Tuesday, March 6, 2012

Isu Kedah: Lakunan tangisan menyerlah kebodohan 'solution' Salahuddin


Harakahdaily semalam mengeluarkan berita Naib Presiden Salahuddin Ayub menangis dua kali. Satu ditulis oleh Mazlan Alimin dan satu lagi ditulis oleh Harakah.

Dengan nada tersekat-sekat, menangis teresak-esak, ... dia memaklumkan YB Datuk Phahrolrazi dan YB Datuk Dr Ismail Salleh telah menerima keputusan PAS Pusat untuk berdamai dengan YAB Menteri Besar Kedah, Dato Azizan Abdul Razak.

Ramai ketahui Salahuddin ada pergi ke Kedah untuk cuba mengumpul maklumat untuk mencadangkan penyelesaian kepada AJK Pusat yang dipenuhi oleh parasit ANwar Ibrahim.

Kompanglah Sang Kuda Hijau mengatakan kemelut kuasa di Kedah sudah menemui penyelesaian. Ye ke?

Sebagai Menteri Besar, Azizan memegang banyak trump card. Dia boleh lakukan macam-macam untuk menghadaapi puak-puak yang menentangnya. Itu yang dengan mudah Amiruddin Hamzah mengusahakan penyelesaian dan 8 dari puak yang menentang kemabli menerima dan terus angkat sumpah.

Pasti perlu ditanya apakah yang telah dilakukan Din Puduraya untuk dapatkan persetujuan Fakrolrazi dan Ismail Salleh untuk kembali ke exco?

Difahami persetujuan Fakrolrazi dan Ismail adalah berasaskan syarat agar ditubuhkan satu Jawatankuasa Pemandu supaya sebarang keputusan penting diputuskan oleh JK itu dan bukan semudah-mudah untuk MB buat sebarang keputusan penting.

Sebagaimana kita tahu di negeri-negeri, MB memegang banyak beberapa exco penting manakala seseorang ahli exco hanya diberi satu dua portfolio saja.

Baiklah ... cadangan Salahuddin yang diterima Fakhrolrazi dan Ismail adalah diadakan commiteee dalam committee atau dari ahli-ahli exco senior, ditubuhkan satu jawankuasa untuk membuat keputusan kerajaan dan MB hanya endorse saja.

Dalam lain kata, kuasa MB untuk buat keputusan akan dikurangkan dan diambilalih oleh J/kuasa yang berkemungkinan diduduki oleh Fakrolrazi dan Ismail tanpa kehadhiran Azizan.

Azizan akan bertanya kuasa saya untuk membuat keputusan berhubung portfolio saya memerlukan keputusan musyawarah atau muzakarah ... apa saja istilah Arab mahu diguna, tetapi exco masing-masing mempunyai kuasa untuk membuat keputusan untuk portfolio mereka.

Pasti dia bertanya kuasa meemerintah negeri yang dilantik Sultan terletak kepadanya dan bukan kepada mereka. Kuasa mereka sebagai exco adalah atas cadangan darinya.

Entah Salahuddin berfikir atau tidak begini.

Dia bukan tahu susul galor kuasa dalam kerajaan, baik Persekutuan atau Negeri, kerana dia tidak pernah mentadbir negeri atau persekutuan. Pengetahuannya hanya teori.

Malah solution Salahuddin ketinggalan zaman. DI zaman orang mahu potong dan kurangkan birokrasi dalam kerajaan, dia mahu tambah lagi satu lapisan birokrasi.

Ini betul-betul solution bangang dan luar tabii seperti orang yang dia puja-pujanya dan dituruti perintah. Satu solution dari seorang yang tak tahu mentadbir kerajaan.

Berbalik kepada Azizan, adakah MB setuju dengan cadangan penyelesaian Salahuddin yang dikompang sebagai selesai? Naluri dan fitrah manusia mana yang akan terima cadangan Salahuddin ini?

Sesuatu yang luar dari amalan dan tradisi pentadbiran tidak akan berjaya.

Katalah, Azizan berada dalam Jkuasa Pemandua tau Pemantau ini. Maklumlah Azizan perlu sama-sama terlibat. Kalau tidak dia tidak mahu tandatangani. SIngature nanti adalah signature dia sendiri.

CUba fikirkan apa keputusan yang Jkuasa ini akan dapat capai????

Bodohnya PAS. Macam mana nak perintah Malaysia dan kononnya gantikan UMNO? Akhirnya dengar cakap Anwar Ibrahim dan DAP.

Bukankah pergelutan ini adalah pergelutan antara Anwarista yang gila kauisa dan remote control Anwar dengan golongan ulama?

Selagi ada puak parasait yang gile kausa dan disokong Yahudi Israel, selagi itu tidak akan settle. Kita kasi hadiah pada Abang DIn Puduraya sebagai pelakun lelaki terbaik. Ini nk kasi award apa?

10 comments:

  • Anonymous says:
    March 6, 2012 at 10:00:00 AM GMT+8

    selalunye la, kalau seorang ketua diberi tanggung jawap dan boleh membuat keputusan tetapi secara tiba2 segala keputusan ketua tu mesti di endorsed kan dulu, bermakna, integriti ketua tu di persoal kan. Selalunye bila ini berlaku, ketua tu akan rasa ego nya sebagai ketua di persoalkan. Lambat laun ketua tu akan berhenti.

    Dalam kes kedah ni, puak2 yg bertuhankan anwar, nak campak azizan ni, tp pihak satu lagi tak nak berbuat demikian kerana takut undi kurang nanti. So terpaksa la buat cam apa yg mereka plan nak buat tu, dgn harapan, bila azizan terasa integriti dia d persoalkan, azizan akan meletak jawatan. Bila azizan letak jawatan, mereka akan kata perletakan jawatan tu ada la dgn kehendak azizan sendiri walaupun pas memerlukan nye.

    Strategi ni semua d buat setelah kene jeling dgn anwar.

  • Anonymous says:
    March 6, 2012 at 10:25:00 AM GMT+8

    Lemah sungguh kerajaan pas negeri kedah. Sungguh memalukan. Sesama keluarga sendiri sudah bercakaran begini. Apatah lagi jika diberi peluang mentadbir negara dan segala keputusan atas dasar perkongsian kuasa yg masing2 nak menang.
    Cukup lah pas duduk diam2 di kelantan, jangan kacau orang lain lagi. Tetapi untuk kedah, pasti kan kuasa dipulangkan kepada melayu yang benar2 ikhlas perjuangannya, bukan kepada melayu yg merobohkan madrasah untuk buat kompleks kepada penggemar daging babi.

  • Anonymous says:
    March 6, 2012 at 1:48:00 PM GMT+8

    Mmg bodoh pun si bahlol Din Puduraya tu. Apakah kuasa yg diberi oleh Tuanku Sultan kepada MB Kedah boleh senang2 pulak dibuat begitu. Gila sasau betul le PAS ni. Biarlh MB DS Azizan tadbir Kedah tu sptmana amanah yg diberikn Tuanku dan rakyat Kedah. Yg sibuk2 Phahrolrozi nk sabotaj tu kenapa? Ingat dia bagus sgt ke? Tunggu PRU13 barulah dia tau dimana dia...

  • nonbal says:
    March 6, 2012 at 3:18:00 PM GMT+8

    KALAULAH KEDAH ADA PEMIMPIN ULUNG AKA MB BERKETERAMPILAN DARI BN, AKU RASA 90% KEDAH DAPAT KEMBALI KPD BN. TETAPI BN KINI KETANDUSAN CALON MB YANG BERWIBAWA. HARAP PM TOLONG PINJAMKAN MUKHRIZ KPD STATE BARANG 1 ATAU 2 PENGGAL UNTUK JADI MB. LEPAS TU MUNGKIN ADA CALON LAIN BOLEH GANTI.

  • Anonymous says:
    March 6, 2012 at 4:13:00 PM GMT+8

    APA YANG PERLU DILAKUKAN BAGI MENYELESAIKAN MASALAH DI KEDAH ADALAH SUATU PIHAK MERUJUK PERMASALAHAN INI KEPADA SULTAN KEDAH..MOHON CAMPUR TANGAN ISTANA BAGI MENYELESAIKAN MASALAH INI..MANA BOLEH KUASA MENTERI BESAR DI CANTAS PIHAK LAIN?INI SUATU PENGHINAAN KEPADA SULTAN YG MELANTIK MB BAGI NEGERI NYA

  • Anonymous says:
    March 6, 2012 at 7:43:00 PM GMT+8

    Konon nak jaga hati rakan dalam pakatan!!!yang jadi mangsanya orang KEDAH,hampa mai bawak lebai.konon nak hapus rasuah dlm kerajaan dulu,HARAM JADAH!! yang hampa dok buat laa ni..bukan RASUAH KA?

  • Anonymous says:
    March 6, 2012 at 8:17:00 PM GMT+8

    masalah kami di Kedah sapa pamimpin UMNO la ni yg layak jadi MB, sekog tak nampak.

    becakaq sesama sendiri adalah..

  • fames says:
    March 6, 2012 at 9:09:00 PM GMT+8

    depa mai mesyuarat, tampaq bahu tampaq pungkok sedikit sebanyak. lepas tu sapu bawah kapet.

  • Anonymous says:
    March 6, 2012 at 9:58:00 PM GMT+8

    Tang tampaq pungkoq jangan dok sebut sangat,sat lagi ada yang rasa geli seminggu. . .senang pulak nak buang ayaq besaq,tak payah nak teran2.

  • Anonymous says:
    March 7, 2012 at 1:29:00 AM GMT+8

    eloklah dicadangkan supaya kerajaan negri di bawah pakatan terdiri kelantan, selangor dan pulau pinang turut mengikut jejak yang telah dilakukan oleh kedah. rasa-rasanya menteri besar dan ketua menteri akan bersetuju atau sebaliknya.

fda

Link2Me WeLinkBk (275)