Dahlah PAS kena diminta serah kerusi di Johor, banyak pulak PKR T'ganu mintak. bila pula PKR kuat di T'ganu?Dahlah tak menang kerusi pada 2008, nak lagi banyak pulak? Kah kah kah ...
(Berita Harian) - PKR berhasrat bertanding di tiga kerusi Parlimen dan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Terengganu, Azan Ismail, berkata ketika ini PKR negeri sudah memuktamadkan senarai calon untuk bertanding mewakili pakatan pembangkang bagi kerusi berkenaan di kalangan anak jati Terengganu yang disifatkan calon boleh menang.
Beliau berkata, hasrat PKR bertanding di 14 kerusi itu akan dibincangkan bersama pakatan pembangkang peringkat Pusat pada satu mesyuarat khas dalam tempoh terdekat dan senarai calon itu akan dimuktamadkan sebelum 15 Mac ini.
"Hasrat kita ini kerana keadaan PKR yang lebih baik ketika ini, selain PKR sendiri mempunyai ramai calon berwibawa dan boleh menjanjikan kemenangan kepada pakatan pembangkang. Kita sudah kenal pasti calon dan yang pasti, mereka anak jati Terengganu dan berpeluang menang berdasarkan referendum rakyat.
"Setakat ini, kita belum boleh dedahkan kawasan bertanding, tetapi calon dipilih berdasarkan kriteria ditetapkan PKR Pusat. Ini juga simbolik PKR sudah melakukan persiapan dan bersedia lebih awal untuk menempuh PRU-13 yang diuar-uarkan semakin hampir," katanya.
Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR dan Ketua Cabang Kuala Terengganu berkata, PKR tidak lagi bergantung kepada rakan pembangkang, sebaliknya mahu menggerakkan jentera sendiri.
"Kita mahu PKR mewakili kerusi dalam setiap kawasan Parlimen di negeri ini dan sudah menyiapkan jentera kerana kita tidak mahu terlalu bergantung kepada rakan dalam pakatan seperti PRU-12," katanya.
Ketika PRU-12 pada 2008, calon PKR bertanding di dua kerusi Parlimen iaitu Kemaman dan Dungun, serta lima kerusi DUN iaitu di Kota Putera, Besut; Permaisuri, Setiu; Seberang Takir, Kuala Nerus; Bandar, Kuala Terengganu dan Telemong, Hulu Terengganu, namun gagal memenangi mana-mana kerusi.
Ketika ini, Terengganu memiliki lapan kerusi Parlimen dan 32 kerusi DUN dengan dua kerusi Parlimen dan lapan kerusi DUN dikuasai PAS.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Saiful Bahari Mamat ketika dihubungi berkata, PAS maklum mengenai hasrat pimpinan PKR mengenai agihan kerusi itu, namun enggan mengulas lanjut kerana menyerahkan kepada mesyuarat PR Pusat untuk membuat keputusan.
"Saya sendiri menjadi pengerusi mewakili PAS pada mesyuarat bagi menentukan kerusi yang akan diwakili parti dalam pakatan pembangkang ketika itu dan setakat ini belum ada apa-apa keputusan kerana masih dalam perbincangan," katanya.
Hoi Orang Pahang ... jangan beranganlah. Pi balik Indera Mahkota dan lawan ... kalau boleh menang lagi. Depa ni tau menang tapi tak jaga kawasan.


PKR?..Kalau rakyat Terengganu pilih PKR, bererti rakyat Negeri ini memang gila.
Kalau pangkah PAS aku kira munasabah, kalau pangkah PKR aku kira punah ranah...hahahaha
PKR dan DAP anggap PAS sudah tidak releven pada Pakatan yang masih haram. Hanya PAS je perasan mereka tu bagus tapi sebenarnya diperguna dan diperbodohkan.
Mujur ada manusia macam Hasan Ali yang dah sedar.
Parti Kencing Rakyat sudah kencing merata-rata di Selangor atas telunjuk SI PELIWAT.
Jangan biarkan SI PELIWAT itu meluaskan bau hancing ke Terengganu pula.
Sebab Kali ini Si PELIWAT ini Akan datang dengan berkandang-kandang Babi dan Zionis Laknat.
angan2 Mat Jenin parti kencing rakyat ni...ada hati jgk parti talibarut yahudi ni nak bertanding d Trg...hamPAS Nyoir betul