Monday, January 23, 2012

Tabik hormat buat polis Dang Wangi


TV3 tadi melaporkan kisah seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun diugut dengan barang tajam ke dalam bilik rumahnya oleh seorang lelaki yang pernah ada rekod jenayah.

Pihak polis Dang Wangi telah berjaya menyelamatkan kanak-kanak itu tanpa apa-apa kecederaan dengan menembak mati penjenayah tersebut ke rusuknya.

Penjenayah itu telah memasuki rumah kanak0kanak tersebut ketika keluarga itu sedang menonton televisyen dan terus mencolek kanak-kanak itu ke dalam bilik.

Kejayaan pihak polis itu amat mengkagumkan kerana bilik itu tiada akses untuk dimasuki melainkan melalui bilik utama.

Ketika laporan itu kelihatan orang ramai yang berkumpul diluar rumah memberi tepukan sebagai tanda terima kasih dan hormat kepada kecekapan para anggota polis.

Tahniah buat ACP Dato Dzulkifli dan pasukannya!

Kalau dilayan pelbagai tuntutan pembangkang dan peguam Bar-ua Council, yang bermotif hanya kepentingan politik sendiri dan agenda asing, pasti susah untuk polis menjalankan tugas.

Mereka-mereka serta mahasiswa pro pembangkang yang mengutuk polis ini bolehkah menyelamatkan jiwa rakyat dalam keadaan sedemikian rupa?

BERITA SEPENUHNYA DI UTUSAN MALAYSIA SINI

6 comments:

  • Anonymous says:
    January 23, 2012 9:00:00 PM GMT+08:00

    bila ada kes mcm ni suruh dia org pergi runding berani tak dia orang

  • Anonymous says:
    January 23, 2012 9:16:00 PM GMT+08:00

    tv3 tersalah lapurlaaa bro


    sebenarnya almahdi anu war alkote telah menyelamatkan tebusan kanak kanak tu .bukan polis bro.


    anu war akan saman tv3 kerana tersalah lapur

    ......pdrm apa tak tau buat kerja, anu war polis malaysia...........

  • Anonymous says:
    January 23, 2012 9:33:00 PM GMT+08:00

    PR mesti nak suruhan diraja akan kaganasan polis menembak mati penjenayah tersebut, suruhan jaya pula minta polis tembak pakai pistol eletrik.

  • Anonymous says:
    January 23, 2012 11:00:00 PM GMT+08:00

    Tahniah ACP Dato Dzulkifli . . .
    Tahniah PDRM . . .

    Tapi bilalah ACP Dato Dzulkifli ni nak dinaikkan pangkat. Dah berapa tahun dia jadi Ketua Polis Daerah?

    Kot mana pun tabik kena tabik. Bak kata John Hancock ... good job.

    PDRM terbaiikkk . . .

  • KZSO says:
    January 24, 2012 2:33:00 AM GMT+08:00

    ini mesti satu lagi konspirasi umno nih... :D

  • husin kg pisang says:
    January 24, 2012 12:13:00 PM GMT+08:00

    Tahniah PDRM dan mereka semua yg trlibat...

fda