
KUALA LUMPUR 25 Jan. – Jabatan Audit Negara (JAN) menjelaskan bahawa Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 tidak ada menyebut perkataan-perkataan seperti kucar-kacir, ‘in a mess’ ataupun penyelewengan dalam laporan pengauditannya terhadap projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) di Gemas, Negeri Sembilan.Baca laporan Bernama sepenuhnya di Utusan Malaysia sini
Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dalam kenyataan hari ini berkata, “Perkataan-perkataan ini telah digunakan oleh pihak-pihak lain dan JAN tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan.”
Katanya, pada pendapat JAN, sama ada terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam pelaksanaan projek itu terpulanglah kepada penyiasatan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut beliau, pada perspektif audit, sememangnya terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek itu yang menyebabkan kerajaan menangguhkannya pada Mei 2009, iaitu sebelum pengauditan, sehingga satu kajian daya maju dan model perniagaan dijalankan.
“Perkara ini ada dinyatakan dalam LKAN 2010. Ia membayangkan Kerajaan Malaysia sememangnya sedar akan kelemahan-kelemahan dalam pelaksanaan projek ini dan telah mengambil tindakan untuk menentukan hala tuju projek,” katanya.
Ambrin menambah, pengauditan bagi projek NFC dibuat secara bebas dan profesional tanpa sebarang prejudis kepada mana-mana pihak dan sebarang kenyataan yang mempertikaikan kewibawaan dan integriti juruaudit JAN adalah dikesali.
Tambah beliau, analisis audit mendapati objektif projek NFC masih belum dicapai sepenuhnya disebabkan pelbagai faktor yang dihuraikan dalam LKAN 2010.
Mengapa begitu lama baru menjelaskan perkara ini?
Ternyata sekali, isu yang ditimbulkan pihak JAN hanya berkenaan keberkesanan program. Ini juga berkait rapat dengan pelbagaian kekurangan dari pihak Kementeriaan Pertanian dan Kewangan. Dalam hal ini, bekas Menteri Kewangan tidak boleh terus berdiam diri.
Kemungkinan tiada kes untuk kesalahan yang melibatkan SPRM dan Polis.
Namun begitu, apa sekali yang ditimbulkan oleh Tan Sri Ambrin, pihak NFC sendiri perlu bertanggungjawab jelaskan semua pertuduhan yang dibuat oleh pembangkang. Harap jelaskan pula isu etika di mana suami dan keluarga Menteri mendapat projek dan bantuan kewangan dari kerajaan?


aik duit dah dapat pon masih nak kate ade kekurangan? dah beli macam2 belanje macam2 pon komplen kekurangan? come on la!
Juruadit tak bertauliah ni.