
Ulasan
Unraveling spin and lies


GEORGE TOWN: A non-governmental organisation has labelled Penang as a ‘mini Las Vegas’ after its members have allegedly identified more than 300 premises which housed illegal video and slot gambling machines here.
Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) president Sabaruddin Ahmad said that each of these premises have at least 50 gaming machines each.
He added that Pertiga wanted to stage a demonstration through a convoy of 1,000 motorcyclists at some of the premises on the island, but most of them were closed when their members rode by earlier.
“It seemed like the operators knew we were coming and had closed their outlets,” he said.
Sabaruddin said Pertiga wrote a letter to Chief Minister Lim Guan Eng two weeks ago to seek a meeting but the latter had apparently refused to meet them.
“We wanted to bring up issues concerning social ills to him in the meeting but our request was rejected. Must Pertiga always stage a protest when we need to voice our concerns?” Sabaruddin asked.
“Gambling is unhealthy and Lim should have done something to tackle the problem instead of passing the buck to the Federal Government,” he told a press conference at Persiaran Bayan Indah here.
Sabaruddin said Pertiga was set up to voice out concerns of everyone here, and not just the Muslims.
Pertiga also urged the state government to construct a motorcycle racing track in the state to prevent the young from resorting to illegal street racing.
State Local Government and Environment Committee chairman Chow Kon Yeow said the local authorities issues licences to cybercafes here but some operators alleged- ly abused their permits to conduct illicit activities.
“It would be under the jurisdiction of the police to charge those operators who have misused their licence,” he said when con-tacted.
-The Star Online


Meskipun Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kenyataan yang samar-samar, namun di kalangan wartawan terutamanya Sinar Harian dan Mstar berjaya membuat kesimpulan bahawa Ketua Umum PKR itu menyokong Program Seksualiti Merdeka.
Sudah tentu sokongan Ketua Umum PKR itu disambut gembira oleh komuniti Seksualiti Merdeka sepertimana yang mereka sudah jangkakan sebelum ini.
Seperti kata Anwar jika beliau dilihat memilih untuk pertahankan Seksualiti Merdeka, orang ramai akan kata..Ahh..Lihat Anwar bersama-sama dengan mereka.
Kenapa Ketua Umum PKR begitu risau, jika dilihat bersama-sama kumpulan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender), sedangkan kumpulan tersebut yang selama ini bermati-mati mempertahankan Anwar ? Klik di sini, sini, sini, sini dan sini
Menurut wikipedia Hak LGBT di Malaysia, nama Anwar Ibrahim termasuk dalam salah seorang tokoh LGBT.
Laporan wikipedia turut mengesahkan sikap Anwar bertindak menyokong Seksualiti Merdeka atas kapasiti peribadi, sedangkan kononnya PKR tidak bersetuju dengan penganjuran program menuntut hak kumpulan orientasi seks luar tabie itu.
Tetapi ada yang bertanya, apa beza kenyataan Anwar bersifat peribadi dengan kenyataan atas kapasiti parti, kerana jawatan Ketua Umum PKR juga tidak termaktub dalam parti.
Apatah lagi PKR sendiri dipimpin oleh kroni-kroni Anwar, dari isteri, anak dan sahabat-sahabat rapat.
Wikipedia itu turut menyebut, pada tahun 1998, Anwar Ibrahim didakwa dengan rasuah dan sodomi.
Pada tahun 2000, beliau dijatuhi hukuman sembilan tahun kerana terlibat dalam aktiviti sodomi dengan seorang pemandu lelaki.
Selepas dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 2 September 2004, Anwar berkata bahawa beliau tidak bersalah dan tuduhan itu adalah sebahagian daripada konspirasi politik untuk menamatkan kerjaya politiknya.
Beliau turut berkata bahawa undang-undang jenayah terhadap kesalahan seks luar tabie harus direformasi untuk melindungi kebebasan hidup hak orang dewasa sebagai hak peribadi, walaupun beliau tidak bersetuju dengan perkahwinan sesama jenis.

Dokumen dalam wikpedia disokong oleh dokumen lain iaitu Sodomy Laws.
“Saya rasa jika rahsia peribadi individu didedahkan mungkin tidak menyenangkan, tetapi saya fikir undang-undang (berkaitan homoseksual) perlulah dipinda.
“Isunya adalah pencerobohan ruang peribadi individu, dan oleh itu, kita perlu meminda (undang-undang) bagi memastikan undang-undang tersebut tidak digunakan kumpulan-kumpulan keterlaluan yang berusaha memesongkan pendapat-pendapat atau nilai-nilai mereka di luar skop undang-undang.
“Jadi saya menyarankan agar dibuat hukum umum terhadap homoseksualiti..Saya fikir, kita perlu ingat bahawa pencerobohan rahsia peribadi individu itu adalah sesuatu perkara yang perlu dinilai semula”, kata Anwar seperti dilaporkan Agence France-Presse. Klik di sini
Baca seterusnya di AIDCJumlah kakitangan pejabat ketua menteri Pulau Pinang kini mencapai 28 orang berbanding dengan 13 orang ketika Koh Tsu Koon memegang jawatan KM dulu. Nyata pertambahan yang mendadak dan berlipat ganda.
Ianya berlaku ekoran ‘orang dia’ dibawa masuk secara terus (direct entry) untuk bertugas sebagai setiausaha akhbar Lim Guan Eng serta untuk bekerja di bahagian penerangan, kata seorang wakil rakyat Umno yang memperolehi jawapan bertulis ketika mesyuarat ke-2 penggal ke-4 sidang DUN Pulau Pinang baru-baru ini.
The New Straits Times melaporkan kelmarin:
Adun Pulau Betong, Muhamad Farid Saad, bertanya apakah keperluan Guan Eng mempunyai setiausaha akhbar begitu ramai.
Muhamad Farid juga memberitahu Sinar Harian bahawa kakitangan pejabat ketua menteri yang berlebih-lebihan itu tidak diambil daripada penjawat awam di jabatan sedia ada seperti pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan pejabat Unit Perancang Ekonomi Negeri tetapi sebaliknya diambil berasingan oleh pihak Guan Eng.
Memang sudah menjadi darah daging DAP bersikap dwi standard, dengan kita dapat lihat Tony Pua, ketua jabatan penerangan merangkap penasihat ekonomi DAP, mahu pula mengurangkan jumlah kakitangan awam di peringkat kerajaan pusat.
Sekiranya setiausaha akhbar yang begitu ramai serta bahagian penerangan yang begitu besar itu kerja ialah mempromosikan peribadi Guan Eng ataupun membuat propaganda bagi DAP, maka seharusnya gaji mereka dibayar dari dana parti dan bukannya oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.
Apa kerja mereka semua itu?
Jenis perkhidmatan yang disediakan pegawai-pegawai di pejabat ketua menteri itu sebenarnya mencurigakan.
Mengikut laporan Free Malaysia Today pada 12 Feb 2011, bahagian komunikasi pejabat Guan Eng yang kuat (“powerful”) terdiri daripada bekas wartawan serta petugas muda yang agresif.
Mereka sangat aktif di Internet membantu Guan Eng supaya menonjolkan diri (“make a considerable presence”) di Facebook dan Twitter.
Pastinya merekalah administrator yang mengendalikan Facebook dan blog-blog Guan Eng yang rasmi dan bukan rasmi (misalnya mychiefministerlimguaneng.blogspot.com menjadi tanda tanya).
Budaya apa yang diketengahkan dalam Facebook Guan Eng?
Kalaupun mungkin bukan pegawai-pegawai Guan Eng sendiri yang mencemuh barang sesiapa yang berani menegur bos mereka itu, namun sebagai moderator mereka wajib memastikan komen-komen yang diberikan oleh Facebooker peminat Guan Eng adalah tertib dan tidak melepasi batasan.
Akan tetapi nampaknya pegawai-pegawai Guan Eng tidak berusaha menghalang para penyokong kem mereka menyergah lawan serta para pengkritik dengan kata-kata kesat.
Sebenarnya kita tidak harus mengharap kepada ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Kalau orang nombor satu, iaitu Guan Eng, pun amat pantang ditegur dan petugas-petugas medianya tidak bertanggungjawab, apatah lagi pengikut.
Malah Chan Lilian, seorang petugas media di pejabat ketua menteri Pulau Pinang itu, pernah disiasat polis atas laporan menghasut dan baling batu sorok tangan.
Cara mereka beroperasi
Ng Wei Aik, setiausaha politik Guan Eng, yang juga Adun Komtar, cukup terkenal di YouTube dengan kekasarannya. [Ataupun cuba Google nama 'Wei Aik' + 'samseng'].
Manakala Jeffrey Chew, pegawai khas Guan Eng telah melemparkan ungkapan-ungkapan “serial spin messenger”, “parrots the same spin” dan “continuous attempts to undermine the Penang state government by deliberately distorting facts” terhadap seorang awam yang menulis Surat kepada Pengarang mengkritik ketua menteri itu.
Jeffrey juga menuduh seorang lagi penulis surat sebagai “BN cyber-trooper”, “devious and dishonest” dan “a BN virus and worm …”.
Sementara itu, Wong Kim Fei, setiausaha akhbar (II) kepada Guan Eng, pernah menuduh NST membohong – tuduhan yang dinafikan Nuraina Samad, pengarang urusan suratkhabar tersebut.
Yang saya sebutkan di atas hanya contoh pegawai-pegawai Guan Eng memberi respons secara rasmi. Mana tahu pula jika mereka ada bergiat di alam siber sebagai ‘Anonymous’ ataupun menggunakan nama-nama samaran.
Dan jika reaksi pegawai-pegawai komunikasi tersebut terhadap penulis surat sahaja sudah begitu ekstrim, bagaimana pula mereka bertindak terhadap para blogger yang berdedikasi memantau perangai kepura-puraan Lim Guan Eng?
Lagi kurang kebebasan akhbar
Walaupun dikelilingi begitu ramai setiausaha akhbar dan bergalaskan bahagian penerangan yang begitu gah menepis teguran, Guan Eng masih lagi senang-senang sahaja mengeluarkan perintah larangan terhadap media arus perdana.
Ketua biro NST Pulau Pinang, Sharanjit Singh mengesahkan bahawa akhbarnya, Utusan Malaysia dan Berita Harian tidak dibenarkan membuat liputan apa-apa acara di mana Guan Eng menjadi tetamu kehormat.
Ada sesetengah media cetak yang disenaraihitamkan dan TV3 juga baru-baru ini diusir Guan Eng dari sidang medianya.
Selain kekangan di Pulau Pinang, Guan Eng selaku setiausaha agung DAP juga berkali-kali meletakkan gag order (arahan tutup mulut) atas orang kanan partinya sendiri.
Apakah Watergate?
Kakitangan Presiden Richard Nixon (1969-1974) terbabit dengan pembongkaran ibupejabat lawannya yang terletak di Wisma Watergate di Washington, D.C., ibunegeri Amerika Syarikat.
Penyelongkaran itu dijalankan untuk mencuri dokumen serta untuk wiretap (memasang wayar untuk merakam secara sulit perbualan/perbincangan) kegiatan-kegiatan jawatankuasa nasional parti lawan Demokrat.
Akhirnya Nixon terpaksa juga meletak jawatan kerana tindakan tidak beretika dan menyalahi undang-undang kakitangannya.
‘Stop the Lies’ ialah sebuah blog yang tumpuan analisisnya terhadap DAP. Blog tersebut mendakwa sudah berkali-kali digodam.
“This portal is not spared either. It has been a victim of vicious hacking on numerous occasions. We want to believe that we are doing a damn good job exposing the political chameleons.
“Someone up there must have given the orders. Hack them, shut them up – so much for the right of expression and freedom of speech.” (Baca sini)
Mengodam blog ialah satu jenayah siber.
Memecah-masuk ke akaun e-mel peribadi penulis yang tidak menggemari Lim Guan Eng juga satu jenayah.
Propaganda dan ‘personality cult’
Guan Eng suka sangat selalu mengatakan pentadbirannya bagus sekali dalam semua bidang.
Dari segi jumlah setiausaha akhbar serta petugas bahagian penerangan pejabat ketua menteri, agaknya Pulau Pinang betullah berada di tangga teratas berbanding negeri-negeri lain.
Kakitangan Guan Eng berpengkalan di Komtar, iaitu bangunan urustadbir kerajaan negeri. Mereka menerima gaji bulanan daripada kerajaan negeri dan dibiayai penggunaan segala kemudahan teknologi, komputer dan Internet mereka oleh pembayar cukai.
Adakah kerja parti DAP dan propaganda mengagung-agungkan seorang individu dipisahkan dari urusan rasmi negeri?
Tidakkah orang ramai berminat untuk mengetahui secara terperinci apakah sebenarnya yang dibuat oleh sebegitu ramai kakitangan handpicked di pejabat ketua menteri itu dalam tugas-tugas harian mereka?
Kita jangan anggap serangan demi serangan, portal pro-Anwar seperti The Malaysian Insider, Malaysia Chronicle, Free Malaysia Today terhadap banyak isu kebelakangan ini sebagai kosong dan tidak bertujuan. Naive sangat kita kalau anggap begitu. Ini semua strategi dan susunan yang sangat rapi oleh Anwar dan Media Strategist-nya. Hebat. Memang teratur dan tersusun. Apa strategi? Nak pastikan BN akan bersikap defensif dan senantiasa sahaja terpaksa menjawab banyak isu yang dibangkitkan. Menurut seorang teman, ada ’35 isu besar’ yang sedang digunapakai bagi memastikan BN kelam kabut dalam menjawab isu-isu ini.
Antara isu yang sedang digunapakai:-
NFC – jangan lupa, anak Shahrizat memecat seorang kakitangan Cina (budak DAP) di dalam syarikat tersebut tahun lalu. Semua data dan perincian mengenai projek NFC ada di tangan akauntan Cina ini. Silap anak Shahrizat juga, ambil staff ikut suka hati.
Private Jet Zahid Hamidi – menurut sumber, benar Zahid menggunakan private jet. Dia juga mengakuinya. Katanya, milik orang lain – namun menurut sumber dalaman sejumlah RM400k dibayar untuk khidmat tersebut. Info ini diberitahu oleh orang Zahid sendiri – kononnya atas dasar bangga dan seronok kerana boss-nya mampu dan kaya. Plain bangang!
Kedai Rakyat 1Malaysia
Keuntungan berganda penjualan Science Park di Selangor (siapa untung? Satim atau Khir?)
Isteri Noh Omar memiliki beberapa bidang tanah strategik di Shah Alam.
Ini semua baru sedikit. Di peringkat media strategist Anwar, semua isu ini tidak dilambak secara sekaligus. Ianya akan dilambak secara berkala. Guna pendekatan – blitzkrieg. Lightning war. Cepat dan pastikan musuh penat bertahan.
Nampaknya setakat ini, taktik ini menampilkan kejayaan. Dengan suasana orang dan pemimpin UMNO sendiri buka pekung dan menunjuk-nunjuk kemewahan; ianya akan memberikan banyak lagi modal untuk mereka menyerang kerajaan.
Katanya, fokus seterusnya adalah Pulau Pinang dan Kedah. Banyak juga isu, khususnya yang melibatkan Mahdzir Khalid dan konco-konconya seperti Ali Yahya dan Rawi (Langkawi). Banyak data sedang dikumpul dan akan dilambak menjelang pilihanraya.
Anwar yang mahukan blitzkrieg ini dijayakan bagi menutup sedikit isu moral yang sedang beliau hadapi. Mana ada orang cakap pasal liwat sekarang ni. Isu lembu naik kondo lebih menjadi bual bicara orang luar dan dalam UMNO. Bahaya….
Kita semua kena hati-hati dengan suasana ini. Jangan seronok sangat dengan benda-benda lain. Fokus dan tumpuan mestilah ditujukan kepada dis-credit Anwar sama sekali. Memang sudah terjadi tetapi gelombang ini belum cukup kuat.
Isu sudah keluar. Nama-nama yang terlibat perlu siap-sedia menangkis.
Jangan harapkan orang tolong cuci..
Walaupun teman memang sudah bersedia mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim, namun Anwar begitu terdesak mahu pengosongan itu dibuat segera sebaik sahaja Saiful Bukhari Azlan membuat lapuran polis pada 28 Jun 2008 mengadu dia diliwat oleh Anwar Ibrahim.
Anwar sendiri selepas itu berjumpa dengan teman dan menawarkan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah beberapa GLC ternama Kerajaan Selangor dengan tawaran gaji puluhan ribu dengan pelbagai kemudahan, syaratnya teman mesti mengosongkan kerusi Ahli Parlimen KBB dengan segera.
Ini bukan rasuah ke?
Teman menolak tawaran jawatan dengan imbuhan lumayan tersebut, sebaliknya menyatakan teman bersedia untuk tidak membela kes petisyen tersebut dan membiarkan Mahkamah mengisytiharkan kerusi Parlimen KBB kosong untuk membolehkan satu Pilihanraya Kecil diadakan.
Namun rancangan ALLAH mengatasi segalanya. Mahkamah yang sepatutnya membicarakan kes tersebut telah menangguhkan perbicaraan atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Ini menyebabkan Anwar menjadi berang dan makin terdesak, kerana kata Anwar dia mahu menjadi Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang bila Pendakwaraya membawa kes pertuduhan meliwat stafnya Saiful.
Kata Anwar, kalau mereka membawa juga pendakwaan terhadapnya kerana meliwat stafnya Saiful, sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang, dia akan gunakan sepenuhnya Parlimen dan Inter Parliamentary Union (IPU) dan badan antarabangsa lain untuk menekan Kerajaan Malaysia supaya tidak meneruskan pendakwaan terhadapnya!
Apabila Mahkamah menangguhkan kes tersebut, teman dipanggil oleh Anwar menyatakan bahawa dia membuat keputusan untuk mengarahkan Wan Azizah mengosongkan kerusi Permatang Pauh supaya Pilihanraya Kecil dapat diadakan segera. Lagipun kata Anwar, dia kurang yakin boleh menang di Parlimen Kulim Bandar Baharu, sebaliknya yakin boleh menang di Permatang Pauh. Jadi Anwar kata tidak perlu teman kosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu!
Teman juga dipanggil oleh Wan Azizah yang memaklumkan kepada teman bahawa dia dipaksa oleh Anwar untuk mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh. Jelas Wan Azizah berada dalam keadaan tertekan semasa perjumpaan itu kerana beliau bersedih dan menangis semasa memaklumkannya kepada teman bahawa dia dipaksa oleh Anwar untuk mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh!
Malah Wan Azizah membuat komen “apa yang I dapat berkorban macam-macam untuk Bang Non”. “Kalau I yang kena macam dia you ingat Bang Non nak berkorban macam I ke? Kata Wan Azizah sambil mengalirkan airmata! Wan Azizah memanggil Anwar dengan nama "Bang Non".
Teman memberitahu Wan Azizah supaya jangan kosongkan kerusi Permatang Pauh, malah teman bersedia kosongkan kerusi Parlimen KBB hari itu juga untuk memastikan kerusi dia selamat. Sambil berseloroh teman bagitahu Wan Azizah lagipun Anwar janji dengan teman akan diberi jawatan CEO dan Ahli Lembaga Pengarah beberapa GLC di Selangor sebagai ganti!
Isteri sendiri dah komen macam itu. Faham-fahamlah..

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Uji kaji makmal terhadap sampel air di Kelantan pada setiap tahun oleh Kementerian Kesihatan bukan saja mendapati ia mengandungi logam-logam berat malah bakteria berbahaya termasuk E.coli.
Lebih membimbangkan, E.coli turut ditemui dalam sampel air yang dibekalkan ke rumah-rumah oleh Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).
Penemuan E.coli itu dalam sampel air dari Kelantan dikesan dalam uji kaji yang dijalankan kementerian itu dari 2008 hingga 2010.
Laporan Bilangan dan Peratusan E.coli dan Logam Berat Bagi Air Terawat dan Air Mentah Mengikut Daerah Negeri Kelantan 2008-2010 yang dibekalkan kepada Mingguan Malaysia oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman.
Perlu ditegaskan bahawa kerajaan dan juga standard antarabangsa menetapkan bahawa bekalan air terawat mestilah bebas daripada bakteria E.coli.
Ini kerana, E.coli sangat berisiko kepada kesihatan manusia iaitu boleh menyebabkan cirit-birit, muntah, demam, najis berdarah dan paling bahaya ialah dehidrasi atau penyahhidratan yang membawa maut.
Sepanjang tahun lalu sahaja, 11 kes pencemaran E.coli membabitkan air AKSB direkodkan kementerian di Tanah Merah, diikuti Jeli (lapan kes), manakala Pasir Puteh dan Kuala Krai masing-masing dengan tujuh kes.
Beberapa syarikat pengendali air negeri lain memberitahu Mingguan Malaysia, pencemaran bakteria E.coli dalam air terawat iaitu air yang telah melalui loji rawatan, selalunya berpunca daripada kekurangan klorin.
Bagi kes kandungan E.coli dalam air mentah pula, pada 2010 Pasir Puteh mencatat peratusan kes tertinggi iaitu 17.31 peratus, diikuti Gua Musang (16.67 peratus) dan Tanah Merah (11.97 peratus).
Kehadiran banyak bakteria itu dalam sumber air mentah yang digunakan rakyat Kelantan dipercayai berpunca daripada ketiadaan sistem tangki septik (najis) yang sistematik di negeri itu sejak sekian lama dan ia merangkumi keseluruhan daerah termasuk Kota Bharu.
Disebabkan ketiadaan sistem tersebut dan kesukaran mendapat air terawat, kebanyakan masyarakat Kelantan menggali perigi pada jarak rata-rata kurang 50 meter dari tangki najis rumah masing-masing, menyebabkan berlaku serapan bakteria melalui air bawah tanah.
Dalam laporannya, kementerian turut mengesan pencemaran logam berat dan bakteria berbahaya tidak hanya terhad kepada air mentah dari sumber perigi, telaga tiub dan sungai semata-mata, tetapi turut merangkumi air yang dibekalkan AKSB.
Ancaman utama sekali lagi membabitkan mangan, arsenik serta bakteria e-coli disebabkan kegagalan AKSB mematuhi piawaian rawatan air selain kadar liputan air terawat kepada isi rumah Kelantan yang cukup rendah, iaitu hanya 57 peratus daripada 1.54 juta penduduk.
Dalam pada itu, pencemaran mangan dalam air mentah, hanya Bachok dan Tumpat yang bebas daripada pencemaran logam berkenaan untuk tempoh 2008 hingga 2010.
Kota Bharu, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah, Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli dikesan mempunyai kandungan mangan melebihi piawaian dengan Kuala Krai mencatat pencemaran tertinggi sejak 2009.
Pencemaran mangan dalam air terawat yang dibekalkan AKSB juga tidak banyak bezanya apabila hanya empat daripada 10 daerah yang bebas pencemaran iaitu Machang, Bachok, Pasir Mas serta Pasir Puteh dan kawasan paling teruk tercemar adalah Kota Bharu.
Berbeza dengan ujian oleh Mingguan Malaysia bagi pencemaran arsenik untuk tahun ini, kementerian hanya mengesan pencemaran logam itu pada 2010 melibatkan air mentah dengan kawasan paling teruk juga di Kota Bharu.
-Utusan Malaysia
Indonesia beat Malaysia in SEA Games football final
By Aidan Jones (AFP) – 7 hours ago JAKARTA —Indonesia charged into an unassailable lead at the top of the Southeast Asian Games medals table Sunday as their fans were handed a dream date with arch-rivals Malaysia in the football final.
With three days of competition to go, Indonesia hit 140 golds in a bulging 355 medal tally late Saturday and reached the landmark Games' organisers have calculated they need for their first overall win since 1997.
Thailand reclaimed second spot with 85 golds, helping them to leapfrog Vietnam, thanks to their women boxers who claimed four golds, setting up a likely scramble for the runners-up place as the Games draw to a close. But the focus Sunday was on the hosts' mouthwatering clash for football gold with Malaysia, after they booked a spot in final with a 2-0 win over Vietnam, while their neighbours pinched a win 1-0 win over a battling Myanmar.
Goalless at half-time, Indonesia scored twice in the second period through Papuan pair Patrich Wanggai and Titus Bonai. Monday night's final should harbour few fears for the visitors, who weathered the cauldron of the 90,000 capacity Gelora Bung Karno stadium in Jakarta to beat the hosts 1-0 in their last group game.
But Malaysian media Sunday raised fears over the intensity of the hostility they are likely to encounter source AFP here.
The AFP Time Traveller
The Mole

Roadtour Bob Lokman di Pulau Pinang mengkafirkan rakyat Johor ,artikel Pisau 10 Nov
Bob Lokman berkata rakyat Johor disifatkan murtad kerana terpaksa keluar seawal jam 5 pagi untuk pergi bekerja di Singapura,beliau menuduh rakyat Johor tidak melakukan solat kerana keluar dari rumah awal pagi dan pulang pada waktu petang.Katanya mereka mereka ini tidak ada masa untuk bersolat.
Maka kesemuanya dihukum murtad.Begitulah penghinaan dan dihukum murtad terhadap rakyat Johor. Bob Lokman beranggapan beliau sudah setaraf alim ulamak dengan hanya menyertai PAS kemudian sudah boleh mengkafirkan orang lain.Selanjutnya klik sini
Hujahnya "Kerja di Jurong Singapura,duduk Ulu Tiram,Jam 5 pagi dah keluar dari rumah,7 pagi dah sampai tempat kerja.Berapa lama 10 tahun dah mereka tak sembahyang subuh?"
Ujarnya lagi "10 tahun tak sembahyang subuh shiekh!! , pergi kerja 5 hari seminggu kemudian cuti hari Sabtu dan Ahad barulah dia(rakyat Johor) qado, dia qado tidor hingga bangun paling awal tu pun sampai 10 pagi!!"
Katanya lagi "dalam tauhid termasuk dalam bab riddah perbuatan murtad adalah perbuatan dia(rakyat Johor) Habis semua jatuh murtad kemudian tak payahlah nak pergi jumpa Mufti Perak Harussani nanti dia kata pulak tak apa sebab tak tau diri dah jatuh murtad"
selanjutnya klik sini


Pintu masuk ke dalam Abatoir ,setiap individu yang mahu memasuk ruangan ini harus memakai pakaian yang dikhaskan untuk mengelakkan pencemaran.
Sebaik saja memasuki didalam banggunan Abatoir,ia seolah olah sebuah peti sejuk yang besar,ini kerana seluruh banggunan ini memerlukan suhu yang sejuk untuk memproses daging.

Belum pernah berlaku dalam sejarah Malaysia di mana sebuah kerajaan negeri dengan sengaja mempermain-mainkan sensitiviti masyarakat Islam. Bahkan ketika Sabah dipegang oleh PBS pada tahun 1990 dahulu pun, perkara sebegini tidak dilakukan.
Berbeza benar apabila DAP mendapat kuasa dan apabila mereka menjadikan PKR sebagai proksi di Selangor. Sensitiviti umat Islam diuji dan DAP cuba ‘memperkenalkan’ sesuatu yang selama ini menjadi taboo kepada umat Islam, kononnya untuk mengajar umat Islam di negara ini agar lebih berfikiran terbuka dan menerima kepelbagaian dengan mendidik mereka menerusi kebiasaan.
Itulah yang berlaku pada Julai 2011 apabila akhbar Selangor Times yang merupakan akhbar milik Kerajaan Negeri Selangor menyiarkan satu muka surat penuh promosi produk daging babi. Keluaran yang dimaksudkan adalah keluaran 1-3 Julai 2011. Ianya mengenai Restoran Tean Kitchen di SS2, Petaling Jaya yang menjual lapan jenis produk babi.
Apa yang mengejutkan ialah, Kerajaan Negeri Selangor seolah-olah tidak sensitif dengan mempromosikan makanan tersebut pada ketika umat Islam sedang mengerjakan ibadat puasa.
Promosi yang sama turut dilakukan oleh sebuah akhbar arus perdana. Walaupun akhbar berkenaan menarik semula artikel tersebut dan meminta maaf, namun berdasarkan tindakan yang dilakukan oleh Pakatan dalam isu ini, sememangnya mereka tidak pernah berminat untuk melihat keharmonian kaum dan agama berlangsung secara aman sebaliknya, Pakatan cuba memastikan umat Islam menerima pemaksaan nilai-nilai yang selama ini dibentengi oleh Perlembagaan dan saling hormat-menghormati di kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini.
Pakatan seolah-olah cuba mendidik, produk babi bukanlah satu kesalahan. Umat Islam di negara ini perlu menerima babi sebagai sebahagian daripada kehidupan mereka. Pakatan dan DAP mahu umat Islam di Selangor tidak marah, tidak jijik dan tidak bencikan babi.
Baca seterusnya di Sel13.com




Selepas mempertikaikan pengorbanan perwira-perwira negara yg berkorban nyawa menghancurkan komunis, boleh pulak Pas berlapang dada mempertahankan bendera Jalur Gemilang.
21 Ogos 2011 yg lepas, Pas melalui Mat Sabu bukan saja memperlekehkan perwira negara malah menghina jasa pengorbanan pejuang kemerdekaan negara seperti Tun Hussien Onn dan Tunku Abdul Rahman.
Mat Indera yg mengetuai suku sakat komunis di angkat sebagai hero, anggota polis Bukit Kepong yg dibunuh kejam oleh pengganas komunis dilekeh-lekehkan.
Lebih dari itu Mat Sabu turut menghina lagu Negaraku dengan menganggapnya sebagai ciplak drpd lagu terang bulan.
Demikian jugak Mat Sabu turut seakan menghina bendera kita & kemerdekaan negara apabila mengiakan fahaman segelintir anak muda pro Pas yg menganggap tiada gunanya menyambut kemerdekaan negara atas sebab kononnya bendera kita serupa seperti bendera Amerika.
“Ertinya sambut merdeka ni seolah-olah kepunyaan umno, sebab tu kita lihat tulisan-tulisan, blog-blog kebelakangan ni, anak-anak muda kata “umph sambut buat apa”, bendera pun dia kata serupa bendera Amerika.
“Lagu negaraku pulak, lagu Hawai. Kemudian diterjemahkan lagu jadi Terang Bulan di Indonesia, kemudian jadi lagu Negaraku.”
“Mula-mula saya ingat budak-budak ni melawak. Hari tu anak saya tunjuk, dia bukak YouTube, dia kata ayah dengak, ini lagu Terang Bulan di Indonesia, ini lagu Negaraku. Hundred percent serupa, ertinya lagu ni lagu di ambik daripada lagu Terang Bulan, bukan lagu patriotik apa-apa pun. Sebab tu kita harap,… takpalah dah guna pakai nak buat macamana”.
“Tapi kita lihat cara yang dibuat itu memang banyak yang tak kena. Bila hari merdeka nanti tunjuklah filem Bukit Kepong. Bukit Kepong polis itu, polis British. Hak serang Bukit Kepong tu lah pejuang kemerdekaan, ketuanya Mat Indera… Melayu, tetapi semua sejarah itu ditutup”
“Jins Samsudin buat filem, Jins Samsudin tu umno. Cerita Bukit Kepong hak serang Balai Polis tu penjahat. Polis tu polis British, sebelum merdeka, negara kita diperintah oleh British, tapi dibuat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas. Padahal Mat Indera, ketua penyerang balai polis itu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jail Taiping”. - (Mat Sabu / Tasek Gelugor / 21 Ogos 2011)
Kelancangan M. Manoharan menghina bendera Malaysia berlaku selepas Mat Sabu mempertikaikan kemerdekaan negara dgn mengangkat Mat Indera komunis sebagai sebagai hero dan di dalam ceramah yg sama jugak Mat Sabu memandang rendah bendera negara serta menghina lagu Negaraku sebagai ciplak.
Baca seterusnya di XpressMinda
![]() |
| Munafik seorang pemimpin! |
| Sebuah rumah rakyat dalam Parlimen Machang... |
| Rumah agam Saifudin di Machang |
| Hasil dari jadi MP Machang.. |
| Nasib pengundi berwakilrakyatkan Saifuddin.. |

Jangan risau, bukan sahaja ADUN BN yang heboh bertanya mengenai kewujudan Dana Khas RM300 juta di Pejabat Menteri Besar Selangor. Kalangan Ketua-Ketua Cabang PKR juga sedang senyum sampai ke telinga menantikan dana tersebut diturunkan bagi kerja-kerja pilihanraya PKR di Selangor. Anwar dengan sendirinya sudah meletakkan PKR di level yang tinggi sedikit. Selepas daripada ini, kesemua pemimpin DAP dan PAS perlu melutut sedikit kepada Anwar untuk mendapat dana pilihanraya. Hebat.
Dana khas yang diwujudkan atas nama ‘budget code’ MBI ini dikatakan akan diurus oleh beberapa orang tenaga kanan Pejabat MB dan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Anwar mahu diwujudkan penggunaan yang transparent dengan dana ini. Transparent – tetapi masih bertujuan untuk menggerakkan jentera parti.
Kalangan Ketua-Ketua Cabang PKR di Selangor berasa sangat lega kerana Azmin Ali dikatakan akan menjadi antara tenaga yang diperlukan bagi meluluskan penggunaan dana khas pilihanraya Pakatan Rakyat ini. Nama-nama lain: Rafizi Ramli, Faekah Husin dan seorang akauntan Negeri yang sudah dineutralkan menjadi pencinta Pakatan Rakyat tahap maksimum.
RM300 juta ini bukan kecil anak. Malahan, dengan sikap Pengarah JPP Selangor yang sangat ‘tidak mesra’ kepada UMNO/BN; dana ini akan memainkan banyak peranan.
Fokus yang diberikan tumpuan adalah prasarana yang diperlukan masyarakat sekeliling. Yang kecil-kecil sahaja. Bawah RM20k insya’Allah boleh dipohon dan diluluskan dengan kadar segera. Perhatian khas dan istimewa diberikan kepada kerusi-kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Lain-lain tempat akan diberi menurut pertimbangan YB Azmin Ali yang bakal dilantik sebagai ‘core-coordinator’ kepada bajet ini.
Lupa dimaklumkan, dana sama turut boleh dikongsi jentera PR yang bermasalah di negeri lain. Boleh. Tapi tidak dalam jumlah yang banyak. Fokus dan keistimewaan diberikan kepada jentera PKR.
Bayangkan sahaja gerakerja pilihanraya PR yang boleh digerakkan dengan dana RM300 juta ini. Sure mantap.
Khabarnya, beberapa orang wakil PAS Terengganu juga sudah membuat lawatan rasmi kepada YB Azmin untuk mendapatkan bantuan khas. Walaupun dana diletakkan di MBI, namun Azmin diberikan tugas besar dalam mengurus dana ini.
Yang penting, RM300 juta ini sudah menaikkan SAHAM POLITIK PKR di kalangan teman-teman Pakatan Rakyat.
Anwar sudah ada modal politik baru. Tak lah banyak sangat. RM300 juta. Tapi boleh beri kesan jangka panjang.
h, mencetuskan teka-teki di kalangan ramai ahli politik dan penganalisis politik.
berkhidmat sebagai menteri kewangan sementara timbalan presiden Amanah Datuk Seri Ong Tee Keat, pernah menjadi presiden MCA dan menteri pengangkutan sementara Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menteri pelancongan dan penerangan; dan Datuk S.Subramanian, timbalan menteri.