Saturday, January 14, 2012

Cantik-cantik muka, mulut plaster skit ye ...


Al kisahnya, satu isu sedang cuba dipanaskan oleh pihak pembangkang. Isu hanya kesilapan prosedur dan bukan mencuri atau apa pun. Tiada sesiapa ada niat pun nak mencuri.

Masaalahnya ia dah jadi isu.

Secara mata kasar, ianya bocor kerana sebab satu laporan. Ada pula kata, ianya bocor sebab ada seorang wanita tak tahu jaga mulut.

Kalau isunya hanya kesilapan prosedur, mungkin nawaitu dia membocorkan itu tidak baik.

Ini yang menyampah ni. Banyak sangat kisah pasal wanita ini. Sementang dia cantik dan pandai bercakap, jarang sekali dia di kritik. Memang dia buah hati boss dahulu, tapi bukan boss sekarang.

Disebalik kerupawanannyanya, tidak sempurna orangnya. Bergaduh dengan rakan setaman sampai jadi besar pasal dia ambik bahagian orang.

Bila dia tak dipilih untuk bertanding, dia tak ada di kawasan untuk bantu. Tapi dari jauh ramai kata dia sabotaj sampai kawan yang bertanding kalah.

Tak malu pula nak ngata kawan tu secara terbuka.

Ada banyak kata-katanya dah jadi bahan untuk pembangkang pusingkan hingga menjatuhkan maruah jawatan sepertinya.

Ada dikatakan sampai mintak duit dulu sebelum naik berceramah. Tak malu dituntut dan ugut tak cakap kalau tak bayar dulu. Mintak bukan sikit, tapi sampai empat lima ribu.

Semua ini masih boleh dinafikan sebagai tiada bukti atau hanya cakap-cakap. Tapi, tujuan kami ungkit hanya nak kasi amaran.

Muka awak cantik, mulut awak pitah bercakap, tapi nawaitu hati tu baiki ye ... Mulut tu kasi plaster skit. Kalau kami bocorkan sesutu, bukan saja tak bertanding, boleh CBT tau ...

3 comments:

  • bujangsenang says:
    January 14, 2012 at 8:31:00 PM GMT+08:00

    PR DAH KETANDUSAN IDEA...

  • Anonymous says:
    January 14, 2012 at 9:11:00 PM GMT+08:00

    Pkr bungkus tak lama lagi. Pas biasala hamPAS sepanjang masa.

  • Anonymous says:
    January 14, 2012 at 9:30:00 PM GMT+08:00

    Percepatkan pilihanraya tu Najib. Aku tak sabar nak tengok muka pembangkang bila kalah lagi dengan BN.

fda

Link2Me WeLinkBk (275)