Tuesday, February 14, 2012

Jumpa Hamas, Qardawi hanya bergambar ... Balik N.Ajis bagi pula?


Berusahalah Anwar untuk dapat foto op terbaru bersama Qardawi dan Hamas di ABu Dhabi lihat sini, konon untuk tunjukkan Palestin dan ulamak muktabar dunia faham kenyataannya menyokong Israel dalam WSJ.

Bagi yang tertipu, cuba tanya mana press statement dari Hamas dan Qardawi atau joint statement Hamas, Qardawi dan Anwar?

Mahukah Hamas dan Qardawi yang tertipu membelanya apabila suara seperti Dr Azam Tamimi dan Ikhwanul Muslimun sudah mempersoalkan kepimpinan Anwar?

Jadi jumpa untuk bergambar dan mengaburi rakyat dan penyokong yang taksub. Nak tahu, suruh Anwar desak atau kritik Israel. Mahu mencecer dia ke New York mengadap rabii dan setan Zionis mintak maaf.


Sementara itu, "ular-dalam-semak murtabak" PAS pun terus mendesak Anwar mengenai kenyataan Israel. Kalau hari inggu, Hadi menyebut, kini Bullshidul Am, N.Ajis pula:

Saya, selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal. Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau.

Beranikah Anwar saman WSJ?

Selain itu, nak tanya juga PAS. Adakah setakat itu saja? Kalau Anwar tak buat, apa mereka nak kata?

Haiiii ... jangan ingat rakyat lupa PAS cuma NATO. No Action Talk Only. Kami pastikan rakyat ingat.

Baca MIM sini untuk fahami isu WSJ ini

5 comments:

  • Anonymous says:
    February 14, 2012 at 10:42:00 AM GMT+8

    SETAKAT JUMPA MCM NI BAIK DOK RELAX KAT KEDAI KOPI...

    KETUA HAMAS NI BANYAK KEJA...


    PEJUANG HAMAS...

  • Anonymous says:
    February 14, 2012 at 10:44:00 AM GMT+8

    ALA...PUAK PAS NI BERLAKUN JE. BETOI TAK POK NIK? KALAU DAH DENGAN SYAITAN PUN BOLEH BERKAWAN APA SANGATLAH DENGAN ISRAEL TU. JANJI BOLEH JATUH KAN MELAYU UMNO.

  • Anonymous says:
    February 14, 2012 at 10:53:00 AM GMT+8

    Abis tu... Gi umrah pun tk payah pakai visa umrah... Maha dahsyat tu...

  • The Kuda Trojan says:
    February 14, 2012 at 12:08:00 PM GMT+8

    Pelakon yang perasan hebat memang akan menggunakan segenap peluang untuk menipu penonton.

    Tapi pelakon kena sedar tak semua penonton bodoh macam penonton PAS tu.

  • Anonymous says:
    February 14, 2012 at 12:57:00 PM GMT+8

    Awas ada topeng disebalik topeng.. Ala sekadar sound bunyi bising aje..apa tindakan seterus nya yang akan di ambil??? mengapa ambil masa begitu lama untok berbunyi, sedang Tun M, ramai bolgger dan akhbar telah memberikan teguran dan pandangan atikal demi atikal...kenapa baru sekarang nk berbunyi?? ada udang di sebalik nye ke?? ini semua kerana pr 13 yang akan muncul.

fda

Link2Me WeLinkBk (275)