Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Thursday, March 29, 2012

Azizan mula buka silat


Utusan Malaysia semalam Mac 27hb melaporkan Pas Kedah tidak akan mengorbankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen milik parti itu walaupun DAP tetap berkeras menuntut tambahan kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan, ini kerana pembahagian kerusi yang akan ditandingi oleh Pas telah lama selesai dan hanya tinggal pembahagian kerusi antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

The Star
pula melaporkan Kedah DAP tidak menolak kemungkinan berlaku pertanding tiga penjuru jika tuntutan kerusi DAP tidak dipenuhi. Pengerusi DAP berkata DAP mahukan 4 kerusi DUN termasuk Kota Darulaman dan Derga yang ditandingi di PRU12.

Tuntutan DAP itu telah ditegur oleh Dato Rashid Din PKR. Pastinya dengan DAP begitu besar kepala, belum tahu ianya berakhir begitu saja. Baca The Mole sini.

Hari ini pula, Azizan membayangkan kemungkinan ada calon yang memenangi Pilihan Raya Umum (PRU)ke-12 tidak dipilih bertanding pada PRU ke-13.

Beliau berkata nama calon boleh menang telah disenarai oleh PAS Kedah dan dikemukakan kepada Majlis Syura PAS Pusat untuk tapisan serta penentuan mereka yang paling layak dipilih bertanding.

"Saya tidak boleh jamin mereka yang menang dulu dipilih lagi... mungkin ada muka baru dicalonkan kali ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Aman, Rabu.

Katanya, Majlis Syura akan membuat tapisan daripada pelbagai aspek khususnya moral, integriti, kematangan serta keupayaan calon bagi memastikan mereka adalah calon boleh menang, dan PAS Kedah hanya boleh memberi pandangan.

Baca sepenuhnya di Semut Hitam sini

Adakah Mat Sabu dan Mahfuz Omar memenuhi kriteria di atas? Bagaimana pula Pakrolrazi dan Ismail, dua exco yang menderhaka? Adakah Nasharuddin akan dibawa pulang dari Bachok?

2 comments:

  • Aku Rakyat Biasa says:
    March 29, 2012 at 12:42:00 PM GMT+8

    terbaik bro..aku ingat betul2 ustaz zizan kita nie bukak silat..apa2 pun harap2 MB zizan tak tpengaruh dgn puak ANWALIWAT nie..dgr kata ramai rakyat utara suke kat ustaz ZIZAN nie.. fair n "square"..

  • Anonymous says:
    March 29, 2012 at 2:35:00 PM GMT+8

    Orang2 pas mana pandai bersilat. Silat katil boleh le.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)