Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Friday, March 16, 2012

Ada gambar ... apa lagi Azmin nak nafi


Friedrich Naumann Foundation (FNF) atau Stiuftung (FNS) yang kami dedahkan cuba mengatur Malaysia selepas 'rejim change" sudah lama terlibat memberi kursus kepada PKR dalam mencapai tujuan yang dilihat hampir tecapai.

Di atas adalah gambar salah satu kursus ”Strategic Training For Success Workshop” anjuran Biro Latihan PKR Pusat dengan kerjasama Friedrich Naumann Foundation [FNF] pada 19-20 Jun 2009.

"Success workshop" yang dimaksudkan bukanlah bengkel untuk mempertingkatkan diri sendiri untuk menaikkan keyakinan dan mencapai kejayaan dalam perniagaan atau kerjaya atau keluarga.

Di dalam gambar di atas, kelihatan di tengah Naib Presiden PKR sekarang Fuziah Salleh, yang duduk di Bangi tapi tak service kawasan mereka di KUantan tapi main isu kawasan orang lain di Indera Mahkota.

Wanita sebelah kanan Fuziah adalah Dr. Pimrapaat Dusadeeisariyakul dan dikirinya adalah Mr. Manfred Ritcher.

Dr. Pimrapaat Dusadeeisariyakul adalah program manager FNF di Malaysia. Dia banyak melibatkan diri memberi pandangan berkenaan kempem pilihanraya di Malaysia dan memberi tunjjuk ajar kepada ahli politik muda.


Jelas lah sucess adalah untuk berjaya dipilih dalam pilihanraya. Di sini, beliau terlibat dengan Sedar Institute untuk DAP di Penang pada Disember 9 2009.


Manfred Ritcher adalah Lord Mayour bandar Potsdam di Jerman dan merupakan ahli Lembaga Pengarah FNF dari 2003. Baca sini.

Harap pihak berwajib di sebelah kerajaan sedar bahawa persediaan untuk pilihanraya dari pihak mereka telah dilakukan begitu lama. Pihak kita ketika seepas 2008, masih berhadapan dengan peralihan kausa Tun Abdullah yang memakan masa lebih dari setahun.

Selepas itu, UMNO dan BN bagaikan honeymoon saja dan hingga sekarang masih ada perbalahan remeh temeh dan pergelutan kuasa untuk kepentingan diri sendiri berlaku.

Dalam masa yang dah dekat, masih lagi nak kursus demi kursus. Kalau kursus itu penigkatan dari segi taktik atau strategik takpa juga tapi masih kursus asas. Perang psywar patut bertempur sekarang dan bukan masa lagi nak kursus kursus lagi.

All battle go dari sekarang hingga pilihanraya yang kita tak tahu bila. Psywar di Internet bergerak jauh lebih dahulu dari pilihanraya sebenar. Kalau masih nak kursus dan terhegek-hegek nak ngatur-ngatur, DAH LAMBAT SANGAT!!!

Oh ya psywar bukan asyik blog, twitter dan facebook saja. Jadi jangan lah blogger-blogger terlebih rasa penting tersangat peranan mereka. Peranan blogosfera masih kecil berbanding dengan lain-lain peranan komunikasi dan psywar dalam sesuatu kempen.

Pada tahap terbaik, keberkesanan blog, facebook dan twiter masih 30-40% saja.

7 comments:

  • Anonymous says:
    March 16, 2012 at 3:08:00 PM GMT+8

    Betul tu ... mungkin BN masih dibuai ZZZZZ Tun yg dulu.

    DAh nak PRU13 ... ade Ketua Caw, Ketua Wanita Caw dan Ketua Pemuda tak boleh nak sekata siapa yg patut beli .... untuk .... di Caw ni.

    Ketua Pemuda Caw tak tahu nak kata ape2 pasal dua ketua lain ... ade kata Ketua Wanita ni nak tanding Ketua Caw sebab katanya Ketua Caw tak buat kerja pun ... bodek2 je Datuk2 di Bahagian.

    Gerak kerja pilihanraya pun not coordinated !!!!

    Macam ne ke BN nak menang PRU13.

  • Cucu Tok Selampit says:
    March 16, 2012 at 4:13:00 PM GMT+8

    Hebat juga si tembam ni.

  • Anonymous says:
    March 16, 2012 at 5:45:00 PM GMT+8

    Kalau bergambar dgn org bukan muhrim selain Melayu ok...kalau dgn Melayu kira harammmmmmm...

  • Anonymous says:
    March 17, 2012 at 11:13:00 AM GMT+8

    UMNO mana ada institut think thank mengenai hal hal politik. masih guna BTN, JASSA dan agensi2 kerajaan. Era Tun M boleh kita guna agensi2 kerajaan kerana semasa Era Tun M pegawai kerajaan menyokong kuat dan diehard UMNO tetapi kini telah berubah ramai secara diam telah mempunyai perasaan simpati kepada Pakatan Rakyat. Keadaan kini telah berubah. sudah sampai masanya UMNO berdikari dengan mengadakan institut thinkthank sendiri yang memikirkan keselamatan politik Melayu yang melampaui masa hadapan dan hala tuju 2050. Agensi agensi kerajaan BN sebagai bonus untuk membantu UMNO. Tidak keberatan saya mengatakan agensi agensi kerajaan masih didalam pemikiran "Conservatif" ,secara lama dan laggard sedangkan Pakatan Rakyat telah menggunakan khidmat KAF,NDI,IRI dan NGO NGO luar negara yang mempunyai plan strategik yang pakar dan berpengelaman dalam kempen politik .

  • Anonymous says:
    March 17, 2012 at 11:11:00 PM GMT+8

    Hasan Ali buat roadshow ceramah sana sini kempen jangan undi DAP, PKR dan parasit dalam PAS. Jika ini berjaya membuka mata rakyat, pembangkang akan lingkup. Memang kita sudah nampak sekarang ceramah pembangkang sudah tidak dapat sambutan di kawasan Melayu. Kami melihat di Shah Alam walaupun ada ceramah PR di adakan sekali sekala, tapi selepas ceramah kain rentang terus diturunkan. Rakyat sudah meluat dengan sikap hipokrit pemimpin pembangkang selepas dapat kuasa dibeberapa negeri. Pemimpin UMNO wajar beri pehatian masalah rakyat.

  • Johan says:
    March 28, 2012 at 9:26:00 PM GMT+8

    Agaknya apalah yang mereka kursuskan untuk menukarkan rejim katanya. Bagus ye mereka belajar dari USA (pro zionis), kaedah dan cara yang begitu halus dan sudah pastinya kejam dan sadis serta penuh dengan pembohongan.... Mereka sudah tidak lagi percaya pada Allah.... ibata anjing yang relakan dirinya diikat dan dilepaskan bagi menggigit sapa-sapa yang dipersetujui oleh tuannya.

  • Johan says:
    March 28, 2012 at 9:31:00 PM GMT+8

    Anon 11:30:00, you sebut BTN....memang tak guna agensi ini. Pegawainya bongkak, suka mengherdik dan memperbodohkan orang. Pernah seorang pegawai tinggi tidak ikut arahan pegawai BTN yang muda ni didalam kursus di Sabah, Pegawai BTN ini tiba-tiba marah dan sambil berjalan berkata "Bodohnya...." Kalau jumpa pegawai BTN elok baling selipar aje pada muka mereka....merekalah yang sabotaj kerajaan, pegawai kerajaan anti kepada pemerintah disebabkan merekalah...

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)