
Dalam hal Pak Menteri perlu mengistiharkan harta, ini sudah jadi amalan BN dari masa zaman Tun Dr Mahathir lagi.
Isu isytihar harta ini timbul apabila ada pihak menimbulkan agar Menteri isytihar harta kepada SPRM. Dato Nazri menyatakan pandangan tidak perlu dan terus pembangkang menyerang. Lanjutan dari itu, timbul pula saranan dari pihak pembangkang supaya ahli-ahli UMNO buat juga isytihar harta kepada SPRM.
Apa perlunya jika mereka bukan pemegang jawatan awam seperti Menteri, Exco, Councillor dan Government Servant? Mahukah ahli-ahli parti PR lakukan yang sama?
Kalau ia pun, amalan isytihar harta di kalangan semua exco negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat adalah amalan yang sama dimana pengistiharan dibuat kepada Ketua Menteri dan Menteri Besar.Semasa rakyat menuntut MB mengkota janji pilihanraya untuk isytihar harta kepada awam, Dewan Undangan Negeri, Dato Teng Chang Kim dan ADUN-ADUN DAP enggan lakukan.
Menteri Besar Tan Sri Khalid turut berdalih-dalih. Dengar video berikut:
Akhirnya tiada pun rakyat tahu apa yang diisytihar oleh exco. Khalid sendiri tidak dedahkan habis hartanya dalam berupa saham syarikat.
Sementara itu di Kelantan, Naib Presiden Angkatan Generasi Muda Melayu Kelantan (AGENDA), Arif Hakimi Zulkifli berkata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta ahli keluarganya termasuk menantu, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman wajar mengisytiharkan aset mereka kepada SPRM.Arif Hakimi berkata langkah itu bagi memastikan mereka benar-benar telus dan bersih daripada kegiatan rasuah.
“Kita mahu keluarga Menteri Besar telus kerana selama beliau digambarkan pemimpin zuhud dan hidup dalam keadaan sederhana termasuk tinggal di rumah kampung, tetapi sebenarnya memiliki rumah besar."
Baca sepenuhnya di Terompah Besi sini
Di Pulau Pinang, mereka berdalih enggan membuat pengisytiharan harta kepada SPRM tetapi kepada firma akauntan antarabangsa, KPMG. Itu bermakna mereka lebih telus kepada firma yang dipunyai asing dari organsasi tempatan dan rakyat sendiri.Atau pun mereka ada persekongkolan dengan pihak asing? Baca blog pembangkang berkenaan perkara ini di sini

Alasan yang diberi adalah mereka tidak percaya kepada SPRM. Baik ... tapi cuba fikirkan kenapa mereka mahu bersorok dari SPRM?
Kalau SPRM ada niat jahat terhadap pihak pembangkang pun, mereka tidak boleh sewenang-wenang sumbat mereka dalam penjara. Ianya perlu melalui proses mahkamah. Bukan senang nak caj sampai boleh didappati bersalah akhirnya.
Inikan pula jika SPRM hanya sebgai penyimpan amanah. Kalau maklumat ini bocor, pastilah kewibawaan SPRM akan terjejas.
Satu lagi yang perlu difahami, kepada siapakah KPMG sepatut beritahu jika berlaku sebarang jenayah atau salahlaku bila harta yang diperolehi melebihi harta yang ada?
Mestilah SPRM kerana hanya mereka adalah pihak berkusa dalam hal rasuah dan money laundering. Tetapi adakah mereka akan benarkan KPMG laporkan kepada SPRM?
Tepuk dada tanya sendiri. Apa agaknya jawapan mereka?


Sifat manusia begitulah.
Sebelum memegang tampuk pemerintahan, memang mudah menuding jari menyalahkan orang lain.
Tetapi bila sendiri sudah memegang tampuk pemerintahan, tanpa disedari dilimpahi harta dan kemewahan yang datang bergolek, baru tahu betapa susahnya memegang kuasa.
Bila diminta mengisytiharkan harta, barulah kelam kabut tak tahu kemana nak disorokkan. Mula lah mencari saudara mara dan kroni2 untuk dipindahkan harta2 tersebut.
Bagi pihak yang menyiasat mudah saja. Taip nama dan nombor KP, kejap lagi keluarlah nama2 yang berkenaan. Tapi jangan lihat pada ruang pemilik terkini, lihat pada pemilik sebelumnya.
Hi, hi, hi ... selamat menyorok.
mungkin depa takut SPRM pulak yg siasat hubungan KPMG dengan Penang State government, maklumlah KPMG dapat projek besar dari penang..taktau la CAT ka tak hehe...kat selangor taktau la camna..ada ka tak KPMG buat projek kat sana
Penang Mali