Visitors

Tuesday, January 24, 2012

Blog moderate, neutral sesuai untuk atas pagar


Tulisan Tan Sri Abdullah Ahmad di Sinar Harian baru-baru ini menarik sekali. Kami mengambil petikan berikut tulisannya yang telah ditranscrip oleh blog ZMSegamat sini:
2.0 Dalam diskusi "Politics Unusual – What To Expect In the Next General Election" anjuran Asli (Asian Strategy and Leadership Institute) di Sunway Resort Hotel & Spa, Selasa 17 Januari 2012, Profesor James Chin, seorang panelis dan Ketua Jabatan Social Sciences, Monash University, Kampus Sunway, Selangor, menegaskan mengikut beberapa kajian mutakhir, bloggers tidak akan berperanan, atau berpengaruh dalam PRU13 seperti dalam pilihan raya umum lalu.

Sebabnya pembaca blog telah mengetahui sebahagian besar bloggers tidak bebas, tidak berkecuali; tidak sederhana; mereka ada agenda tertentu, mereka sebagai ajung (adjunct) parti-parti politik tertentu.
Ada ajung Pakatan Rakyat dan sekarang sudah wujud bloggers ajung BN/Umno.

Hasil kajian itu nampaknya blog hanya dibaca oleh pengikut setia tertentu sahaja, bukan oleh pengundi bebas atau pembaca atas pagar.

Apa yang perlu dan harus ada ialah bloggers yang moderate, sederhana dan neutral yang mampu mengalih perhatian dan mempengaruhi pengundi bebas dan pembaca yang independent.

3.0 Lebih baik pada setengah orang bebas membaca media perdana milik BN dan suara Pakatan Rakyat seperti Harakah. Sekurang-kurangnya media ini secara rasmi suara parti berkenaan.

Sekarang kalau pun orang bebas membaca kedua-dua blog mereka akan diskaun pendapat blogger apabila merumuskan pendapat dan pilihan peribadi (pembaca) tentang satu-satu isu.
Pandangan ini adalah satu peringatan yang baik buat blogger-blogger pro UMNO semua. Ada blogger yang baru satahun jagung naik angkuh mengaku zaman ini adalah zaman memblog cara dan stail mereka.

Tidak mereka sedari bahawa tarikan Alexa yang mereka kutip tidak membawa makna. Trafik yang mungkin mereka perolehi masih tidak sebanyak media mainstream, portal mereka dan viral effect dari situ.

Masing-masing hanya berblog kepada yang sudah converted tetapi cara blog yang negatif tidak berupaya langsung mengubah persepsi rakyat yang atas pagar mahupun yang simpati pembangkang. Ada kala cara blog yang negatif sudah back fire kepada diri mereka dan menjejaskan rakan blogger lain.

Tabiat terlalu mengejar populariti Alexa sudah melarat hingga lupa menilai keberkesanan dalam mempengaruhi pengundi. Ramai bloger terikut-ikut metod mempularitikan blog dengan menggunakan tajuk-tajuk sensasi. Tabiat ini sudah menjadi-jadi hingga ramai blog menggunakan car atabloid murah mempamerkan gambar wanita seksi untuk mendapatkan perhatian.

Ada perbuatan dan tingkah laku pemblog mencari publisiti hingga menjejaskan keberkesanan maklumat yang mahu disebarkan dan lari fokus dari membantu parti.

Blogger perlu ingat dan menghormati kebijakan pembaca untuk menilai tulisan kita. Jika kita termasuk diri kami sekali, tidak menghormati mereka, mereka tidak akan mahu dengar pandangan kita.

Integriti dan nama baik blog perlu dijaga jika ingin berperanan membantu parti. Kecekapan memahami dan menilai isu dengan bebas dan objektif menurut sentuhan dan pandangan tersendiri menjadi penentu.

Banyak lagi isu-isu dan kelemahan blogger untuk dibincang. Cukup buat setakat ini.

Peringatan terakhir, jika blog anda tidak efektif dan tidak menjaga integriti masing-masing, anda tidak membantu parti, malah dalam suasana yang sedang berubah ini, anda boleh dianggap liabiliti buat parti. Banyak berhemah ...

8 comments:

  • hilbert says:
    January 24, 2012 at 10:40:00 PM GMT+8

    betul bro dan saya setuju sangat dgn pandangan begini, baik untuk semua.

    Teguran membina untuk semua bloggers termasuk saya juga demi kebaikan.

    Untuk makluman, blog Anak Merdeka berkemungkinan besar akan ditutup atau saya hanya akan membiarkannya saja tanpa sebarang entry lagi.

    Banyak perkara yg perlu ditangani pada masa2 yg mendatang ini.

    Terima kasih semua.

  • Anonymous says:
    January 24, 2012 at 11:12:00 PM GMT+8

    Jangan pandang ringan keatas blogger proKerajaan... Memang menyengat... Kalu pembaca neutral, dia akan baca dua belah pihak... Teruskan perjuangan... Prof James Chin tu DAP ke?

  • musram rakunman says:
    January 24, 2012 at 11:40:00 PM GMT+8

    sangat setuju.

  • Zumie says:
    January 24, 2012 at 11:52:00 PM GMT+8

    Bole bagitau Link @pun URL blog itu,adakah sama macam Ridhuan Tee???

  • DimitarBerbatov9 says:
    January 25, 2012 at 12:04:00 AM GMT+8

    bagus..
    dah lama aku tak baca artikel TU yg sebegini rupa..
    kekal menjadi2 blog yg sederhana dan mejadikan pembaca2 yang atas pagar sebagai sasaran..

    ini kalau blog dah mmg mengutuk2 pembangkang je kerja mmg naik muak la geng2 silent majority ni...
    erm

  • Anonymous says:
    January 25, 2012 at 2:31:00 AM GMT+8

    maaf kata tapi memang blogger pro-BN banyak yang cetek dan dangkal. tu takpe lagi, dengan maki hamun sumpah seranah serta namecalling, adakah ini imej yang nak ditunjukkan penyokong BN??? fikirkan dan renung2kan... aku yang sokong BN pun naik jelak baca blog2 ni, dari >10 list feveret, sekarang tinggal 2-3 saja yang aku 'lalu' nak baca.

  • Anonymous says:
    January 25, 2012 at 2:34:00 AM GMT+8

    oya, unspinners sendiri pun selaku aggregator/portal, patut menyaring dan menapis blogpost mana yang nak dimuatkan di sini. bagi aku unspinners pun dah hampir masuk kategori 'tak lalu' dibaca sebab ada blogpost2 seumpama ini. kita patutnya menarik dan menawan hati orang atas pagar, bukannya membuat orang yang sama pihak naik meluat... sekadar pandangan

  • Anonymous says:
    February 15, 2012 at 3:39:00 AM GMT+8

    Kalau BN kalah , sebahagian besarnya adalah kerana Bloggers nya.

    Kalau BA menang sebahagian besar pula adalah kerana DAP.

    BN atau BA melayu masih belum dapat disatukan oleh UMNO, PAS dan PKR. Dan tak mungkin juga oleh NGO.

    Raja-raja melayu, cukuplah dikuda kayu oleh angkatan ahli dewan. Turun titah duli tidak memadai, cemarlah duli atas kami.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)