Saturday, March 10, 2012

Sabotaj bocor maklumat dari war room Perak? Biar betul ...


Sebagai aktivis reformasi asal, saya memang tidak gemar dengan mereka yang berselindung di sebalik pendirian mereka yang sebenar.

Warna mereka kadang-kadang tak jelas. Di depan cakap lain. Di belakang cakap lain. Depan YAB buat lain. Di belakang buat lain. Di depan hormat dan respek orang lain. Di belakang sebenarnya memuja dan mendewakan orang lain.

Sebagai aktivis reformasi asal, kita memang kenal dengan musang berbulu ayam, musuh dalam selimut, api dalam sekam, siapa yang sebenarnya telunjuk lurus; namun kelingking elok menganyam adu domba dan masalah.

Kami tak pernah lupa perangai kawan-kawan yang mudah pada wajah dan kata-kata meninggalkan perjuangan; tapi masih lagi mengadap dewa politik yang sama. Di kanan makan. Di kiri makan. Ironinya, kebanyakan mereka ini di bawah lembayung kasih dan pemerintahan YAB jua. Apakah YAB menyedari semua perkara yang sedang berlaku ini?

Untuk makluman YAB, semua data, risikan, berita, strategi sudah lama tumpah ke pihak lawan. Sudah lama. Mereka gembira dan sedang menikmati buah-buah risikan politik yang dilakukan oleh gerombolan YAB. Mereka mampu mengkaji kedudukan politik Perak sehingga ke PDM. Termasuk di kawasan YAB sendiri!

Biarlah dikatakan, mereka sedang mengatur coup politik yang maha hebat dalam PRU yang akan datang. Maha hebat. Kami rasa YAB tahu. Atau sengaja buat-buat tak tahu. Sudahkah YAB selidiki semua mereka yang terlibat di dalam penyediaan war room di Perak. Sudah? Apakah sudah ditapis beberapa kali?

Daripada perbualan kami dengan inner circle YAB, maka sedarlah kami YAB sedang bermain dengan game yang sangat bahaya.

Jangan begitu YAB. Lupakanlah pendewaan politik lama.

Mereka tidak segan silu berkongsi cerita dengan kami yang nyata sudah terpinggir ini. Mereka bangga dengan jumlah harta karun yang mereka peroleh. Mereka membesarkan diri dengan segala macam kemudahan yang mereka dapat. Mereka gembira dengan hakikat mereka pegang YAB di dalam kocek mereka.

Petikan dari Gelagar Anwar terkini

2 comments:

  • tarunna says:
    March 10, 2012 at 9:22:00 PM GMT+8

    cool ndak

  • Anonymous says:
    March 11, 2012 at 1:51:00 AM GMT+8

    Alahai kalau nak cerita reality... YAB memang x berapa cherodik dalam pentadbiran...
    Kalau tengok organisasi yang di tadbir memang x der power langsung...
    Harapkan PEGAR, PEGAR makan padi...
    Kebenaran akan terbukti akhirnya...

fda

Link2Me WeLinkBk (275)