
Ketika pergaduhan antara Ramasamy dan Karpal Singh, dua ADUN menyebelahi Karpal Singh dan mengadakan satu perhimpunan. Kami memetik dari blog Pisau sini berkenaan kisah ini:
Isu “GodFather” semakin rancak dimainkan, fakta yang utama adalah untuk kepentingan penyokong-penyokong mereka dalam politik, yang boleh membimbangkan dan merungsingkan. Pada mulanya 2 orang ahli dewan yang menyokong Karpal Singh pada 9 haribulan yang menggerakkan perhimpunan beramai-ramai secara aman, tetapi di atas nasihat pemimpin-pemimpin parti perhimpunan itu dibatalkan.Pisau juga mendedahkan "...pembantu Dr. Ramasamy a/l Palanisamy telah menulis di Twitter ada berlakunya penyelewengan wang kerajaan dan duit kontraktor oleh 2 wakil rakyat Pakatan Rakyat."
Tetapi pihak penyokong-penyokong dari Dr. Ramasamy a/l Palanisamy tidak dapat hentikan perhimpunan itu, menyebabkan majlis jadi kecoh dan membantah Karpal Singh, Karpal Singh yang selalunya bersikap tegas dan angkuh, macam mana boleh terima dan sabar lagi? Sebab itu apabila Dr. Ramasamy a/l Palanisamy cuba berlembut mahu bersalaman dengan Karpal Singh, Karpal Singh tidak menyapa dan tidak tunjuk reaksi untuk menyambut salaman itu.
Adakah Ramasamy sudah mula menyerang Karpal melalui perang proksi pula apabila usaha gencatan senjata oleh LGE, LKS dan Dr Chen tidak dipersetujui Karpal?


0 comments:
Post a Comment