islam jadi PM harus melaksanakan sebagai mana yang dituntut. Pandailah kamu spin.

Sudahkah PAS jalankan tugas dan tanggungjawab sebagai negara ISLAM? Masjid tak terbina! Banyak lagi kemudahan rakyat tak dilakukan. Rasuah dah meleluas.

Dia meminta kerajaan mengikut kehendak pelajar memansuhkan PTPTN. Bolehkah pelajar ikut kehendak kerajaan supaya janji akan tidak membazir duit PTPTN dengan memastikan mereka lulus dan tidak gagal disebabkan jadi aktuivis yang sering gagal dalam pelajaran?

Dia menyeru hadhirin ke prhimpunan BERSIH dan memastikan perjalanan PRU brjalan bersih dan adil. Kamu tu dah berap akali mengundi nak kata pilihanraya tidak bersih dan adil?

Kalau tak adil, kenapa pembangkang boleh menang dan pada 2008 begitu banyak sekali yang menang!

9 comments:

  • Anonymous says:
    April 12, 2012 at 11:17:00 PM GMT+8

    mamat Gamis ni konpius la beb...kejap nak mansuh PTPTN, kejap suruh joint bersih....apa ni bro, lu sound dulu kat selangor, mana duit elaun tadika, ni ha anak aku dari tadika sampai dah darjah 2, apa cer....takan nak halalkan jer janji2 manis tu?

  • Anonymous says:
    April 12, 2012 at 11:36:00 PM GMT+8

    Satu yg pakatan sial ni pandai ialah mereka pandai Cabot bila Ada Isu.
    Tak habis Isu moral Dan rasuah dah buka Isu ptptn.
    Ni perangai pembelit mungkin sebab banyak loyar ular kaki putar mcm ammabingai Dan kapal karam singh.
    Yg best tu Isu ni disokong Oleh pencacai lemah otak second class yg banyak hisap dadah ketika org lain sedang belajar.
    Puaka + ular + mahasewel = apa ye?

  • Anonymous says:
    April 12, 2012 at 11:55:00 PM GMT+8

    astafirullah.......masyaallah......mengapa hari ini melayu melayu layu dengan berbagai kebodohan yang dibawa oleh manusia yang tidak mengenal apa itu benar dan apa itu tidak. mengapa mahu diungkit oleh pemimpin yang terdahulu yang telah banyak menyusun berbagai kelebihan dan kekurangan. Malah Anwar sial itu sendiri mengecap,melancap berbagai faedah apabila jadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan. Kekayaan yang dimiliki sekarang datang dari mana agaknya? Maklumlah semua melayu mudah lupa dan bodoh belaka maka apa sahaja si bapak sial dan isteri serta anaknya menjual cerita lacur ramai seronok membuntuti mereka. semua mereka ingin kepada kemusnahan bangsa sendiri sebab diri sendiri tak dapat memiliki segala segala cita dan impian.

  • Anonymous says:
    April 13, 2012 at 12:08:00 AM GMT+8

    heran betul, pakatan bangga dgn kelentong rizab 600juta. tp kebajikan rakyat selangor pasal sampah pun tidak terjaga!!!

    apa guna duit rizab tu...? utk kebajikn rakyat atau utk isi perut2 kroni dgn elaun dan kenaikan gaji yang melampau2 dlm syarikat dan badan kerajaan negeri?

  • Anonymous says:
    April 13, 2012 at 7:51:00 AM GMT+8

    Kenapa dia orang tak ungkit pun pembinaan jambatan P.Pinang diera Dr M. Kan senang kalau GE bernang saja nak prgi pejabat. Mengapa tak ungkit PLUS yg dibina dizaman Dr. M. Naik menyampah aku dengan orang Melayu yang menjadi barua pengampu dap dan tak tahu bershukur.

    Dinodean

  • Anonymous says:
    April 13, 2012 at 9:05:00 AM GMT+8

    Pada hari Rabu 27/3/2012 YB Khalid Samad dan YB Rodziah datang ke Seksyen 19 dengan alasan kerana bersyukur isu kuil selesai tapi mereka ceramah politik. Tidak ramai datang walaupun sudah di hebahkan dimasjid. Walaupun wakil rakyat dah sediakan jamuan makan supaya ramai datang tapi lepas makan ramai pulang. YB Rodziah dalam ceramahnya cerita selepas bekas exco agama Dr Hasan Ali kosongkan bilik exco, perabut pun lesap. Dia peril Najib tunggu Rosmah untuk tentukan bila tarikh PRU 13. Yb Adun tidak habis2 memuji MB Selangor. BN buat semua tak betul pada dia. Khalid Samad dalam ceramahnya membuat ulasan isu kuil merasakan hanya kerajaan PR yang berusaha selesaikan isu kuil hingga berjaya dipindahkan. Kenapa Khalid Samad menyalahkan BN yang tidak menyelesaikan masalah penduduk selama 26 tahun? Pelik, kawasan perumahan Seksyen belum 26 tahun lagi. Kenapa Khalid Samad tidak persoalkan kenapa Hindu enggan keluar dari tapak itu walaupun beberapa lokasi sudah disediakan BN untuk pindahkan kuil itu?. Selepas setinggan dipindahkan tahun 2005 yang datang aktifkan kuil penduduk kawasan lain. Kenapa Khalid Samad berpura tidak sedar masalah penduduk berpanjangan kerana pemindahan kuil ke Seksyen 22 dibatalkan?. Pemindahan diluluskan BN dibatalkan selepas PR berkuasa Mac 2008 dengan alasan tapak jauh dikawasan kilang. Jika pemindahan diselesaikan pada tahun 2008 masalah penduduk tidak berlarutan 4 tahun lagi. Akibatnya penduduk terpaksa berdepan pelbagai gangguan yang lebih teruk berbanding dibawah BN dulu. Pada akhir tahun 2008 gangguan bising menjadi-jadi, pelbagai ugutan dibuat kepada penduduk. Penduduk buat aduan dan perjumpaan dengan wakil-wakil rakyat tetapi tidak ada tindakan berkesan. Pada Disember 2008 penduduk minta bantuan NGO. Kenapa Khalid Samad sanggup menyerang NGO Islam pada 08/01/2009 demi pertahankan kuil Hindu?.Kenapa Khalid Samad NGO tuduh sebagai gerombolan UMNO buat provokasi kepada kuil Hindu? Kenapa tidak sebut provokasi Hindu kuil kepada penduduk Islam dalam berderet artikel yang ditulis sindir NGO sebagai tukang perhangat?. Pada tahun 2009 Kuil Seksyen 19 jadi isu panas. Logikkah laporan Harakah kuil Seksyen 19 berusia 150 tahun? Media Parti Islam bukan membantu penduduk Islam tetapi membela kuil Hindu. Depan mata penduduk kuil sebesar tandas itu dibesarkan hingga menghampiri rumah penduduk dikawasan majoriti Islam selepas bekalan air dimasukkan Jun 2006, tandas dibuat pada November 2006. Penduduk berjumpa pelbagai pihak minta kuil dipindahkan seperti dijanjikan PKNS. Penduduk mengadu kepada Sultan Selangor Julai 2006, Biro Pengaduan Awam JPM dan BPR pada Julai 2007. Pada 29/12/2007 kuil diliuluskan oleh BN pindah ke Seksyen 22 tetapi pada April 2008 pemindahan kuil dibatalkan. Hindu pasang bendera PAS dan PKR pada papan tanda PKNS “Tanah Milik PKNS penceroboh akan didakwa”. Mereka kata dua parti sokong kuil tak payah pindah. Januari 2009 NGO bina gelanggang bersebelahan kuil untuk mengelakkan lebih banyak kawasan diceroboh. Pada malam dailog itu seorang NGO bertanya sama ada diganti tapak gelanggang selepas kawasan itu diambil untuk dibina rumah PKNS yang tergendala tetapi tidak ada jawapan diberikan oleh wakil rakyat. Hindu kuil dapat ganti tapak baru satu ekar di Seksyen 23 untuk buat kuil besar. Masalah penduduk Seksyen 19 hanya selesai selepas campur tangan Pertubuhan NGO Islam yang hantar memorandum minta kuil segera pindah. Memang usaha PR robohkan kuil pada 02/02/2012 itu tetapi tanpa bantahan serius penduduk dan jadi isu negara masalah tidak akan selesai.

  • Anonymous says:
    April 13, 2012 at 10:10:00 AM GMT+8

    Harap maaf pembetulan ayat.
    Khalid Samad NGO tuduh.

    Ayat sebenarnya:

    Kenapa Khalid Samad tuduh NGO Islam sebagai gerombolan UMNO buat provokasi kepada kuil Hindu?.

  • Anonymous says:
    April 13, 2012 at 12:53:00 PM GMT+8

    minta kerajaan selangor hapuskan dulu pinjaman pelajaran utk negeri...barulah cakap suruh hapuskan ptptn... Takkan tak bole kot...
    pokcik Kuning-

  • Anonymous says:
    April 15, 2012 at 11:18:00 PM GMT+8

    Betul2 ... suruh pembangkang bayarkan dulu semua pinjaman pendidikan anak2 negeri Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

    Kalau tak jangan nak kelentong rakyat. Tahun 2008 cukup dah Pakatan Haram ni tipu rakyat.

    Aku haramkan duit yang dijanji hendak diberikan pada PRU Ke 12 dulu.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)