Saturday, March 17, 2012

Ejen Zionis nak pecahkan Sabah, Borneo


KUALA LUMPUR 14 Mac - Konsep Borneosisasi serta Sabah untuk orang Sabah yang cuba dibawa oleh pembangkang boleh meruntuhkan integrasi nasional terutama antara rakyat negeri itu dengan Semenanjung.

Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) berkata, dalam konsep tersebut pihak pembangkang mahu kesemua jawatan dalam agensi kerajaan di Sabah kesemuanya dipegang oleh rakyat negeri itu.

Katanya, jika itu yang berlaku, pemupukan perpaduan antara rakyat Sabah dan Semenanjung tidak akan berjaya.

''Untuk makluman, kesemua jawatan teras dalam kerajaan di Sabah ketika ini seperti Pengarah Imigresen, Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Pengarah Kesihatan dan Pengarah Pelajaran dipegang oleh anak-anak Sabah.

''Namun jawatan-jawatan lain yang bukan teras atau yang lebih rendah diberikan juga kepada pegawai-pegawai dari Semenanjung. Melalui cara ini ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara rakyat Sabah dan Semenanjung," katanya ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rahman berkata, punca kemiskinan di Sabah adalah disebabkan keadaan muka bumi dan bukannya akibat tidak diendahkan oleh kerajaan negeri serta Pusat.

Hakikatnya, beliau berkata, hasil usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini telah berjaya memajukan negeri Sabah dan dalam masa sama kadar kemiskinan diturunkan.

''Pada 2004, kadar kemiskinan dicatatkan di Sabah ialah 23 peratus dan pada 2007, ia turun kepada 16 peratus. Begitu juga dengan miskin tegar, pada 2004 angka dicatatkan ialah 6.5 peratus dan pada 2007, ia menurun kepada 3.7 peratus," katanya lagi.

6 comments:

  • Anonymous says:
    March 17, 2012 at 3:54:00 PM GMT+8

    How about United States of Borneo comprises of Sabah, Sarawak,Kaltim, Kalbar,KalSel dan Kalten. With the current regional power build up between US and China to control Asia Pacific airspace and maritime, The Borneo Island is the Ground Tactical Important to both super power. The deployment of the US troops in Northern Australia and Phillipine is to for see the changing security and geopolitic within ASEAN. Within inside these Borneo States, the west NGOs actively operate and interlink with the local professors who very much believe Sabah for Sabahan and Sarawak for Sarawakian. The right of local people campaign have started long time ago..?

  • Anonymous says:
    March 17, 2012 at 5:54:00 PM GMT+8

    ada aku kisah?nak masuk sabah mcm nak pi US

  • Anonymous says:
    March 17, 2012 at 6:40:00 PM GMT+8

    aku org sabah dan aku percaya ramai lg org sabah yg bersetuju Sabah itu
    Malaysia..kenapa perlu kembali ke zaman pbs memerintah sabah sendiri..tq felda masuk sabah klu tidak habis tanah jatuh di tgn org sina.jikalau sabah tidak join malaysia..sabah buleh pecah dua. pntai barat dan pantai timur politik kesukuan sana dulu terlalu menakutkan. sehingga ke hari ini masih wujud kumplan tertentu ingin mentakrifkan siapakah bumiputera dan pemilik sabah. yang akan untung nnt adalah kumpulan kapitalis..

  • Anonymous says:
    March 17, 2012 at 6:54:00 PM GMT+8

    sabah itu malaysia.

  • Anonymous says:
    March 17, 2012 at 8:42:00 PM GMT+8

    Dah lama US nak Sabah. Sebab tu kuat dia org suruh DAP dan Anwar dapatkan Sabah. Sabahnpaling strategik utk memantau dan kawal Asia. Ni semua mudah di ketahui tapi apa kah Intelligence Malaysia masih goreng pisang.

  • Anonymous says:
    March 31, 2012 at 6:52:00 PM GMT+8

    Orang sabah ramai yg tertipu, terpedaya dengan dakyah agen zionis yg berselimutkan pelbagai kata manis dan kata2 provokasi membenci kerajaan ..

    modal mereka ialah menumbuhkan perasaan marah , benci dan prasangka buruk terhadap Federal, prasangka terhadap orang Semenanjung dan Sarawak ,
    mengapi-apikan semangat keSabahan yg melampau tanpa merujuk pada realiti sejarah dan Geografi ,

    inilah permainan parti pembangkang , STAR ..UBF dan sebagainya !!

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)