
Disebabkan dua posting berturut-turut dari salah satu penulis The Unspinners, timbul pula serangan dan pertuduhan blog ini empunya dan dikendali oleh orang tertentu, yang punya blog tertentu dan berbaju tertentu.
Ada pihak membuat andaian orang ini dan tu pula adalah dalam The Unspinners. Entah apa lagi andaian yang telah dibina mengenai The Unspinners.
Ingin kami nafikan di sini, bukan, bukan dan bukan .... tidak, tidak dan tidak .... Salah sama sekali.
Bertambah lagi, The Unspinners tidak boleh ditujukan kepada seseorang atau seorang blogger atau berbaju tertentu. Ia bukan orang perseorangan tetapi lebih ramai dari itu.
Ia adalah satu rangkaian jaringan sumber maklumat, dan sumbangan ramai penulis dan penghantar email. Sebagai satu contoh, The Unspinners sering mengambil tulisan dan petikan tulisan yang baik-baik dari blog-blog lain, khususnya yang tidak ternama.
Maka salah sekali teka-teka yang dibuat dan disebarkan dikalangan sekumpulan blogger. menuduh orang tertentu sebagai Unspinners.
Dan tidak mungkin dan tidak perlu untuk ada debat terbuka. Dah macam seolah-olah Anwar Ibrahim mencabar Najib untuk debat pula. Ini dah lari tujuan. Insiden semalam pun lari dari tujuan dan peranan kita berblog dan menjadi blogger.
Bertambah lagi, kami tidak akan mendedahkan sumber kami.
Kami akui kedua-dua tulisan agak anih kerana kesibukan menyebabkan ianya terlepas tanpa suntingan. Ia agak terlalu kasar, terbuka dan bertubi-tubi hingga menunjukkan ketiada matangan dan kehalusan dalam gerak kerja.
Lebih-lebih lagi cara sedemikian tidak bijak dikala kita perlu menumpukan kepada PRU.
Maka dengan demikian, kami mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu yang kami tidak pernah lakukan iaitu menurunkan kedua-dua tulisan kerana ia menyusahkan mereka yang tidak ada kena mengena dengan kami.
Ada kala lebih perlu berundur dari meneruskan sesuatu yang dah tersilap cara dari mula.
Lebih baik fokus kepada peranan kami.

