Greetings

Monday, October 31, 2011

Teruknya Stadium Shah Alam, apa Kerajaan PKR Selangor buat?

|4 comments

Penulis antara ribuan peminat yang hadir menonton perlawanan akhir bolasepak Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu semalam di Stadium Shah Alam. Ini adalah kunjungan kedua penulis ke stadium tersebut, kali terakhir penulis datang menonton perlawanan bolasepak di Stadium ini ialah kira-kira 11 tahun yang lalu.

Penulis tak berniat nak bercerita tentang perlawanan bolasepak kerana semua pun dah tahu yang Negeri Sembilan menang perlawanan tersebut mengatasi Terengganu. Yang penulis nak sentuh ialah keadaan stadium dan kawasan persekitarannya yang begitu daif pada pemerhatian penulis.

Pada yang tak tahu, Stadium Shah Alam pernah jadi kebanggaan rakyat Malaysia ketika mula-mula dirasmikan pada pertengahan 1990-an. Walaupun rekabentuknya yang agak sedikit kontroversi tapi ia memang hebat kerana selain Stadium pertama negara yang boleh memuatkan 80,000 orang penonton, ia juga mencatat sejarah sebagai stadium yang lengkap dengan pelbagai kemudahan sukan selain bolasepak.

Hebatnya Stadium Shah Alam dulu, ia bukan setakat kemudahan sukan malah jadi tarikan pelancung juga.

Tapi keadaan yang penulis lihat semalam begitu menyedihkan. Kerusi, tandas, keadaan jalan, lampu dan sebagainya, semuanya seolah-olah tidak pernah diselenggara. Kalau pembaca perasan, tidak sampai tiga suku pun lampu limpah stadium yang menyala.

Keadaan padang jangan sebutlah, FAM terpaksa berbelanja besar untuk menyediakan padang yang sesuai dengan perlawanan akhir Piala Malaysia walhal stadium tersebut bukan berada dibawah seliannya pun tapi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), PBT dibawah kerajaan PKR. Keadaan ini juga antara faktor yang menyumbang kepada harga tiket yang tinggi.

Malah gol penyamaan pasukan Negeri Sembilan juga adalah disebabkan lantunan bola yang mengelirukan penjaga gol Terengganu. Lantunan yang sedemikian biasanya disebabkan oleh keadaan padang yang tidak rata . Sebab itu bola mudah pun boleh masuk gol juga.

Bukanlah mencadangkan rakyat Terengganu menyalahkan PKR kerana gol pertama tersebut, tapi ia adalah sesuatu yang boleh difikir-fikirkan juga. Serupalah macam macai Pakatan menyalahkan siaran langsung perlawanan Man U dengan Man City di Sri Perdana sebagai punca kekalahan MU!!!!

Walhal apa kena mengena sedangkan keadaan padang yang menyebabkan gol itu ada juga kaitannya!!

Seingat penulis dulu pancaragam boleh masuk ke dalam padang untuk buat persembahan sebelum perlawanan bermula tapi semalam jangan kata pancaragam, pemain nak panaskan badan pun terpaksa dibuat di luar padang, takut padang yang baru diperbaiki FAM untuk perlawanan akhir tersebut rosak sebelum wisel permulaan ditiupkan..

Macam itu sekali punya teruk

Baca seterusnya di MyKMU

Guang Eng : Mana perginya CAT bagi projek RM300 juta sPICE?

|2 comments

Kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP tidak membina barang satu unit pun rumah kos rendah di antara tahun 2008 dan 2010, menurut laporan Audit Negara yang dikeluarkan baru-baru ini.

Seberapa hari awal, BN Pulau Pinang telah meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perjanjian projek sPICE yang didakwa merugikan rakyat.

Sinar Harian memetik pengerusi jawatankuasa kerja BN Dr Teng Hock Nan sebagai berkata pembinaan sPICE dilihat hanya memberi kelebihan dan keistimewaan kepada pemajunya.

sPICE – subterranean Penang International Convention and Exhibition Centre – ialah projek pembinaan RM300 juta yang diluluskan pentadbiran Lim Guan Eng.

Kontrak yang ditandatangani Eco-Meridian Sdn Bhd (EMSB), sebuah anak syarikat SP Setia, dengan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) adalah berat sebelah.

Bukan itu sahaja, MPPP menyumbang RM50 juta duit rakyat kepada projek tersebut.

Tan Sri Liew Kee Sin (yang dipangkah merah) ialah CEO dan presiden SP Setia -- digambarkan dengan taikun pemaju hartanah yang lain, antaranya Tan Sri Robert Kuok, Tan Sri Vincent Tan (Berjaya Land), Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI), Tan Sri Tan Boon Seng (IJM), Tan Sri Francis Yeoh (YTL), Tan Sri Jeffrey Cheah (Sunway), Tan Sri Danny Tan (Dijaya)

Tan Sri Liew Kee Sin, yang anak syarikatnya dianugerahkan projek sPICE bernilai RM300 juta itu, ialah orang ke-30 terkaya di Malaysia.

[Mokhzani Mahathir ialah ke-15 terkaya dan Nazir Razak ke-36 terkaya, Sumber: majalah Forbes]

Tiga ‘Lim’ bertarung

MPPP diwakili Yang DiPertua majlis dan 24 orang ahli — 10 DAP, 8 PKR, 2 PAS dan 4 NGO. (Sumber: Laman MPPP)

Councilor MPPP Lim Boo Chang (PKR) mendakwa majlis dipaksa menyetujui projek tersebut atas desakan kerajaan negeri.

Seorang lagi ahli majlis Dr Lim Mah Hui (NGO) juga membantah tindakan MPPP menyalurkan RM50 juta untuk membiayai sPICE.

Lim Boo Chang berkata MPPP tidak membincangkan atau meluluskan butir-butir kontrak yang ditandatangani majlis dengan pemaju sPICE.

Tambah Boo Chang lagi, kerajaan negeri ketua menteri Lim Guan Eng telah mengetepikan prinsip-prinsip CATnya sendiri (Competency, Accountability & Transparency) dalam memaksa MPPP menelan sahaja projek tersebut tanpa banyak soal.

Beliau telah menulis dalam blognya:

“We were always kept in dark over the contract details of sPICE since we approved the project in principle last year.”

Pemaju dijangka akan dapat mengaut untung RM100 juta, kata blognya.

Manakala itu, Dr Lim Mah Hui pernah menegur:

Sejak DAP berkuasa di Pulau Pinang, para pemaju telah berpusu-pusu ke Pulau Pinang bagai semut mengerubuti gula.

Dibina secepat mungkin dan sebanyak mana mungkin rumah (amat mahal di Pulau Pinang kerana masalah kekurangan tanah), pangsapuri mewah, kompleks membeli-belah dan pejabat komersial tetapi rumah kos rendah tidak ada satu pun.

Penduduk kampung pula diusir dan tanah mereka diambil pemaju.

Projek sPICE melebihkan developer daripada rakyat marhaen tetapi 10 orang councilor DAP yang bertenggek di MPPP itu tidak berkicau walau sedecik.

Ikut mendiam diri ialah tiga orang lagi councilor wakil NGO.

Baca rencana NST: “… why the NGOs and most activists are not taking up numerous issues or raising questions about projects which would have long-term effects on people’s lives … (because they) have been appointed to positions or sit on the advisory boards of various agencies.”

Perjanjian yang dimeterai MPPP dan EMSB anak syarikat SP Setia hanya boleh disemak di pejabat MPPP dengan si pemantau itu membuat temujanji. Inipun seseorang yang berminat hanya boleh menelitinya selama dua jam. (Rujuk rencana FMT di atas)

Uraian RM50 juta bayaran MPPP (tercatat di bawah) diperolehi saya dari seorang sumber.

‘Sumbangan’ MPPP kepada concessionaire:

  • RM10 juta dibayar serta merta selepas perjanjian dilaksanakan
  • RM5 juta dibayar dalam jangkamasa 7 hari selepas jalan dilebarkan
  • RM10 juta dibayar dalam jangkamasa 7 hari selepas Penang International Sports Arena (Pisa) diperbaiki
  • RM10 juta dibayar dalam jangkamasa 7 hari selepas Pusat Akuatik dibaiki rupanya
  • RM5 juta dibayar dalam jangkamasa 7 hari selepas kerja meletakkan asas bangunan untuk sPICE
  • RM5 juta dibayar dalam jangkamasa 7 hari selepas tingkat bawah tanah (basement) sPICE dibina
  • RM5 juta dibayar dalam jangkamasa 7 hari selepas bumbung sPICE disiapkan

Mana ketelusan CAT yang diuar-uarkan kerajaan negeri Pulau Pinang selama ini?

Kalau mahu dikatakan telus, muat-turunkan sahaja perjanjian itu di laman MPPP. (Rujuk screenshot di atas yang menunjukkan hasil carian ‘kosong’ untuk perjanjian sPICE tersebut)

Helen Ang

Panas! Aziz Bari pertikai lagi titah Sultan Selangor

|12 comments

AIDCNews – 31/10/11 – Prof Dr Abdul Aziz Bari mengulangi pendiriannya mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkaitan dengan dengan isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Kali ini beliau menuduh tindakan Sultan Selangor itu sebagai tidak konsisten dengan membandingkan kes cubaan murtad dengan kes bukan murtad yang pernah terjadi di Selangor.



Beliau juga menuduh dalam menangani isu cubaan murtad itu Sultan Selangor telah bertindak mengenepikan peranan Menteri Besar.

“Dan takala titah itu dibuat..apa yang disebut adalah tidak ada bukti..tidak ada bukti..Kalau tidak ada bukti saya kata tutup saja lah…tak ada bukti, tutup lah.

“Tak ada bukti, mengapa masih lagi ditinggalkan ruang..seolah-olah gereja itu masih bersalah..

“Bukankah ini sesuatu yang menzalimi atau tidak adil kepada kawan-kawan kita orang Kristian itu”, katanya.

Aziz membuat kenyataan itu ketika berucap di ‘Forum Kemerdekaan’, sempena dengan Sambutan PAS Perak 60 Tahun di Masjid Tinggi, Bagan Serai Perak pada 29 Oktober 2011.

AIDC

Friday, October 28, 2011

Panas! Bukti Dokumen, Hudud PAS hanya modal PRU13!

|6 comments
Di bawah ini dilampirkan petikan sulit fail taklimat rahsia bertajuk "Formula Kemenangan" yang diadakan pada 18 Januari 2011. Baca dan fahami sendiri motif Hudud PAS.

Hudud PAS bukan untuk menegakkan Islam. Hudud PAS hanya untuk membeli undi untuk PRU13.

Terima kasih buat Datuk Zulkifli Nordin di atas pendedahan ini. Kalau mata hati tak celik lagi, tak tahulah teman yob!

PAS dan PKR bergaduh rebut kerusi di Selangor

|0 comments


Demam PRU semakin hampir, sungguhpun banyak teori terhadap tarikh keramat itu. Dijangkakan, ia merupakan PRU paling sengit akan berlaku dalam sejarah Malaysia. Sebahagian pemerhati politik percaya ia juga bakal menjadi PRU paling kotor, dengan mainan isu-isu sensitif, yang selama ini terkawal dengan adanya Akta ISA.

Paling menarik, pertembungan PKR dan PAS yang masing-masing mengaku dominan di kawasan yang menjadi rebutan. Shah Alam, Kota Raja, Sementa, Kapar dan beberapa kawasan lagi menjadi medan pertelingkahan di antara mereka.

Menyorot kisah 2004 dan 2008, PAS tidak berganjak dari keputusan untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu kerana yakin peluang untuk menang adalah tinggi. Percubaan PKR, contohnya di Parlimen Shah Alam telah mendapat tentangan, walaupun ada “urusniaga” yang agak melampau dari PAS, sehinggakan PKR mengambil keputusan untuk memilih kerusi lain dan tidak menurut “urusniaga” terbabit. Akhirnya, PKR diberikan kerusi campuran, yang mana majoriti Melayu seimbang dengan kaum lain, atau Melayu sebagai minoriti.

Tsunami 2008 memperlihatkan PKR menang di kerusi yang pernah di”reject” oleh PAS, malah berjaya mengalahkan majoriti kerusi yang dimenangi oleh PAS. Ia menjadi suatu kejutan yang mana membawa kepada jawatan Menteri Besar menjadi milik PKR.

Trend terbaru ini telah menjadi ikutan PAS, yang memperkenal “PAS For All”, slogan yang cukup mesra dan dikenali di serata dunia kerana mirip kepada “Israel For All”. Ideanya mudah, iaitu untuk mendapat undi bukan Melayu, seperti mana yang telah dibuktikan oleh PKR. Bukan itu sahaja, PAS mengorak langkah dengan penubuhan Kelab Penyokong PAS yang dianggotai oleh kaum Cina dan India.

Atas dasar itu, PAS mula menuntut kerusi yang mempunyai komposisi berbilang kaum. Perkara-perkara diatas menjadi alasan terkuat bagi desakan tersebut.

Sebenarnya itu adalah helah politik PAS, yang dilihat semakin hilang sokongan, terutamanya dari orang Melayu dan penganut agama Islam berikutan beberapa kontroversi yang melukakan hati rakyat. Ia dibuktikan apabila BN memenangi PRK-PRK sehingga membawa kepada kekalahan PAS di PRK Galas, Kelantan, tempat suci si Tuan Guru. Di Tenang dan Merlimau juga menunjukkan betapa orang Melayu khususnya sudah jemu dan muak dengan politik kehancuran yang dibawa oleh PAS.

Selangordaily

Anwar Kini di London bermesra dengan Pejuang Gay!

|3 comments

Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada di London untuk menghadiri mesyuarat dengan salah orang rakan baik dan mentornya, Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat.


“London: perbincangan sehari dgn Al Gore, Mitch Kapor, Jonathan Nash – mengenai pembangunan mampan dan beretika, pendidikan bermutu”, kata Anwar dalam twitternya 11 jam yang lalu.

Al Gore melalui partinya, Demokrat terpaksa berundur dari politik setelah tewas kepada parti Republikan pimpinan George W. Bush pada tahun 2000.

Walaupun beliau pernah dicalonkan untuk jawatan Presiden dalam pemilihan jawatan itu pada tahun 2004, namun beliau mengumumkan untuk menarik diri dan dalam masa sama membuka sebuah syarikat di London.

Al Gore merupakan pengkritik utama polisi-polisi Presiden Bush termasuklah dalam soal hak sama rata perkahwinan sesama jenis (same-sex marriage).

Dalam program televisyen internet miliknya, Current TV, Al Gore mengkritik polisi Bush yang menentang perkahwinan sesama jenis itu.

“Saya fikir lelaki gay dan wanita (lesbian) harus mempunyai hak yang sama sepertimana lelaki dan wanita heteroseksual dalam kontrak mereka, (mendapat) hak untuk melawat hospital, dan bersama-sama dalam perkahwinan”, kata Al Gore

Berdasarkan kritikan-kritikan keras Al Gore itu kepada polisi Republikan, maka tidak hairan jika beliau mula membuka operasi di luar negara.

Baca seterusnya di AIDC

Panas! Penyokong DAP perbodohkan penduduk Kampung Buah Pala!

|4 comments
Tidak berhati perut

Ramai para penyokong Guan Eng berkata “padan muka” sembilan keluarga India tersebut yang kehilangan tempat tinggal.

Screenshot komen-komen pembaca Malaysiakini ini adalah tipikal kepada penghinaan yang sering dicurahkan ke atas penduduk Kg Buah Pala “bodoh” oleh puak DAP yang cerdik-pandai.

Bagaimana acuan begitulah kuihnya.


9 keluarga hilang segala-galanya

Sebanyak 24 keluarga telah menerima kunci rumah baru masing-masing sementara sembilan lagi buah keluarga yang diusir dari kampung itu tidak mendapat apa-apa setelah menolak pampasan tunai RM125,000 yang ditawarkan oleh pengarah eksekutif Nusmetro, Gary Ho.

Semalam juga seorang pemimpin kanan DAP, iaitu Karpal Singh, pada akhirnya terpaksa membuat pengakuan bahawa Pakatan gagal menunaikan janji-janji yang ditabur mereka kepada penduduk kampung itu.

Karpal sendiri yang mengaku juga bahawa pemaju tanah Nusmetro akan mengaut keuntungan berbilion ringgit dari projek ini.

DAP yang menggali kubur

“Tanah [Kg Buah Pala] yang diberimilik ini [kepada penduduk India oleh keluarga Brown] tidak boleh dipindahmilik, cagar, pajak, pajakan kecil atau sebarang bentuk urusniaga tanpa kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa negeri,” kata A. Thiruvengadam.

Dalam klip YouTube, Bhg 1-4, Thiruvengadam seorang bekas councilor Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menceritakan penyelewengan yang berlaku di mana golongan penduduk kampung penternak lembu susu tersebut ditipu.

Hujah Thiruvengadam ialah kerajaan negeri mempunyai kuasa dan kata putus atas urusan Kg Buah Pala. [Nota: Catatan minit-minit exco mengenai Kg Buah Pala masih belum didedahkan kepada umum. Ke mana perginya CAT kerajaan negeri Pulau Pinang?]

Akan tetapi sepertimana didakwa oleh Sugumaran (wakil penduduk Kg Buah Pala) dan Linksukarelawan lain yang prihatin dengan nasib golongan India kurang berpendidikan itu, rupa-rupanya Guan Eng dari awal-awal lagi sudah menetapkan bagi pemaju Nusmetro meneruskan projek pembinaan tersebut.

Memanglah, Guan Eng kan merupakan exco Pulau Pinang yang memegang ‘portfolio tanah‘.

(Baca sini tentang projek-projek perumahan di Pulau Pinang yang bak cendawan tumbuh lepas hujan / selepas Mac 2008.)

Baca seterusnya di Helen Ang

Thursday, October 27, 2011

Aziz Bari : Mahasiswa UIA Faham Ke Apa Yang Diperjuangkan?

|20 comments
Aku heran betul dengan perangai bebudak U ni. Nak kata bodoh dan bingai, tak kan dapat masuk U. Sesetengahnya itu mungkin baru setakat 2 atau 3 semester aje kat U, dah ada hati nak ugut kerajaan. Siapa yang ajar ni?
Bagaimana nak bebaskan U dari cengkaman politik? Apakah para pensyarah tu bercakap macam robot yang diprogramkan dan hanya cakap subjek yang diajar sahaja. Kalau betul begitu, macam mana bebudak yang masa sekolah menengah dulu, nama menteripun tak tahu tiba-tiba nak jadi juara politik. Kemudian bila bercakap semuanya iras-iras pembangkang. Tak kan pandai sendiri kut.

Kalau betul bijak, tak perlu ugut kerajaan, ugut pensyarah dulu. Masa kuliah jangan menyelewang bab lain. Baru le nanti ramai student cemerlang dan tak le cukup makan aje. Bebaskan dulu diri dari pensyarah yang berpolitik, tunjuk perasaan kat pensyarah.....baru betul.

Apa lagi yang nak dituntut dari kerajaan? Nak peluang belajar dah dapat. Belajar dulu bersungguh dan keluar sebagai mahasiswa/siswi yang cemerlang. Nak bantuan dah dapat, nak PTPTN dah dapat. Masa nak masuk U dulu janji dengan mak bapak nak belajar. Bukan nak tunjuk perasaan.

Kepada mak bapak, tengok-tengoklah sikit anak-anak kat U ni. Begitu juga dengan pemberi dana. Mahasiswa ni pandai cakap, kononnya merekalah generasi pewaris bangsa. Tapi kalau masuk U dan kemudian keluar dengan keputusan tertonggeng sampai nak cari kerjapun susah, siapa nak mewariskan negara ni kepada kamu?

Jangan terperangkap dengan hasutan-hasutan mereka yang dahpun bergaji belasan ribu kat U tu sedangkan kamu masih lagi mengharapkan biasiswa dan bantuan kewangan dari pihak lain.

dTenggara

Padang PKNS : Nik Nazmi Putar Belit

|4 comments


Dah agak dah, bila sebok diperkatakan tanah Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya telah dijual oleh Kerajaan PR, maka kesalahan akan dituding kepada kepada Kerajaan BN terdahulu.

Jika pun benar dakwaan ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad bahawa padang berkenaan telah mendapat geran bagi plot-plot tanah berkenaan untuk pembangunan komersial pada 2006 dan jika benar 3 geran telah dikeluarkan untuk tempoh 2006 hingga 2008, mengapa tidak dibatalkan terus projek pembangunan tersebut kerana kuasa kini ditangan PR.

Sedangkan Projek Empangan Langat 2 yang lebih mustahak dan berkepentingan umum lagi boleh ditangguhkan oleh MB Khalid Ibrahim, inikan pula pembangunan semula Kompleks Sukan PKNS. Telahan mudah, sebab PKR ada kepentingan dan ada masukkah?

Oleh itu, Nik Nazmi tak perlu adakan perjumpaan semula untuk mendengar rintihan dan bantahan kawasan kejiranan tersebut. Hentak sahaja meja Khalid Ibrahim, suruh dia batalkan projek tersebut. Jangan bazirkan masa rakyat setempat, habis cerita.

P/S 'Butuh' adalah istilah Bahasa Indonesia yang bermaksud 'perlu'
[dibutuhkan = diperlukan]


Akar Umbi

Laporan Audit Negara ,KDEB Rugi : Jawab Khalid Gagap!

|4 comments



SHAH ALAM, 25 OKT : Laporan Ketua Audit Negara yang mendedahkan kerugian lebih RM122 juta Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) menzahirkan berlakunya penyelewengan kuasa dan salah urus wang oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Mantan Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo ketika dihubungi AntaraPos.com berkata, hakikat apa yang diungkapkan selama ini oleh pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim bersabit isu ketelusan hanyalah ilusi politik semata-mata.

KDEB ialah syarikat pelaburan milik penuh kerajaan negeri Selangor yang selama ini mencatatkan aliran keuntungan berterusan sehingga 2008.

" Yang menambah kebimbangan saya pula ialah apabila KDEB menanggung kerugian RM122 juta lebih, iaitu duit yang terpaksa dibayar untuk subsidi air. Ini menunjukkan bahawa air percuma itu tidak berlaku. Apa yang berlaku ialah kerajaan negeri berhutang mengenai subsidi air ini cukup membimbangkan tentang masa depan industri air di Selangor.

" Mereka sebenarnya mengamalkan dasar kronisme yang lebih teruk daripada Barisan Nasional dan memberikan kerja-kerja tanpa tender dan saya difahamkan juga kerja-kerja ini tidak disiapkan mengkikut spesifikasi yang ditetapkan,"katanya.

Khalid selepas mengambil alih Selangor melancarkan Program Air Percuma yang ditanggung oleh KDEB sehingga menyebabkan syarikat subsidiari milik penuh kerajaan Selangor itu mengalami kerugian.

Menurut laporan Ketua Audit Negara, program tersebut menyebabkan KDEB perlu menanggung kos sebanyak RM131.47 juta pada 2009 berbanding RM68.67 juta pada 2008.

“Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga Disember 2010 mendapati secara keseluruhannya prestasi kewangan KDEB adalah tidak memuaskan kerana terdapat kerugian sebelum cukai pada 2009 berjumlah RM122.25 juta berbanding keuntungan sebelum cukai pada 2008 berjumlah RM34.45 juta.

“Pengurusan aktiviti utama KDEB dan prestasi kewangan tiga syarikat subsidiari KDEB juga tidak memuaskan pada 2009 yang mana terdapat kerugian selepas cukai berjumlah antara RM1.08 juta hingga RM139.23 juta,” jelas laporan itu.

Malah menurut laporan itu lagi, pengurusan aktiviti utama KDEB dan prestasi kewangan tiga syarikat subsidiari KDEB juga tidak memuaskan dan terdapat beberapa kelemahan tadbir urus korporat seperti mesyuarat Lembaga Pengarah yang tidak mengikuti kekerapan, Audit Dalaman tidak ditubuhkan dan Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan yang tidak berfungsi.

KDEB juga, jelas laporan itu, tidak membayar dividen kepada kerajaan negeri serta pembayaran bonus yang tidak mengikut pekeliling ditetapkan.

AntaraPos

Baca juga di malaysianewsnet

Hudud : PAS menipu dan terus menipu!

|7 comments

1- Pernah satu masa dahulu heboh satu Malaysia tentang pentadbiran Pas Kelantan dimana mereka tidak bersedia dan cukup lemah mentadbir dalam hal perundangan. Peristiwa memalukan tersebut di ceritakan semula seperti di bawah oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah.


"Kita tidak mahu perkara yang sama berulang pada kes yang lepas di mana mahkamah telah memutuskan hukuman sebat tetapi tidak ada rotan, siapa yang akan lakukan dan juga di mana ia ingin dilakukan. Keadaan ini amat memalukan kita, jadi secara dasar Kelantan sudah bersedia sepenuhnya,"
– Mohd Amar, Timbalan Pengerusi Jkuasa Teknikal.

Orang Kedah kata buat kerja macam teloq-peliaq. Hari ini benda yang sama akan berulang dan telah nampak Pak Lebai Pas yang mentadbir Kelantan akan menjadi pak-pandir dan akan dituruti dengan fitnah jahat mereka kemudiannya terhadap DS Najib. Memang nampak jelas rancangan mereka satu persatu.

2- Mari kita lihat tentang Jawatankuasa Teknikal Enakmen Jenayah Syariah ll (Hudud), yang baru ditubuhkan Isnin 24 Oktober selepas Mesyuarat Exco Kelantan.

Pertamanya, selepas berdetum-detam 22 tahun baru semalam hendak ditubuhkan Jawatankuasa. Kata sahabat facebooker, Eisa Emillio, itu adalah wawasan 20 Pok Nick, setelah 20 tahun akhirnya tercapai juga lah cita-cita Pok Nick untuk menubuhkan Jawatankuasa Teknikal.

Keduanya, baru semalam ditubuhkan dan masih lagi tercari-cari ahli seramai 19 orang, tiba-tiba hari ini telah dibuat keputusan untuk menghantar surat kepada DS Najib untuk berjumpa. Bukan setakat ‘akan menghantar surat’ malah ‘sudah mengutuskan surat’ pun.

"Kita sebenarnya sudah mengutuskan surat kepada Perdana Menteri bagi menyatakan hasrat kerajaan negeri untuk bertemu beliau(Najib) membincangkan tentang perlaksanaan hukum hudud di Kelantan”
– Mohd Amar, Timbalan Pengerusi Jkuasa Teknikal.

Bermakna semalam tubuhkan Jawatankuasa, semalam mesyuarat pertama, semalam cukup korum 19 ahli dan semalam telah hantar surat ke DS Najib. Kalau betul-betul efficient macam ni bermakna telah ada sesuatu yang tidak kena dengan Jawatankuasa Teknikal ini. Nampak benar mereka mengejar tarikh PRU13.

Ketiganya, tujuan utamanya Jkuasa Teknikal ialah, ‘melihat pandangan baru dari sudut undang-undang yang mengatakan ianya boleh dilaksanakan tanpa mengubah perlembagaan yang ada. Jadi jawatankuasa yang ditubuhkan ini akan melihat ruang-ruang tersebut sekiranya ada,”

Belum ada kajian, belum ada apa-apa lagi keputusan mesyuarat, surat hendak berjumpa Najib sudah dihantar. Bermakna segala keputusan telah diketahui in-advanced tanpa sebarang kajian. Keputusan telah dibuat oleh Pok Nick bahawa samaada berjaya atau tidak dilaksanakan, mesti berjumpa dengan Najib. Otak cukup-cukup sembelit. Senanglah nanti untuk menyalahkan Najib masa kempen PRU13 nanti. Boleh lah dimaklumkan kepada rakyat Kelantan yang mereka sudah berutus dengan Najib, tapi Najib yang lengah-lengahkan. Najib tak mahu jumpa. Tektik lapuk, lama dan kotor.

Keempatnya, kenapa mesti jumpa dengan Najib. Jawatankuasa Teknikal negeri bukannya atas arahan Najib pun. Jawatankuasa peringkat negeri berjumpalah dengan apa-apa Jawatankuasa peringkat persekutuan atau Kementerian yang bertanggungjawab. Dimanakah peranan Kabinet dan Parlimen. Nampak sangat Pok Nick tergesa-gesa disebabkan PRU13 atau memang Pak Lebai Pas tidak tahu berurusan.

3- Pindaan yang dipohon pindaan dari Pusat ialah kes atas Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), 1998 yang memperuntukkan kuasa kepada mahkamah untuk menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan.

Mana procedurenya? Setelah tidur 22 tahun kemudian semua perkara hendak disiapkan dalan 2 hari. Nampak sangat kelentong politik kampong. Najib bersetuju jumpa atau tidak, ia tetap menjadi bahan kempen PRU13.

Surat tersebut akan menjadi modal besar kempen nanti iaitu surat telah dihantar kepada DS Najib, tetapi Najib tidak kasi feedback atau reply sehingga ke hari ini, padahal laporan teknikal hudud mereka pun belum siap-siap. Nampak atau tidak otak sembelit PAS.

Baca seterusnya di HHalem

Operator Anwar Dalam Kerajaan : Bersihkan Segera!

|14 comments


Oleh Zaini Hassan

APABILA saya diberitahu mengenai maklumat ini saya tidak tahu di mana hendak bermula. Apakah benar maklumat yang saya terima ini?

Jika benar apakah wajar saya dedahkan? Jika saya dedahkan apakah implikasinya? Namun saya tetap berdoa agar maklumat ini salah.

Jika salah, mungkin saya boleh tidur lena dan bersyukur keadaan itu tidak berlaku, walaupun saya mungkin dipersalahkan kerana menulis sesuatu yang tidak berlaku.

Tapi sebagai penulis, itulah risiko yang harus dihadapi.

Apa yang saya tulis ini mungkin sedikit memeranjatkan, tapi biarlah pihak-pihak tertentu yang menyiasat mengenai kebenarannya.

Saya menerima satu maklumat mengenai badan (atau mungkin lebih daripada satu badan) yang cukup strategik dalam kerajaan yang telah dan sedang diresapi oleh orang (atau dalam bahasa mulut orang-orang) Anwar Ibrahim.

Maklumat yang saya terima menggambarkan bahawa ia adalah suatu situasi yang real dan nyata.

Jika benar, ia adalah sesuatu yang cukup bahaya. Ia adalah satu perancangan yang halus, licik dan terancang yang boleh menjejaskan kerajaan semasa.

Sama ada ia berlaku secara kebetulan atau satu plot terancang tidak pula saya tahu. Jika benar, ternyatalah sistem imunisasi kerajaan ini lemah sehingga gagal untuk menentang elemen-elemen itu.

Seperti yang saya kata tadi, jika saya salah, maka saya bersyukur kerana ia tidak berlaku. Tetapi jika ia berlaku, maka sesuatu yang drastik harus dilakukan supaya pengkhianat-pengkhianat ini dibersihkan secepat mungkin daripada sistem kerajaan.

Dalam konteks kerajaan Malaysia kini, adalah sesuatu yang lazim dan biasa jika ada penjawatnya yang bersimpati dengan pihak-pihak musuh atau yang bertentangan dengan dasar yang dijunjung oleh organisasi itu. Malah ada juga kakitangan kerajaan yang secara terang-terangan menentang kerajaan atau bersikap anti kerajaan.

Bagi saya, itu masih lagi boleh diterima, tapi macam mana pula jika orang-orang yang berada di dalam sesebuah organisasi itu menjadi operator dan penggerak kepada musuh itu? Jika benar berlaku, maka ia adalah sesuatu yang luar biasa dan amat mendukacitakan.

Dalam peperangan saraf di Malaysia sekarang, tidak mustahil operator itu wujud, lagipun Anwar Ibrahim bukan calang-calang orang untuk menempatkan mereka di situ. Orang-orangnya masih ada dalam sistem, terutamanya di peringkat atasan.

Mungkin juga masih berlaku infiltrasi atau penyusupan masuk orang-orang ini untuk menjadi musuh dalam selimut, musang berbulu ayam, bagai menggunting dalam lipatan?

Ternyata bahasa Melayu cukup agung untuk menggambarkan apa yang cuba disampaikan di sini. Sekali lagi saya mahu nyatakan benarkah wujud elemen-elemen itu? Saya berharap ia tidak berlaku.

Apa akan terjadi sekiranya benar? Apakah langkah yang akan dilakukan oleh pihak berkuasa jika ia benar-benar berlaku?

Apakah kita sedar bahawa ada antara badan strategik itu kini tiba-tiba menjadi tidak bermaya setelah ‘kehadiran’ elemen-elemen itu?

Maklumat itu memberitahu: ‘‘Saya tidak hendak memberikan contoh yang lebih banyak, tetapi saudara perhatikanlah sendiri bagaimanakah ada agensi Kerajaan Persekutuan (dirahsiakan namanya) yang tugas pentingnya mempertahankan dasar-dasar kerajaan, memberi kefahaman kepada rakyat supaya akhirnya mereka memberikan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, boleh pula menerapkan, menyerapkan malah menggunakan instrumen pembangkang yang berusaha mematikan Perdana Menteri.”

Kata maklumat itu lagi: ‘‘Inilah kemenangan Anwar Ibrahim yang dibawa oleh orang kuatnya di dalam organisasi itu, dan masih membawa masuk orang-orang Anwar secara perlahan. Permohonan membawa masuk pegawai baru masih di peringkat JPA dan SPA.”

Saya tidak mahu menulis panjang lebar mengenai hal ini. Biarlah pihak berkenaan akhirnya sedar mengenai fenomena ini. Biarlah mereka yang mengambil tindakan, itupun jika mereka mampu melakukannya.

Elemen-elemen yang ada itu, jika benar, harus dihapuskan. Mereka harus dibersihkan daripada sistem kerajaan semasa, dalam sistem strategik negara dan politik.

Menurut maklumat itu lagi: ‘‘Bagi kami yang kerdil ini, tidak sanggup melihat YAB Perdana Menteri menerima nasib seburuk Gaddafi. Sekuat Gaddafi pun akhirnya dijatuhkan dari dalam dengan bantuan musuh-musuh Islam di luar!''

Sebagai contohnya, kata maklumat itu lagi: ‘‘...anda fikirkanlah bagaimanakah kos perbelanjaan lawatan rasmi luar negara YAB PM boleh diperolehi dengan begitu detail, cepat dan pantas oleh pihak pembangkang?

Bagaimanakah juga penerbangan percutian peribadi YAB PM juga boleh diperolehi dengan begitu detail dan cepat oleh pihak pembangkang? Dan banyak lagi contoh-contoh lain. Apakah ia diperolehi dengan mudah jika tidak kerana ada orang dalam yang membocorkan segala maklumat sulit itu?''

Buat sementara ini, biar saya berhenti di sini dulu.

-Utusan

Wednesday, October 26, 2011

China Press : Isu DAP Sokong, Isu MCA Diam?

|0 comments

Apabila seorang wartawan yang menamakan dirinya sebagai Koh Kok Wee menulis dalam China Press dan mencerca blogger-blogger pro-UMNO sebagai ‘Blogger Yang Tidak Bersekolah’ dalam isu anak lelaki Guan Eng mencabul teman sekelasnya, ia merupakan satu bukti jelas bagaimana wartawan tersebut sebenarnya adalah seorang rakyat Malaysia (kalaulah dia rakyat Malaysia) yang tidak faham langsung tatabahasa dan nahu Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Sebaliknya wartawan berkenaan, hanyalah seorang wartawan yang bukan sahaja jahil, sebaliknya tidak pernah berusaha memperbaiki kefahamannya terhadap Bahasa Kebangsaan. Bagaimanapun, seandainya dia wartawan yang berasal dari China dan baru sahaja berada di negara ini, maka kelemahan tersebut wajar dimaafkan.

Koh Kok Wee menulis ‘Laman Blog Yang Berpihak Kepada UMNO Tidak Bersekolah’ atas kecenderungannya terhadap Lim Guan Eng, dan bukannya atas dasar moral. Simpati China Press terhadap DAP dan Lim Guan Eng sememangnya sudah terbukti dalam banyak keadaan. Dalam beberapa peristiwa yang membabitkan UMNO dan Barisan Nasional, khususnya MCA, China Press mengambil sikap berdiam diri.

Bagaimanapun, sikap akhbar tersebut berbeza sama sekali apabila ianya membabitkan DAP dan Lim Guan Eng.

Tidak boleh disalahkan kerana apabila terdapat kepentingan sesuatu pihak di dalam sesebuah penerbitan akhbar, maka pihak itulah yang akan disokong dan menjadi kecenderungan akhbar tersebut. Secara tidak langsung, akhbar berbahasa Cina itu yang turut menjadi sebahagian daripada pejuang kebebasan bermedia, sebenarnya tidak lebih daripada pembohong dan pendusta memandangkan mereka sendiri mengamalkan sikap berat sebelah dan tidak beretika dalam membuat laporan.

Kebodohan wartawan tersebut dapat ditelah menerusi tulisannya yang membuta tuli dan semberono. Dia tidak membaca blog-blog yang dilabelkannya sebagai ‘Tidak Sekolah’. Hampir kesemua blog tersebut bertanyakan kepada Lim Guan Eng tentang kesahihan dakwaan asal tentang kes yang melibatkan anak lelaki Guan Eng dan seorang pelajar perempuan di SJKC Heng Ee dan motif perpindahan sekolah anak lelaki Guan Eng.

Bagaimanapun, para pemimpin DAP khususnya Tony Pua menggunakan gambar hiasan yang diletakkan pada pada blog-blog berkenaan sebagai senjata untuk membalas dakwaan, bukannya menjawab dakwaan tersebut. Gambar pemain catur tersebut sebenarnya bukanlah isu utama, sebaliknya yang menjadi isu utama adalah anak lelaki Guan Eng yang dituduh melakukan perbuatan berkenaan.

Ternyata, wartawan berkenaan tidak sahaja gagal memahami struktur ayat dan pembacaan, malahan dia semakin meleret-leretkan hujah yang tidak sepadan dengan dakwaan terhadap anak lelaki Guan Eng. Dengan kata lain, hujah wartawan tersebut langsung tidak membantu, sebaliknya semakin mengesahkan bahawa anak VVIP tersebut memang anak lelaki Guan Eng.

Kejahilan wartawan yang bernama Koh Kok Wee itu sebenarnya berpunca daripada sekolah vernakular yang langsung tidak lagi menitikberatkan penguasaan Bahasa Kebangsaan. Agak aneh memandangkan wartawan tersebut tidak juga menasihatkan Guan Eng agar membuat laporan polis dan membiarkan polis menyiasat kes berkenaan, sebaliknya sekadar menyerang blog-blog yang meminta agar Guan Eng menjelaskan dakwaan itu.

China Press agak beruntung kerana pengantar utamanya adalah Bahasa Cina dan kelompok pembacanya juga sangat ramai. Dengan beranggapan bahawa apa-apa sahaja yang ditulis tidak akan sampai ke pengetahuan bukan pengguna Bahasa Cina, maka akhbar berkenaan bebas melakukan pembohongan dan penyelewengan fakta.

Barangkali wartawan berkenaan perlu kembali ke sekolah dan belajar semula Bahasa Kebangsaan selain menguasainya sebelum mula menulis dan membuat pembohongan yang bukan-bukan.

RUJUKAN: MYMASSA

Sel13.com

Tuesday, October 25, 2011

Sandiwara Politik UIA: BN Terkena Getah Nangka

|6 comments

1. Sama ada suka atau tidak, Profesor Aziz Bari dianggap tokoh akademik dalam bidang perundangan yang mempunyai kekuatan dan aura intelektual tersendiri.

2. Kita boleh bersetuju dan juga boleh tidak bersetuju dengan pandangannya. Bidang undang-undang hampir merupakan sesuatu yang begitu subjektif. Jarang sekali kita mempunyai peguam dan intelektual undang-undang yang sependapat dalam sesuatu hal undang-undang, mahu pun tafsiran perlembagaan.

3. Dalam bidang undang-undang para peguam sentiasa sahaja mempunyai hujah yang logik berlandaskan fakta perundangan dan hujahan terdahulu walau di pihak mana mereka berada. Dalam konteks ini juga, Prof Aziz Bari telah pun memilih pihak yang beliau mahu sokong. Jadi apa sahaja pandangan, kenyataan dan hujahan perundangan beliau merupakan hujahan seorang ahli akademik undang-undang yang telah membuat keputusan untuk berpihak kepada kumpulan tertentu.

4. Justeru walaupun sejak dahulu Prof Aziz Bari cenderung ke arah pihak yang satu lagi beliau pernah dijemput menyampaikan pandangan dan buah fikiran dalam majlis membabitkan kerajaan negeri Selangor semasa Barisan Nasional dahulu. Tidak salah mendengar pandangan yang berbeza.

Kecelaruan Pentadbiran UIA

5. Namun minggu lalu Universiti Islam Antarabangsa (UIA) mengumumkan penggantungan Prof Aziz Bari tujuh hari bagi membolehkan satu siasatan dalaman dilakukan kerana beliau dituduh mengkritik kenyataan DYMM Tuanku Sultan Selangor secara tidak wajar.

6. Penggantungan ini tiada kena mengena dengan Barisan Nasional mahu pun UMNO. Ini kerana telah bertahun lamanya beliau mengkritik kerajaan dan kelihatan menyokong kumpulan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bukan sehari dua Prof Aziz Bari "membelasah" kerajaan namun tiada sebarang tindakan disiplin dikenakan kepada beliau.

Baca seterusnya di blog Dr Khir Toyo

HIMPUN : Aktivis Islam Kecewa Dengan PAS

|5 comments


Oleh Helme Hanafi

JIKA kita selalu menghadiri program ceramah besar-besaran PAS, kita akan dapati cara kerjanya (SOP) sama dengan Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang diadakan di Stadium Shah Alam petang Sabtu.

Baik dari segi kedudukan petugas yang menyambut orang ramai, susun atur program, ungkapan takbir setiap kali habis ucapan, bentuk dan design banting yang tergantung di sekeliling stadium, dan paling terang sekali, sebelum penceramah terakhir berucap, keluar karung khas kutip derma, memang sah DNA PAS.

Bagi wartawan yang biasa liputi program UMNO dan PAS, sebahagian besar daripada 10,000 hadirin itu adalah aktivis-aktivis Islam yang sinonim dengan PAS bukannya UMNO.

Deretan belia dan beliawanis, berkopiah dan bertudung litup, duduk tertib dari awal hingga akhir majlis, jarang bertepuk tangan, memang sinonim dengan gerakan Islam di manapun.

“Mereka ini aktivis Islam yang selama ini menyokong PAS dan mula kecewa dengan Pakatan Rakyat,” kata seorang bekas pemimpin PKR pusat ketika kami terserempak di majlis tersebut.

Menurut beliau, majoriti yang hadir itu adalah golongan yang kecewa dengan pengaruh kumpulan Erdogan dalam parti Islam tersebut.

“Mereka merasakan PAS di era Anwar Ibrahim menjadi Ketua Pembangkang ini terlalu berkompromi dengan isu-isu Islam seperti murtad yang sudah lama menjadi retorik dalam ceramah-ceramah PAS.

“Tapi mereka juga bukan penyokong apatah lagi pengundi UMNO, jadi HIMPUN menjadi medan mereka untuk menzahirkan ketidakpuasan hati terhadap PAS Baru yang lari dari asas perjuangan dan retorik tradisi mereka,” katanya.

PAS dalam muktamar terakhirnya Jun lalu bahkan menukar konsep Negara Islam kepada Negara Kebajikan bagi menarik sokongan bukan Islam kepada parti itu.

Penganjur bersama HIMPUN, Dr Yusri Mohamad memberitahu Agendadaily, beliau teruja melihat kehadiran ramai orang muda dalam majlis tersebut.

“Kami hanya mengharapkan NGO-NGO yang menyertai HIMPUN agar memobilisasi ahli mereka,” katanya ketika ditanya cara penganjur kumpul peserta program tersebut.

Ada yang kata angka 10,000 itu tanda kegagalan penganjur kumpul satu juta tapi kalau kita lihat dari sudut lain, angka 10,000 adalah angka kehadiran biasa bagi program-program besar PAS di Lembah Klang.

“Sebut apa saja program besar PAS samada di Stadium Melawati atau Taman Melewar, kehadiran mesti kurang atau lebih 10,000, sebab apa, sebab itulah akar umbi mereka,” kata bekas pemimpin PKR yang biasa dengan kerja-kerja mobilisasi penyokong PAS apabila program melibatkan Anwar Ibrahim.

“Jika di Kelantan atau Kedah mungkin boleh dakwa sehingga 50,000 tapi kalau di Lembah Klang, 10,000 itu angka sebenarnya,” katanya penuh yakin.

Jika ditolak satu pertiga daripada 10,000 itu untuk penyokong Perkasa, UMNO, dan NGO seperti PPIM dan PEMIMPIN yang dilihat condong kepada kerajaan, yang lain itu memang dikenali berat belah pembangkang.

Dalam bahasa mudahnya, perhimpunan petang Sabtu itu adalah manifestasi kekecewaan kelompok gerakan Islam kepada PAS Baru.

Mereka kecewa melihat PAS yang tunduk kepada Anwar, yang tunduk kepada DAP sehingga hilang jati diri parti itu.

Baca seterusnya di Agenda Daily

Monday, October 24, 2011

Lebuhraya : PAS Kelantan perlu Selesaikan dulu Masalah Rakyat

|3 comments
Kalau betul-betul nak buat projek lebuh raya di negeri Kelantan memang bagus tapi adakah kerajaan negeri mampu melaksanakan projek besar sebegini? Baru-baru ini Kerajaan Negeri Kelantan bercadang untuk membina sebuah lebuh raya sendiri melibatka laluan Kota Bharu - Kuala Krai bagi mengelakkan kesesakan di laluan itu khususnya menjelang musim perayaan.


Bahkan cadangan ini turut mendapat sokongan ketua pembangkang kerajaan negeri Datul Alwi Che Mat yang merupakan ADUN Ketereh. Tambahnya lagi, jangan pula nanti kerajaan negeri menggadaikan tanah yang terlibat kepada pihak swasta.

Katanya, tidak ada sebab untuk BN Kelantan menentang cadangan yang baik untuk kepentingan rakyat jika benar Kerajaan PAS Kelantan benar-benar berhajat untuk melaksanakannya. Ini merupakan cadangan kali kedua di mana sebelum ini kerajaan negeri pernah mewarwarkan hasrat yang sama namun ketika itu, terpaksa dibatalkan atas faktor kelembapan ekonomi.

Ketika itu, Kerajaan Negeri telah bersetuju memberi projek ini kepada Syarikat Padang Maju Sdn Bhd dengan kos bernilai RM1.2 bilion tetapi disebabkan pelbagai masalah ianya terpaksa dibatalkan.

P/S : Kalau masalah hutang dan perkhidmatan bekalan air pun Kerajaan Kelantan tak mampu nak selesaikan, apatah lagi projek sebesar ini..Boleh percaya ke???

Anti Jumud

Khalid Gagap : Cepat jawab, mana pergi RM 55 juta?

|1 comments

KUALA LUMPUR 21 Okt – Kerajaan Selangor tidak harus mendiamkan diri berhubung dakwaan salah tadbir geran wang kerajaan negeri sebanyak RM 55 juta kerana ia adalah milik rakyat yang seharusanya digunakan untuk tujuan penyelengaraan jalan dan kemudahan infrastuktur.

Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamad berkata, sehingga kini Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan anggota exconya enggan menjawab terhadap yang dibuat olehnya baru-baru ini.

“Saya hairan sehingga kini, kerajaan negeri termasuk Menteri Besarnya masih mendiamkan diri mengenai perkara itu, wang berkenaan adalah milik rakyat dan tidak seharusnya digunakan untuk tujuan lain.

“Wang berkenaan adalah peruntukkan dari Kerajaan Pusat untuk kemudahan insfrastruktur di Selangor, tetapi apa yang saya diberitahu wang berkenaan telah disalurkan ke tempat lain,” katanya kepada UMNO-online.

Minggu lalu, Zin mendedahkan berhubung salah tadbir kerajaan negeri terhadap peruntukkan sebanyak RM55 daripada RM183 juta yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat untuk kemudahan infrastruktur.

Pengagihan peruntukkan itu adalah untuk kegunaan Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan Selangor dan pihak berkuasa tempatan, selepas dihitung perbelanjaannya, masih ada RM55 juta yang masih tidak digunakan dan ada laporan yang mengatakan wang berkenaan dimasukkan dalam tabung amanah kerajaan negeri.

“Jika benar apa yang didakwa itu tidak benar, Menteri Besar harus menafikan perkara itu, tetapi sehingga kini tiada sebarang maklumat yang diterima mengenai perkara itu, apa yang terjadi.

“Peruntukkan itu dari Kerajaan Pusat untuk rakyat yang disalurkan melalui agensi terbabit, wang berkenanan adalah duit rakyat. Peruntukkan yang diberi itu adalah tanggunjawab Kerajaan Pusat kepada rakyat walaupun Selangor diperintah pembangkang.

“Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai rakyat Selangor untuk mengetahui apa yang berlaku,” katanya.

Menurutnya, jika perkara itu berlaku kepada Kerajaan Pusat sudah pasti pembangkang akan menjadikan modal politiknya dan memperbesar-besarkan cerita itu untuk menimbulkan perasaan benci kepada Barisan Nasional. -MediaUMNO

Gempar! Kampung Buah Pala :Tak Tunai Janji,DAP dan Anwar Guna Alasan Mahkamah

|6 comments
Ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh hari ini berkata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng boleh dipenjarakan jika beliau ingkar terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan bahawa penduduk Kampung Buah Pala perlu mengosongkan rumah masing-masing pada tahun 2009.

NONEMahkamah Persekutuan pada Ogos, 2009, tetap dengan penghakimannya pada 24 Jun bahawa penduduk kampung berkenaan wajib meninggalkan rumah masing-masing dan menyerahkannya kepada pemaju yang telah diberi kelulusan membangunkan semula kawasan tersebut.

Berdasarkan penghakiman itu, Karpal mengakui bahawa Pakatan Rakyat tidak mampu menunaikan janji-janji yang dibuatnya kepada penduduk kampung itu, walaupun pemimpinnya, termasuk ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar akan mempertahankan kampung berkenaan.

"Ramai yang bertanya, apa yang berlaku kepada janji-janji? Macam mana dengan janji Lim yang berkata kami akan mempertahankan kampung itu? Betul, semua kita berkata begitu," kata peguam veteran itu.

"(Tetapi) Apakah pilihan yang ada bagi ketua menteri, kecuali langgar perintah mahkamah? Sebagai wakil yang dipilih rakyat, kita perlu mematuhi keputusan mahkamah, sama ada kita suka atau tidak," kata pengerusi kebangsaan DAP itu.

“Jika kita hina mahkamah: kita bukan sahaja akan diheret ke penjara sehingga kita tarik balik penghinaan itu dan mohon maaf, tetapi kerajaan negeri juga boleh dilucutkan kuasa,”katanya semasa berucap pada satu majlis untuk menyerahkan kunci kepada penduduk bekas Kg Buah Pala di Pulau Pinang hari ini.-Malaysiakini

Sel13.com : Pakatan Berjaya Mufliskan PKNS?

|0 comments


Persoalan yang tidak pernah dijawab oleh Khalid Ibrahim serta Pakatan Rakyat Selangor ialah, sudah berapa banyak aset dan ekuiti PKNS telah dijual oleh mereka dan ke mana kesemua wang-wang berkenaan pergi, sehingga kini tidak dijawab. Setiap kali perkara tersebut berbangkit, setiap kali itulah jugalah, akan muncul isu-isu terbaru daripada Pakatan Rakyat bagi mengalihkan perhatian rakyat.

Laporan-laporan SPRM yang dibuat berhubung perkara ini, masih lagi tidak menampakkan sebarang kesan atau sebarang tindakan.

Berikut adalah beberapa perkara yang membabitkan penyelewengan di dalam PKNS yang sehingga ke hari ini tidak ada sebarang jawapan, sama ada daripada pihak Pakatan Rakyat Selangor, mahupun pihak berkuasa.

* Kerajaan Negeri telah gagal mentadbir PKNS dengan baik sehinggakan para perompak dan lanun telah menggadaikan semua hartanah PKNS kepada RIT yang menyebabkan PKNS sekarang tidak mempunyai premis sendiri dan terpaksa menyewa bangunan untuk beroperasi.

* PKNS telah berbelanja dengan boros jumlah perbelanjaan perpindahan ke pejabat baru yang tidak munasabah.

* PKNS telah membazirkan wang rakyat Selangor dengan membiayai sebanyak RM520,000 majlis perkahwinan angkasawan negara seperti yang disebut dalam sidang DUN.

* PKNS telah membazir wang rakyat dengan membayar sebanyak RM731 kepada sebuah syarikat yang melaksanakan perkhidmatan telemarketing.

* PKNS telah membazir wang rakat dengan membayar sebanyak RM935,000 kepada seorang konsultan untuk berkhidmat selama 6 bulan.

Itu antara beberapa penyelewengan dalam kerajaan negeri membabitkan PKNS. Dan kesemua jawapan-jawapan untuk kenyataan-kenyataan tersebut tidak pernah diperolehi.

Apa sebenarnya yang cuba diselindungkan oleh Pakatan Rakyat tentang PKNS? Mengapa para pemimpin Pakatan Rakyat Selangor tidak pernah cuba untuk menjelaskan kedudukan sebenar PKNS kepada rakyat Selangor?

Baca seterusnya di Sel13.com

HIMPUN : Ramai Ahli PAS Hadir Bantah Pimpinan Pro DAP

|4 comments

Sedar tidak sedar, PAS kini semakin hilang sokongan dari kalangan para badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam, para cendikiawan Islam, golongan ulama muda PAS, dan para mahasiswa-mahasiswi universiti di negara ini.

Himpunan Sejuta Umat yang berlangsung Sabtu lalu di Stadium Melawati Shah Alam membuktikan hakikat tersebut dan PAS semakin jauh dari hari umat Islam di seluruh negara.

Memang benar, hanya sekitar 10,000 orang umat Islam saja yang berhimpun pada majlis tersebut. Namun, apa yang PAS perlu tahu bahawa majoriti peserta himpunan itu adalah dari kalangan penyokong-penyokong parti itu dan yang paling mengejutkan, mereka sudah “tawar hati” dengan PAS sendiri!

Kita lihat dahulu siapa yang hadir di majlis berkenaan.

Pertamanya ialah Exco Kerajaan Negeri Selangor yang merupakan bekas Pesuruhjaya PAS yang digulingkan Khalid Samad dan Abdul Rani pada Muktamar PAS yang lalu. Siapa lagi kalau bukan Datuk Dr. Hasan Ali. Malah Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah, Kamaruzaman Mohamad pun hadir!

Bukankah sebelum ini PAS sudah mengumumkan fatwa terbaru yang melarang ahlinya untuk hadir di himpunan untuk menyelamatkan aqidah umat Islam itu? Dalam ertikata “larang”, bermaksud “mengharam”kan dari kontek disiplin parti, sekaligus menandakan mereka ingkar pada arahan parti!

Keduanya, ialah kehadiran ramai pak-pak lebai PAS yang bertakbir setiap kali ucapan dibuat. Bukankah itu “trademark” PAS dan Pakatan Haram pada setiap perjumpaan atau ceramah? Takkan tak kenal orang sendiri?

Melihat kepada cara dan sifat NGO-NGO yang memenuhi ruang stadium, jelas sekali mereka penyokong PAS. Nak tahu kenapa? Tak nampakkah karung-karung kutipan derma sebagaimana amalan PAS di majlis-majlis ceramah dan Muktamar PAS sebelum-sebelum ini? Setahu saya, hanya PAS saja yang amalkan begitu…

Baca seterusnya di Perak Today

Saturday, October 22, 2011

PKR Pecah Belah di Sarawak

|0 comments


Program 1

6.00 – 7.30 mlm – Ceramah Demi Rakyat di Parlimen Mambong

Lokasi: No 155, Kampong Seratau, Jalan Kucing / Serian, Serian.

Program 2

8.00 – 9.00 mlm – Ceramah Demi Rakyat di Parlimen Mas Gading

Lokasi : Caguor Café, Kampong Sebuloh, 4th Mile Bau / Lundu Road, Bau

Program 3

10.00 – 11.00 mlm – Ceramah Demi Rakyat di Parlimen Santubong

Lokasi: Buntal Seafood, Kampong Buntal, Petrajaya, Kucing.

==============================================

Yang dinyatakan di atas hanyalah JADUAL RASMI. Yang lebih menarik perhatian adalah jadual TIDAK RASMI Anwar di Sarawak. Banyak cubaan dilakukan untuk bertemu dengan beberapa orang individu ‘strategik’ bagi menarik mereka bertanding di atas tiket PKR dalam pilihanraya yang akan datang. Beberapa orang PEGAWAI TINGGI Kerajaan juga dijadualkan bertemu Anwar di dalam jadual TIDAK RASMI Anwar di Sarawak.

Antara yang sedang ligat dikejar oleh PKR di Sarawak adalah Timbalan Pengarah Jabatan Ukur dan Survei Sarawak. Anwar memang bersungguh bagi menggerakkan kemungkinan menarik Sajeli Kipli ke dalam jentera pilihanraya PKR Sarawak. Cerita ini pecah kerana terdapat ‘resistant’ di kalangan orang kuat PKR Sarawak bagi mengenengahkan calon daripada jabatan kerajaan. Beberapa pemimpin PKR Sarawak menganggap bahawa mengenengahkan calon pegawai kerajaan seolah-olah memperkecilkan kemampuan mereka di kawasan. Anwar pening kepala.

Cubaan awal Anwar mendapatkan Datuk Sudar ternyata gagal. Anwar tak dapat berjumpa pun dengan Sudar. Anwar hanya dijanjikan oleh Azmin bahawa Pengarah tersebut boleh dibeli dengan wang ringgit. Ternyata meleset.

Anwar sendiri sebenarnya tidak berasa yakin bahawa pimpinan PKR Sarawak mampu menarik perhatian pengundi. Baru Bian mungkin ya. Yang lain? Masih hijau dan tidak pandai berpolitik. Sebab itu Anwar insist menginginkan beberapa orang calon di kalangan kakitangan jabatan kerajaan di Sarawak. Pada Anwar, mereka lebih ‘winnable’ daripada mereka yang dalam parti!

Kepimpinan PKR Sarawak memang risau dengan perkembangan ini. Jika Anwar mengekalkan rentak ini – peluang mereka untuk menjadi calon akan musnah. Apa pilihan? Sabotaj parti!

Sebab itu…ada kemungkinan PKR akan menjadi lebih teruk menjelang PRU yang akan datang. Retak sedang menanti belah….

gelagat anwar

PAS Halalkan liwat?

|1 comments


KUALA LUMPUR:
Persidangan Dewan Rakyat hari ini menjadi hangat apabila seorang wakil Bebas mendakwa undang-undang Hudud yang diluluskan kerajaan PAS semasa memerintah Terengganu, membenarkan suami meliwat isteri.

Ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2011, Datuk Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim-Bandar Baharu) berkata jika mengikut Seksyen 14, Enakmen Jenayah Syariah, Qisas dan Takzir yang digazetkan pada 2004, adalah tidak menjadi kesalahan bagi seorang suami berbuat demikian.

Kenyataan Zulkifli itu menyebabkan beberapa anggota pembangkang ‘panas telinga’ dan menimbulkan kekecohan.

“Paling saya terperanjat, ada berbelas-belas kesilapan yang bercanggah dengan Islam tapi yang saya nak tunjuknya, ini bukan datang dari syariat Islam. Contoh, berkaitan dengan liwat. Disebut dalam ini (enakmen) liwat ialah (dalam)Seksyen 14. Ini enakmen yang telah digazetkan.

“Tafsiran liwat (di dalam enakmen) ialah satu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki…kita faham lah itu… atau di antara lelaki dengan seorang perempuan yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.

“Yang saya terperanjat dia (hukum hudud) kata ‘selain daripada isterinya’. Makna kata kalau seorang suami bersetubuh melalui dubur isteri itu (bermakna)tidak liwat dalam hudud PAS ini,” kata Zulkifli.

Zulkifli juga mendedahkan di dalam enakmen itu berhubung pelantikan hakim yang turut membenarkan orang bukan Islam dilantik menjadi hakim bagi undang-undang hudud serta perkara berkaitan qazaf yang melibatkan empat saksi bagi zina di mana sekiranya salah seorang saksi menarik diri maka tiga lagi saksi boleh dihukum.

Katanya, pendedahan itu menunjukkan bahawa apa yang disebut oleh PAS sebagai hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti itu bukanlah hukum Allah sebaliknya ia adalah hukum yang direka oleh parti itu sendiri.

“Bila saya periksa balik, rupanya betul memang Tun Mahathir (bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad) dulu tolak kerana ini bukan hudud Islam tetapi ini hudud PAS. Ada percanggahan jelas, isteri diboleh diliwat dan lain-lain lagi,” katanya.

Menurut Zulkifli, keputusan Dr Mahathir menolak pelaksanaan hudud telah diputar-belit oleh pihak tertentu pada ketika itu.

Pendedahan Zulkifli mengenai liwat itu menyebabkan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) mencelah dan mendakwa kenyataan Zulkifli sebagai satu tuduhan lalu meminta supaya beliau dan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan)yang menyokong kenyataan Zulkifli itu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Bung Moktar sebelum itu bangun dan bertanya: “Bolehkah liwat isteri sendiri?”, dan Zulkifli menjawab: “Boleh mengikut hudud PAS.”

Salahuddin yang mula berang bangun mencelah dan berkata: “Dia (Zulkifli)tidak boleh tuduh macam itu. Tak ada (suami dibenar meliwat isteri) dalam hudud PAS. Saya nak minta Peraturan Mesyuarat merujuk Kulim-Bandar Baharu dan Kinabatangan kerana mereka mengatakan meliwat isteri itu hudud PAS.”

Bagaimanapun, usul itu ditolak Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee yang memutuskan tiada pelanggaran terhadap kenyataan Zulkifli itu.

Suasana Dewan Rakyat terus kecoh apabila Salahuddin dan beberapa lagi anggota Parlimen pembangkang tidak berpuas hati dan mempertikaikan keputusan Timbalan Speaker sehingga menyebabkan Zulkifli tidak dapat menjelaskan kenyataan berhubung enakmen itu.

Zulkifli juga tidak dapat meneruskan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 kerana masa yang diperuntukkan kepada seorang anggota Parlimen untuk berbahas selama 20 minit telah tamat.

- BERNAMA

HIMPUN! Selamatkan Aqidah dan Banteras Murtad!

|5 comments


Unspinner petik artikel Dinturtle di sini mengenai pendirian Hassan Ali mengenai HIMPUN dan komen blogger PAS..

"Saya akan hadir, melangkah keluar dari rumah atas nama Aqidah, saya akan berada di situ selama tiga jam atas nama Aqidah serta kepulangan saya ke rumah juga atas nama Aqidah, tidak tidur malam kalau saya tidak pergi kerana ia adalah isu Aqidah, kalau bola, Selangor lawan Kelantan tiada keperluan untuk saya hadir."

- Hassan Ali
..
HIMPUN bukan bertujuan menimbulkan ketengangan mahupun meniup api kemarahan dikalangan umat Islam dan penganut Kristian. Katanya kesempatan perjumpaan ini adalah untuk menyedarkan serta umat Islam tentang kebejatan isu keruntuhan aqidah, tegas beliau.


"Ini adalah perhimpunan yang aman, berbudaya dan sopan, yang penting penganjuran ini bukanlah untuk menimbulkan ketegangan dan emosi yang tidak terkawal antara penganut Islam dan bukan Islam."


Komen blogger Pas Kelab Greenboc yang kata menyokong selamatkan akidah jahat?

GB dah kata dulu, Hassan Ali dan kumpulan UG ini memang jahatlah. Dia menongkah arus, tidak menghormati keputusan pimpinan PAS untuk tidak terlibat di dalam HIMPUN.

Beberapa blogger pro-UMNO telah bertepuk sorak dengan keputusan Hassan Ali tersebut. Apa maknanya jika blogger pro-UMNO bersikap demikian? Anda endiri boleh manjwabnya.

Tindakan Hassan Ali itu menyerupai tindakan Ketua Pemuda PAS yang telah memberikan komitmen 200% untuk menyertai HIMPUN sekalipun ketika itu PAS Pusat belum membuat sebarang keputusan melibatkan diri dalam HIMPUN.

Keputusan Hassan Ali itu bukan sahaja membelakangkan keputusan PAS Pusat dan PAS Selangor, malah juga kerajaan negeri, dimana Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan kerajaan negeri tidak terlibat dalam penganjuran Himpunan Sejuta Umat (Himpun), Selamatkan Akidah Umat di Stadium Shah Alam.

Sekalipun MB Selangor tidak menghalang mana-mana pegawai kerajaan termasuk Exco kerajaan negeri menyertai perhimpunan tersebut selagi tidak mencampuri urusan dan masa bekerja, namun tindakan Hassan Ali selaku seorang exco kerajaan negeri jelas memaparkan watak sebenarnya.

PAS Selangor sebelum ini telah melarang ahlinya menyertai perhimpunan Linkberkenaan.

Pecat segera Hassan Ali dari barisan pimpinan PAS dan barisan exco negeri Selangor. Kerana jika, tidak percayalah, kerajaan PR Selangor bakal runtuh di dalam PRU13 nanti. Sengaja membiarkan duri menyucuk dan bernanah di dalam daging yang kelak merebakkan parasit ke seluruh anggota badan.

Jangan sampai nanti sudah terhantuk baru nak tengadah.

Datang beramai-ramai. Ini soal akidah, bukan soal politik. Kalau tak sempat datang, boleh rujuk blog GAP untuk update.

Bagaimana PAS? Kata perjuangkan Islam? Adakah Hassan Ali seorang sahaja ahli PAS yang faham tentang isu murtad ini?

Sudah tiba masanya ahli PAS untuk menyanggah pimpinan yang tunduk pada DAP.


Friday, October 21, 2011

Khalid Gagap Flip-Flop : Rakyat Selangor Bakal Mengalami Krisis Air

|1 comments
Awal januari tahun ini khalid gagap bersetuju dengan kerajaan persekutuan untuk meneruskan pembinaan loji air langat 2, ini kenyataan khalid aku ambil dari siasah.com

Kerajaan Selangor akur kepada Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan Projek Loji Air Langat 2 yang menjadi kontroversi setelah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempersoalkan kepentingannya malah menolak andaian Kerajaan Barisan Nasional bahawa bekalan air di Lembah Klang tidak mungkin terjejas sekiranya projek ini tidak dilaksanakan dengan segera.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Pejabat Menteri Besar lewat petang tadi menyatakan kesediaan kerajaan negeri bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk kerajaan pusat dalam menangani kemelut air di Selangor dengan memberi keutamaan untuk menyiapkan projek itu dengan segera sebelum isu penstrukturan semula industr air diselesaikan.

Bagaimanapun kerajaan negeri perlu meneliti terlebih dahulu rancangan kerajaan persekutuan meneruskan projek itu kelak dengan mengambil kira keperluan pembinaan loji baru termasuk pengurusan aset-aset dan industri air Selangor.

"Pada masa yang sama, kami berharap kerajaan Persekutuan akan memberi kerjasama sepenuhnya untuk penyelesaian isu penyerahan semula pengendalian industri air kepada Kerajaan Negeri", kata Abdul Khalid. 14 Jan 2011

Semalam ini pulak yang khalid kata:

Kerajaan negeri Selangor tidak akan tunduk kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air serta Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk memberi keutamaan kepada pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.

Sebaliknya, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) berkata, kerajaan negeri mengulangi pendirian bahawa rundingan penstrukturan semula industri air Selangor harus diselesaikan terlebih dahulu sebelum usaha pembinaan loji Langat 2 diteruskan.

“Adalah amat tidak bermoral bagi pihak-pihak tertentu untuk membuat kenyataan menakut-nakutkan rakyat kononnya krisis air akan berlaku pada 2014 jika Langat 2 tidak dibina dengan segera,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Awal tahun kata ok, hujung tahun kata tak boleh pulak, apa lah nasib rakyat selangor dapat mb bangang macam ni...

Darul Ehsan Today

Aziz Bari : Apa Pendirian Saifuddin Abdullah?

|0 comments
CTS memerhatikan dengan penuh minat "timeline" atau "wall" media sosial Twitter Timbalan Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, Dato' Saifuddin Abdullah, semenjak Professor Kangkong, Aziz Bari, digantung tugas dengan bergaji oleh UIAM.

Walauapun Dato' Saifuddin tidak menunjukkan sokongan secara langsung dan terbuka menentang pergantungan Aziz Bari, namun kita boleh membaca apa yang tersirat di hati beliau melalui "tweet" atau "retweet" yang beliau lakukan seperti di bawah:


Bagi pembaca yang tidak berpengalaman di dalam dunia "Twitter", "retweet" atau RT adalah satu fungsi untuk membolehkan sesuatu "tweet" yang bukan ditulis oleh pemilik akaun Twitter dibaca oleh pengikut-pengikutnya (followers) di dalam "timeline/wall" pemilik akaun. Dalam kes di atas, kita tidak boleh membaca apa yang pengikut-pengikut Dato' Saifuddin tulis di "timeline" beliau, melainkan beliau "retweet/RT".

Persoalan saya, apakah motif dan niat tersirat yang cuba disampaikan oleh Dato' Saifuddin apabila beliau melakukan "retweet" di atas? Apakah beliau cuba menunjukkan sokongan ke atas Aziz Bari, penjilat tegar Pakatan Haram atau beliau secara tidak langsung memberikan lampu hijau kepada pengikut-pengikutnya di Twitter agar turut berdemonstrasi di UIAM esok? Sayugia diingatkan, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang dikepalai oleh Shukri Abd Razak, dengan menangguk di air keruh, akan mengadakan demonstrasi yang digelar Solidariti Aziz Bari di Masjid UIAM, selepas Sembahyang Jumaat esok.

Buat DS Najib, I've told you before and I'll tell you again and again that I smell something fishy regarding this guy. A wolf clothed in a sheep's dress, I guess?

Cucu Tok Selampit

Rambut Panjang,Dadah : Apa Lagi alasan Guan Eng Lepas ni?

|1 comments

MiM berharap agar guru besar SMJK Heng Ee dapat menjawab dengan kadar segera tentang satu laporan di dalam suratkhabar berbahasa Cina di mana Lim Guan Eng DAP mengaitkan sekolah tersebut dengan gejala dan sindiket dadah di kalangan pelajar!

Betulkah terdapat gejala dan sindiket dadah di kalangan pelajar-pelajar sehinggakan anak Guan Eng DAP mahu keluar dari sekolah tersebut?

Dan kenapakah portal pro-pembangkang dan akhbar yang lain tidak menyiarkan kenyataan tersebut?

Atau apakah beliau akan mengaku bersetuju dengan Setiausaha Agung DAP itu ? Beranikah?


Yang mana satukah yang betul?

Akhbar berbahasa Cina, Guan Ming Daily di dalam halaman A10 telah menyentuh kenyataan Lim Guan Eng ekoran Skandal RM200,000 3R yang hangat dibincangkan sekaran ini.

Di antaranya :-

Menurut laporan akhbar terbabit, Lim Guan Eng menyifatkan dakwaan tersebut adalah fitnah dari pemimpin UMNO yang tidak senang dengan kepimpinannya. BACA SINI

Lim Guan Eng menjelaskan bahawa anaknya dipindahkan ke Sekolah St Xavier’s Institution kerana bimbang terjebak dengan gejala dan sindiket dadah di kalangan pelajar.

Alasan itu tidak munasabah kerana bertentangan dengan kenyataan yang dikeluarkannya kepada bloggers dan media sebelum ini bahawa anaknya dipindahkan kerana masalah displin.

Manakala kenyataan media lain menyebut beliau pindahkan anaknya kerana kerana mahu berambut panjang.

Apakah motif sebenar pertukaran sekolah anaknya?


Alasan demi alasan dikeluarkan untuk menutup pekung di dada. Akhirnya sedikit sebanyak ianya akan merungkai kebenaran yang sebenar. seterusnya



p/s : Guan Eng...akhbar Guan Ming Daily sudah buat laporan berita, kenapa tidak saman? Kenapa mesti tunggu Utusan Malaysia saja?


Baca seterusnya di DR MIM

PKR Hipokrit : Ahli Dun Selangor Naik Elaun, Ahli Parlimen Tak Boleh

|2 comments
Isu kenaikkan elaun Ahli Parlimen yang dicadangkan YAB Perdana Menteri Datuk Sri Najib mendapat tentangan hangat Anwar dan kuncu kuncunya untuk menunjukkan bahawa kunuunnya mereka ini lebih mementingkan keperitan kehidupan rakyat.

Perdana Menteri dalam ucapan belanjawan mengatakan bahawa kerajaan bercadang mengkaji semula elaun dan kemudahan Ahli Parlimen kerana menyedari tanggungjawab, tugas serta beban kerja mereka semakin bertambah.

Cadangan tersebut mendapat bantahan daripada pembangkang yang mengeluarkan kenyataan bahawa mereka menolak cadangan tersebut. Sebenarnya pembangkang bersikap hipokrit dan ketandusan isu serta terdesak untuk menagih simpati rakyat...

Merujuk kepada keputusan kerajaan negeri Selangor didalam mesyuarat Dewan Negeri Selangor yang ke-12, penggal keempat mesyuarat pertama pada 31 Mac lalu ada menyebut mengenai kenaikan elaun ADUN negeri tersebut daripada RM4,112.79 kepada RM6,000.

Mari kita jenguk sebentar, dibawah ini adalah handsard didalam Dewan DUN Selangor; sila double click pada imej jika bacaannya kurang jelas.

Ini secara jelas menunjukkan bahawa pembangkang sebenarnya hipokrit dalam apa jua keputusan yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional. Bagi mereka keputusan kerajaan BN tidak akan memberi keuntungan kepada rakyat tetapi memberi keuntungan kepada diri sendiri.

Ini adalah bukti sikap hipokrit pembangkang hasil asuhan Anwar Ibrahim yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri Malaysia. Exco Selangor pada 25 Mac 2011 telah bersetuju untuk menaikkan elaun saraan kepada setiap Adun Negeri Selangor. Kenaikkan bermula pada 1.1.2011 dan ini bermakna bayaran dibuat secara "back dated".

Baca seterusnya di MIK

PAS,Perjuangkan Islam pun kena minta lesen DAP dan PKR?

|4 comments

Keenganan PAS menyertai perhimpunan sejuta umat bagi menunjukkan bantahan kepada cubaan untuk memurtadkan umat Islam sekadar menyerlahkan hakikat yang selama ini cuba disembunyikan daripada pandangan masyarakat umum bahawa sememangnya PAS sebuah parti yang bertuhankan politik.

Ya, pakaian mereka ala Nabi, janggut mereka ala Nabi, ana ente sana sini, tapi tuhan yang mereka sembah bukan yang umat Islam sembah sebaliknya POLITIK itulah yang mereka sembah siang malam, yang tak putus-putus mereka zikirkan.

Sehingga sebarang keputusan yang diambil, perlulah bersandarkan kepentingan politik. Kalau sebelum ini pun (ketika bersendirian) dah hancur, apa lagi sekarang bila bergabung dengan parti sekular seperti PAS dan DAP.

Kalau nak menunjukkan tentang kepada cubaan murtad pun tak boleh, elok PAS amend saja perlembagaannya yang konon meletakkan al-Quran dan sunnah sebagai sumber tertinggi sebab banyak hal sebelum ini pun perkara tersebut tidak berlaku sama sekali. Yang tertinggi ialah apa kata DAP, yang tertinggi ialah apa kata PKR.

Perhimpunan Sejuta Umat ini bebas unsur politik, diadakan lanjutan dari penemuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan diperkenankan oleh DYMM Sultan Selangor bahawasanya memang berlaku cubaan untuk memurtadkan umat Islam oleh pihak gereja DUMC dalam satu kejadian pada Ogos.

Jika benar PAS bertuhankan Allah swt dan memperjuangkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya, PAS sepatutnya menjuarai, kalau tidak mengetuai perhimpunan pada Sabtu ini seperti mana yang mereka lakukan dalam hal perhimpunan Bersih 1 dan 2 yang diketuai Ambiga Saravenasan – seorang peguam hindu yang pro murtad.

Hanya kerana tidak ada bukti yang cukup untuk pendakwaan di mahkamah, itu bukan alasan untuk PAS tidak menyertai perhimpunan yang mengumpulkan seluruh umat Islam dari sepelusuk negara menunjukkan tentang ke atas usaha untuk memurtadkan saudara mereka seperti mana yang berlaku di DUMC.

Tidakkah PAS takut dengan pembalasan tuhan kerana dengan enggan menyertai perhimpunan tersebut bermaksud PAS turut bersengkongkol dengan PKR dan DAP dalam mempromosi agama kristian dikalangan orang Islam. Bukan rahsia lagi bahawa memang apa yang berlaku di DUMC tersebut ialah cubaan memurtadkan umat Islam dan penulis tidak faham kenapa PAS enggan menyertai perhimpunan tersebut.

Baca seterusnya di myKMU


Demo Kedai 1Malaysia : DAP Tak Mahu Rakyat Beli Barang Murah?

|8 comments

Puak-puak DAP yang disokong oleh PAS dan PKR akan mengadakan satu demonstrasi di hadapan Kedai Rakyat 1Malaysia Pantai Dalam, jam 10 pagi esok (hari ini) . Mereka akan mengumpul seramai mungkin penyokong untuk melakukan demonstrasi menentang Kedai Rakyat 1Malaysia.

Alasan yang digunakan ialah barang-barang di Kedai Rakyat 1Malaysia adalah barang yang tidak berkualiti.

Nampak benar sakit dan dengki hati puak-puak DAP kepada Kedai Rakyat 1Malaysia. Kalau dibandingkan barangan yang dijual, sebenarnya kedai-kedai runcit yang mendapat bekalan daripada pemborong dan orang tengah penyokong DAP, jauh lebih teruk. Ada sesetengahnya yang tidak mempunyai tanda HALAL JAKIM atau tanda HALAL JAKIM PALSU. Malah terdapat barangan yang sangat diragui.

Dan yang paling ketara, terlalu sukar untuk pengusaha-pengusaha atau pembekal-pembekal Bumiputera mendapat tempat yang adil di kedai-kedai runcit yang mendapatkan bekalan mereka daripada pemborong dan orang tengah penyokong DAP. Sedangkan Kedai Rakyat 1Malaysia pula lebih mengutamakan pembekal-pembekal Bumiputera yang sebelum ini seringkali ditindas oleh orang tengah dan pemborong penyokong DAP.

Apakah maksud barangan tidak berkualiti yang didakwa dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia bermaksud barangan yang dibekalkan oleh pengusaha Bumiputera tidak berkualiti berbanding barangan yang dibekalkan oleh pemborong dan orang tengah penyokong DAP yang cuba menarik seramai mungkin pencacai PAS dan PKR menentang Kedai Rakyat 1Malaysia? Apakah mentaliti makhluk-makhluk spesies perosak ini ingin menerapkan bahawa barangan mahal mereka jauh lebih berkualiti berbanding barangan yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia, sungguhpun barangan mereka berjenama sama?


Kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia sebenarnya telah menyebabkan sebahagian besar daripada sumbangan kepada DAP terjejas. Kedai Rakyat 1Malaysia yang menawarkan harga yang jauh lebih rendah berbanding harga yang dipaksa oleh para pemborong, orang tengah dan pengedar tradisional, menyebabkan kehadiran Kedai Rakyat 1Malaysia mendapat tentangan hebat daripada golongan berkenaan.

Seperti yang sedia maklum, golongan pemborong, orang tengah dan pengedar majoritinya merupakan penyokong serta penyumbang dana kepada DAP. Pun begitu, dalam hal ini, DAP tidak akan memperlihatkan tentangan mereka secara berterus-terang. DAP yang gemar bermain, baling batu sembunyi tangan telah menggunakan Anwar Ibrahim untuk memperkatakan tentang Kedai Rakyat 1Malaysia yang dikatakan menjejaskan golongan peruncit Bumiputera, walaupun pada masa yang sama, terdapat satu lagi skim yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu memperbesarkan serta menambahbaikkan kedai-kedai runcit di seluruh negara agar mengurangkan penggunaan pemborong, orang tengah dan pengedar tradisional.

Baca seterusnya di Sel13.com

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)