Terkini: Gambar tiga serangkai
ibu Azmin sudah tidak dapat menahan sabar lagi terhadap Shamsidar Taharin, isteri Azmin. Bukan saja memarahi dan mengecam Shamsidar, ibu Azmin turut mencabar isteri Azmin itu untuk bersumpah laknat! Dahsyat betul bila mendengar “intro” anggota keluarga Azmin ini. Saya terus mendengar cerita…
Sumber saya memberitahu, sejak kejadian Azmin memaki hamun ibu kandungnya itu pada pagi Syawal tempohari, dia masih belum menyesali tindakannya terhadap Mak Tom, apatah lagi untuk balik meminta ampun pada ibunya itu. Sehingga Syawal hampir berakhir, tidak kelihatan langsung kelibat Azmin untuk pulang memohon keampunan dari ibu yang dizaliminya…
Menurut sumber lagi, esok Azmin akan mengadakan Rumah Terbuka sempena Aidilfitri dan semua rakyat Malaysia dijemput hadir. Kad-kad jemputan kepada VIP dan VVIP khabarnya sudah dikirimkan sejak awal lagi. Namun, yang peliknya, Azmin tidak langsung menjemput Mak Tom untuk ke majlis tersebut, apatah lagi adik beradiknya yang lain…
Tiba-tiba, hari ini Azmin telah mengarahkan Shamsidar untuk menghubungi Mak Tom untuk menjemput ibunya itu ke majlisnya yang dijadualkan esok. Esok majlis berlangsung, baru sekarang teringat nak ajak ibu? Apa jenis anakkah ini? Ikhlaskah Azmin menjemput ibunya? Kenapa dia suruh Shamsidar yang menjemput? Mengapa tidak dia sendiri?
Sewajarnya, Azmin perlu pulang ke rumah ibunya dan menjemput Mak Tom secara baik. Tak perlu kad pun tak mengapa, asalkan Azmin pulang berjumpa, memohon ampun dan maaf dari ibunya itu, serta menjemputnya secara berdepan. Itu baru ikhlas namanya!
Itu cara layanan paling baik untuk seorang ibu! Ini tidak! Diwakilkan saja pada Shamsidar? Anak derhaka betul..! Menyirap darah saya mendengar cerita ahli keluarga Azmin ini.
Berbalik kepada Shamsidar. Shamsidar menghubungi Mak Tom. Dengan nada “ajak-ajak ayam”, Shamsidar berkata…
“Mak, esok kami nak buat Open House, mak nak datang, datanglah, kalau tak nak datang pun tak apa”, kata Shamsidar pada Mak Tom.

Mendengar “ajak-ajak ayam” itu, Mak Tom (gambar di kanan) yang dikenali sebagai seorang ibu yang sangat sabar, tidak dapat lagi menahan rasa marahnya pada Shamsidar dan Azmin.
Beliau membalas pada Shmasidar…“Mak dah lama tahan sabar, kamu dan Azmin memang dah melampau sangat!
“Apa punya anak kamu ini? Sudah la balik raya tak beraya dan mintak maaf pun, balik maki hamun Mak lepas tu keluar! Kamu ingat Mak ni siapa? Kamu sanggup sepakat dengan Azmin buat macam tu kat Mak?
Masa ayah kamu sakit, beratus ribu kamu habiskan untuk bayar duit hospital, tapi untuk Mak harga sebiji panadol pun kamu tak pernah bayar.
“Lepas tu, kamu sanggup buat fitnah pada adik beradik ipar kamu, kamu dan Azmin sama saja! Macam-macam kamu kata kat adik beradik sendiri..sundal la, itu la, ini la…kamu tu yang sundal sebenarnya, satu Malaysia dah tahu cerita kamu menyundal dengan Nuar Berahim”, sembur Mak Tom pada Shamsidar.
Shamsidar cuba mempertahankan diri…
“Sampai hati mak tuduh macam tu…”, kata Shamsidar pada Mak Tom.
Jawapan itu membuatkan Mak Tom bertambah naik angin. Ibu tua itu semakin berang…
“Kamu sanggup bersumpah laknat? Mak cabar kamu..! Kamu datang rumah ni junjung Al-Quran dan bersumpah laknat depan Mak..bersumpah dengan nama Allah..kamu berani?!!!”, marah Mak Tom pada isteri Azmin lagi.

Sememangnya, sejak Shamsidar dituduh mengadakan hubungan sulit dengan Anwar (Gambar kedua-dua mereka sebelah kiri), Shamsidar tidak pernah bersumpah tidak melakukannya, apatah lagi bersumpah laknat.
Kecurangan Shamsidar yang disaksikan sendiri oleh mata kepala adik beradik Azmin tentunya sudah diceritakan pada Mak Tom…
Macamana Shamsidar?
Ibu mertua sudah cabar untuk bersumpah laknat. Berani bersumpah ke? Kalau Shamsidar curang, saya nasihatkan tak payah lah bersumpah laknat, celaka pula menimpa nanti.
Sebaiknya, bertaubat nasuha sahaja di depan Mak Tom. Itu pun kalau bertuah, tidak akan diceraikan Azmin…
Petikan dari PerakToday sini