
bersambung
Perkara 5
Kenapa tidak itu dan kenapa tidak ini
Kenapa Tidak Australia?
- Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Australia.
- Cadangan pembinaan kilang di Australia Barat didapati tidak komersial kerana kos yang tinggi dan kekurangan kemudahan asas seperti air, gas asli dan bahan kimia.
- Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di China.
- China telah mengenakan had eksport yang ketat dan rendah ke atas produk 'logam nadir'.
- Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Kemaman
- Sementara menunggu tanah dari Kerajaan Negeri Terengganu, MIDA telah mencadangkan Lynas bertukar ke Kaw Perindustrian Gebeng, Kuantan.
- Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Gebeng
- Kemudahan pelabuhan yang berdekatan.
- Bekalan gas asli yang sedia ada
- Bekalan bahan kimia yang sedia ada.
- Bekalan air yang mencukupi.
- Wujud tenaga kerja mahir.
- Kos operasi yang kompetitif secara global.

Perkara 6
Pengurusan Bahan Sisa.
- Bahan sisa Lynas mengandungi kadar radioaktif yang sangat rendah dan tidak bahaya pada orang awam, alam sekitar dan pekerja
- Dedahan sinaran dari bahan sisa ke atas orang awam adalah teramat rendah.
- Walaupun bahan sisa ini tidak berbahaya, pihak berkuasa mewajibkan ia disimpan di tempat khas sama seperti industri-industri kimia yang lain.
- Lynas melalui makmal antarabangsa telah berjaya menurunkan lagi kadar radioaktif di dalam sisa.
- Negara seperti Amerika Syarikat telah menggunakan kaedah ini untuk pembuatan jalan.
Perkara 7
Selain China, Kilang-kilang seperti Lynas yang sedang beroperasi di Negara Maju seperti Amerika Syarikat dan lain-lain.
- Prosesan Sepenuh (Molycorp di California, Indian Rare Earths di India dan Solikampsk di Rusia dan Silmet di Estonia di Eropah).
- Prosesan Separa (Rhodia di Perancis, Shin Etsu di Jepun dan Nippon Yttrium di Jepun).
- Kilang-kilang dalam perancangan ( Avalon Rare Metals dan Great Western Minerals di Kanada).
- Kewangan: Pelaburan Langsung Asing (FDI) dengan modal RM2 billionKos operasi adalah RM350 juta setahun (Servis Luar dan Tenaga Kerja).
- Tenaga Kerja: Lynas mengambil 350 pekerja pakar dan separa pakar dan 100 pekerja kontrak. Hanya 4 orang pekerja asing iaitu pakar dalam pemprosesan nadir bumi dari China. Lynas mendapat sokongan teknikal dari Rhodia, Perancis yang telah mengendalikan loji nadir bumi semenjak tahun 60an. Industri sokongan akan menjana 200 peluang pekerjaan tambahan.
- Fasa Pembinaan: Lebih 2000 orang diambil bekerja pada kemuncak fasa pembinaan. Menyediakan peluang pekerjaan perniagaan untuk kontraktor dan pembekal tempatan.
- Aktiviti Perintis: Besar kemungkinan, syarikat-syarikat yang menggunakan produk Lynas akan mendirikan kilang di Malaysia.
Sumber:
Tuan Hj Arazmi Juhari (Pengurus Kanan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran)
Puan Mimi Afzan Afza (Pengurus Kanan Sumber Manusia dan Komuniti)
Dipetik dari Cucu Tok Selampit sini



di sek 26 s.alam terdpt satu kilang yg menggunakan nadir bumi utk menghasilkan produk berkaitan elektronik
sudah berpuluh tahun beroperasi tak ada pula masalah,tak ada kedengaran pekerjanya mengidap penyakit akibat radioaktif.
Nama kilang..ShinETSU
hah shinetsu dekat shah alam negeri tadbir PAKATAN HARAM...kempen2 HIJAU HIJAU HIJAU HIJAU
Bagus.. Project ni akan menambah peluang pekerjaan dan pendapatan rakyat..