Sunday, February 5, 2012

Hasan Ali nak benteras parasit PAS dari luar?


Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menegaskan beliau tidak akan membuat rayuan terhadap keputusan pemecatannya sebagai ahli parti Islam itu.

Beliau dipecat oleh Pas pada 8 Januari lalu dan mempunyai 30 hari untuk membuat rayuan.

Hasan yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor sekali lagi membantah keputusan pemecatan beliau dengan menyifatkan tindakan itu diambil secara arbitari dan mengikut selera 'parasit' yang mahu beliau keluar Pas.

"Peranan parasit yang begitu menonjol dalam mesyuarat membuat keputusan tersebut sehingga pimpinan tertinggi terpaksa membuat keputusan di luar batasan pengurusan manusia dalam organisasi seperti lazim dilakukan.

Saya juga tidak pernah menerima surat, pesanan ringkas atau panggilan telefon meminta saya hadir khusus untuk member keterangan terhadap apa-apa pertuduhan (sekiranya ada) yang dikenakan terhadap saya," kata beliau pada sidang media di rumahnya di sini petang ini.


Menurut Hasan, beliau tetap berpegang kepada kenyataan Mursyidul Am Pas yang menyatakan bahawa segala-galanya yang melibatkan beliau (Hasan) telah selesai selepas Pertemuan Mahabbah di Kota Bahru pada 27 Disember tahun lalu.

Mengulas isu sama, Hasan berkata hala tuju dan dasar perjuangan parti telah terkeluar dari landasan asalnya apabila negara Islam, hukum hudud, kepimpinan ulama ukhwah Islamiyah dan akhlak Islam tidak lagi menjadi amalan serta urusan harian parti.

“Sebelum ini saya sering mencadangkan supaya Pas mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) kerana pendekatan akomodatif yang diambil oleh ‘parasit’ di dalam Pas melampaui hal berkaitan dasar parti hingga terpaksa dikorbankan demi menjaga hubungan bersama PR.

Baca sepenuhnya di Empayar Pemuda sini
Macam mana Hasan Ali nak benteras parasit PAS jika dia berada di luar PAS?

Bukankah dia perlu tunjukkan ketidak adilan dalam PAS yang tidak mengikut prosedur dalam menghukumnya?

Jika demikian, dia sepatutnya katakan dia tidak perakui keputusan yang dibuat Jawatankuasa Pusat kerana tidak mengikut prosedur dan asas keadilan.

Apa helah Hasan Ali? Kalau masuk UMNO, dah tiada asas lagi Hasan Ali berlawan. Jangan pula ada badigol dalam UMNO berusaha pujuk Hasan Ali ...

6 comments:

  • Anonymous says:
    February 5, 2012 at 2:22:00 PM GMT+08:00

    kalo Hassan Ali tak masuk UMNO lagi bagus...itu yang dimahukan oleh PAS, dapatlah mereka menghentam UMNO. Dalam parti mereka sama saja dgn mana2 parti iaitu 'rapatkan barisan'...kalo pucuk pimpinan kata pecat maka pecatlah jawabnya. Pada ahli PAS janganlah menuduh UMNO disebalik semuanya ini...sama juga semasa ANWAR dipecat dari UMNO, PAS jugalah yang mengheret ANWAR kesana kemari dalam ceramah untuk mengambil peluang yang terhidang ibarat GAJAH(umno) yang cedera maka ramailah binatang DUBUK(pr) mengelilinginya...

  • Anonymous says:
    February 5, 2012 at 3:29:00 PM GMT+08:00

    maaf cakaplah. Hasan Ali memang fail. Dah diberi kuasa tak mampu laksanakan. Di bawah kepimpinan dia PAS Selangor dicap oleh semua jadi keldai tunggngan DAP. Orang macam tu nak diharapkan jadi Pesuruhjaya PAS negeri?

    -Laskar KJ -

  • Ibnu Sina says:
    February 5, 2012 at 3:38:00 PM GMT+08:00

    ni la org UMNO, dapat peluru tembak kaki sendiri. Kasi support la Hasan Ali.

  • DimitarBerbatov9 says:
    February 5, 2012 at 6:39:00 PM GMT+08:00

    tak payah hassan ali nak semak masuk UMNO...

    elok la dia berjuang atas nama NGO kalau masuk UMNO nampak sangat motif tetap bertujuan politik...


    kalau ada mana2 pemimpin2 UMNO yg konon2nya nak memperjuangkan ISLAM beria2 nak hassan ali masuk UMNO patut kasi hentam sama pemimpin tu...

    nuffsaid

  • Anonymous says:
    February 6, 2012 at 1:37:00 AM GMT+08:00

    Dato Dr Hassan Ali berkata dalam ceramah dia di Tmn Ampang Indah sebentar tadi......dia telah di halang bercakap tentang islam dlm mesyuarat Exco kerajaan Negeri Selangor, bukan saja DAP dan PKR, exco dari PAS pun turut menghalang dia bercakap tentang islam..abis dia nak cakap ape? Puak PAS masih jugak tak ngaku yg parti mereka telah digunakan olih PKR & DAP....itu pun org PAS tak pertikaikan....

  • Anonymous says:
    February 7, 2012 at 7:32:00 PM GMT+08:00

    PAS tengah kepanasan akibat tindakan terburu2 mereka.

    Pecat orang yang credible tapi masih menyimpan mangkuk2 macam Mah Sabu, Mr. Bean, Din Pudu, Khalid Paderi dan yang sewaktu dengan mereka.

    Tapi aku masih respek Dato Haron Din dan geng2 ulamak yang berani menentang pucuk pimpinan PAS pro Anwaris yang dah jauh terpesong.

    Nabi Ajis dan Ustart Hadi pun dah tak releven lagi.

    ... dan UMNO jangan terlalu cepat menolak rezeki. Datuk Hasan sedang menebalikkan PAS. Biarlah dia dengan agenda dia. Matlamat perjuangan dia masih IMR yang sepaptutnya kita sokong. Dalam politik, manusia boleh berubah. Berilah dia peluang.Sedangkan Nabi ampunkan umat.

    But NOT nabi n.ajis of course.

    Allahu Akbar.

fda

Link2Me WeLinkBk (275)