Wednesday, March 28, 2012

KP yang sepatutnya hayati "rakyat didahulukan" suka dijulang macam raja?


Ketika kerajaan mahukan lebih mendahulukan rakyat, ada pula pegawai kerajaan berlagak macam raja pula.

Keratan gambar dari sebuah akhbar tempatan adalah mengenai satu majlis di Mukim Kemunchup, Macaang Kelantan pada 25 Mac 2012 baru-baru ini.

Orang yang diusung itu adalah Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Intergeriti Nasional (JPNIN) Datuk Azman Amin Hassan.

Azman diusung ke pentas bagi meraikan kedatangannya ke Majlis Perasmian Kawasan Rukun Tetangga (KRT).

Ketika Sultan dan Raja pun tidak diraikan begini rupa, bukankah ini membuat rakyat meluat?

Fahamkah dia bahawa slogan Rakyat Didahulukan memerulakan semua pihak samada ahli politik atau pegawai kerajaan lebih mendekati rakyat untuk menyelami kehendak dan harapan rakyat?

Apa ertinya jika pegawai kerajaan berlagak macam raja? Jangan berhelah itu permintaan penganjur. Pengajurnya pun Jabatan kamu sendiri!

7 comments:

  • Anonymous says:
    March 28, 2012 at 11:41:00 AM GMT+8

    Unspinners,
    Siasatlah dulu...mungkin Kp tu terpaksa naik junjung kerana telah disediakan. Kan tolak jatuh pulak air muka tuan rumah dan mereka yang telah penat-penat buat persediaan. Ala kalau setakat naik junjung buluh tu..tak beri glamer pun..cuma kata orang memeriahkan acara. Pasti tetamu yang hadir gelak-gelak sendiri...Relaks la bro semua...jangan terus nak tembak je...

    Samad Dol

  • BoTak says:
    March 28, 2012 at 11:56:00 AM GMT+8

    berangan nak jadi pembesar zaman dulu2 kot.. hahahahah...

  • joegoreng says:
    March 28, 2012 at 12:06:00 PM GMT+8

    btol..kena check dulu..ada kemungkinan junjung tu telah dsediakan awal tanpa pegetahuan KP pun..atau memang adat mesra penduduk d situ..tp kalo sebaliknye memang kena quiry KP sebab xmelambangkn penjawat awam alaf baru

  • pesal1980 says:
    March 28, 2012 at 1:08:00 PM GMT+8

    kalau raja nak di usung mcm tu pun.. belum tentu dia nak...

  • PaK Mat Tawang says:
    March 28, 2012 at 2:08:00 PM GMT+8

    Setuju dgn Samad Dol,

    KP tu cuma nak ambik hati org yg jemput dia, bukan dia minta pong. Ni biasa berlaku kat majlis2 keraiaan kat Kelantan, utk suka2.
    Kalau yg serious, biasanya naik belakang gajah, kerbau air atau kuda padi.

    tak ada yg salah pon, just for entertertainment & pure joy.

    cheer up !

    Pak Mat Tawang

  • razie says:
    March 28, 2012 at 2:55:00 PM GMT+8

    kalo tuan kat tempat KP pon x kan nak menolak..bile sampai2 dah disiapkan untuk dijulang..penat2 warga KRT siapkan benda tu..cube komen ckit mcm mane nak tolak utk x nak naik julang dan x mengecewakan mane2 pihak..ckp tu siasat dulu dan pk guna otak..x de nye KP nak suruh2 org watkan julang utk die..

    razie klang

  • Pak Ard says:
    March 28, 2012 at 6:28:00 PM GMT+8

    Kita ada otak masing-masing, apabila otak kita tak sama pandangan dengan otak orang lain, jangan hina pula orang tak guna otak, mungkin ya kita guna otak, tapi bagus sangat ke otak kita?...
    Boleh tolak dan sepatutnya KP tu tolak,..dan dia patut disoal kenapa tak tolak kalaupun dia pada awalnya tidak merestukan diarak sebegitu...dia pegawai kerajaan yang sedag bertugas...bukan pengantin baru...

fda

Link2Me WeLinkBk (275)