Greetings

Sunday, July 31, 2011

Siapa dalam Pakatan naikkan Ku Li?

|11 comments

Pelawaan parti pembangkang supaya Tengku Razaleigh Hamzah dilantik menggantikan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang bukan saja mengejutkan Anwar sendiri malah ia telah membuatkan dia berang dan tersinggung.

Berikutan itu, Anwar yang berdepan isu video seks dan kes liwat, dilaporkan sedang berusaha mengesan dan menjejaki pemimpin PAS serta DAP yang bertanggungjawab membuat pelawaan itu tanpa merujuk kepadanya.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Parti Kesejahteraan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim yang mendakwa menerima maklumat mengenai maklum balas Anwar itu daripada rakannya di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

“Petang tadi kira-kira jam 4 petang, saya menerima maklumat daripada PKR Selangor mengatakan Anwar terkejut, kecil hati dan marah dengan pelawaan itu. Beliau kini sedang mengesan siapa pemimpin (PAS dan DAP) itu,” katanya.

Beliau mengulas pendedahan Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim kelmarin yang parti pembang-kang didakwa mempelawa Ku Li untuk dilantik sebagai ketua pembangkang bagi menggantikan Anwar.

MPP

Hahaha ... biar kami dedahkan.

Dari PKR, kami tahu adalah Loh Gwo Burne, Nurul Izzah dan Zaid Ibrahim (semasa dalam PKR),
Orang PAS yang terlibat adalah Khalid Samad, Dr Hatta, dll Orang DAP yang terlibat adalah Lim Guan Eng.

Namun begitu, nak kata Anwar tak tahu pun tak betul. Ada mesyuarat pernah diadakan di rumah Ku Li yang mana ada Anwar, Ku Li, Mahfuz, Khairy, Kamaluddin Abdullah dll.

Ramai lagi yang berpura-pura.

Mat Sabu bertakiyah bila ditanya tentang syiah

|2 comments

Syiah yang ada perancangan akan bertakiyah. Mereka akan berpura-pura dan berbohong dari memberitahu akan perjalanan syiahnya. Dalam negara sunnah wal jamaah yang mereka benci, hina dan musuhi, tentu Mat Sabu tidak akan dedahkan dia membenci sunnah wal jamaah dan mengaku dirinya menmgikut syiah.

Harakah menemuramah Mat Sabu sini. Salah satu soalan adalah mengenai penglibatannya dalam syiah. Perhatikan jawapannya yang mengelak dari menjawab tujuan soalan untuk dia mengaku atau menafi dia pengikut syiah.

7. Di samping sokongan dan harapan tinggi ahli parti dan rakyat terhadap saudara, terdapat juga suara-suara sumbang yang mengaitkan saudara dengan mazhab Syiah ....

Saya kebetulan membesar dalam perjuangan, menyertai PAS pada 1978 dan tahun 1979 berlaku revolusi Islam Iran. Perkembangan dan kebangkitan di sana menjadi tumpuan ramai. Kemudian kemunculan gerakan Islam seperti Hizbullah, yang juga dipimpin seorang ulama yang memakai serban.

Kita ambil contoh Imam Khomeini. Macam mana seorang ulama yang menggerakkan rakyat sehingga boleh buat revolusi. Isu apa yang dipakai? Mereka tidak sebut pertentangan kelas. Tetapi beliau mengemukakan isu Mustakbirin dan Mustad'afin, iaitu yang menindas dan yang kena tindas, 'oppressed and oppressors'.

Bagaimana Khomeini berjaya meletakkan semua golongan dibawahnya. Sama ada sosialis, komunis, liberal dan sebagainya berketuakan dia. Yang ini kita perlu belajar, bukan soal mazhabnya.

Saya juga menghormati, bahkan dalam ucapan-ucapan saya tidak lekang menyebut Imam Hassan Al-Banna. Dia seorang guru agama biasa tetapi dia berdakwah dan berjaya masuk sampai ke bar dan kelab malam. Bagaimana dia boleh memimpin semua peringkat, sehingga intelektual universiti, profesor juga ada di bawah naungannya. Pemimpin macam ini saya amat hormat.

Begitu juga dengan Hizbullah. Di Beirut, yang digelar 'Paris of the East', tempat tarian gelek, tarian separuh bogel, minum arak, pakai bikini, tiba-tiba di tengah kota ini muncul satu badan yang begitu disiplin dan begitu menitikberatkan hal kebajikan. Serta boleh mengumpul anak muda dan bagaimana mereka dilatih sehingga sanggup korbankan nyawa harta benda untuk melawan dengan Israel.

Kemudian, dari sudut politik, mereka boleh menarik golongan kristian Michael Aoun yang bersenjata dan kumpulan sekular yang lain berada di bawah naungan Hizbullah. Ini taktik dan strategi politik. Inilah yang saya kagum dan mahu belajar daripada mereka.

Begitu juga Sheikh Ahmad Yasin yang berjuang daripada muda sehinggalah beliau berkerusi roda terus berjihad. Sesetengah kita bila masuk umur tua sedikit cepat-cepat menyerahkan kepada orang muda, "biar kami tua-tua ni duduk di belakang". Tetapi Sheikh Ahmad Yasin ini menyemarakkan semangat jihad sehingga melahirkan Hamas.

Jadi contoh-contoh inilah yang saya kagum. Kadang-kadang saya tidak tahu pun latar belakang soal anutan mazhab mereka, tetapi saya melihat dari sudut ilmu bagaimana mereka mengorak langkah dan memimpin. Dan dalam dunia moden ini, bagaimana ulama ini boleh diterima umum.

Kita ambil contoh macam Hassan Nasrullah. Penyanyi, ahli sukan, artis, semuanya boleh menerimanya. Kita kena lihat di mana kekuatan mereka. Begitu juga dengan dunia intelektual. Saya minat pandangan Dr Kalim Siddiqui, ahli sains sosial daripada England yang meninggal dunia di Afrika Selatan.

Saya mengingati juga Dr Ali Shariati tanpa mengetahui apa mazhab dia. Beliau membuat kupasan yang menarik terhadap sejarah, haji, firaun, kerajaan Mongul yang jatuh di India. Saya minat membaca pemikiran seperti ini. Begitulah juga dengan Dr Fathi Yakan yang membicarakan langkah awal perjuangan Islam.

Bagi saya bukan melihat pemahaman, anutan dan sebagainya. Dan kadang-kadang saya tidak tahu apa pegangan dan anutan mereka tetapi saya melihat dari sudut kepimpinan.

Begitu juga di tengah-tengah kelemahan orang Islam yang tidak yakin langsung tentang nilai jati diri sehingga orang berkata "macam mana hendak merdeka, orang Melayu, jarum pun tidak boleh buat, sedangkan British ada kapal perang".

Di sini pula muncul Jamaluddin Afghani yang memberi nafas baru kepada orang Islam untuk yakin kepada kekuatan diri menuntut kemerdekaan: "Kamu boleh mencapai kemerdekaan sendiri, kalau bersedia untuk berjuang".

Inilah sikap saya dalam hal merujuk kepada pejuang-pejuang, yang tidak langsung melihatnya dari sudut latar belakang mazhab mereka.
Baca analisa Pena Miang sini.

Nampak sangat Mat Sabu bertakiyah dan tidak berterus terang menjawab desas desus yang beliau sendiri seda.

Sham Rais, Hanipa Maidin dan pelacur

|7 comments


Lihat pengakuan Hishamuddin Rais di 4:30.

Adakah ini tarikan anak muda sekarang kepada Tukar Tiub? Takpalah dengan Sham Rais. Dah tentu orang kaki hisab ganja.

Yang Hanipa Maidin loyar PAS cakap macam penagih dadah ni, apa cerita?

Hairan sekali macam mana dia boleh kenali pelacur-pelacur? Selalu lalu Jalan Raja Laut dan Jalan Tunku Abdul Rahaman yang sebelah CHow Kit tu, dah pakarlah orang PAS ni.


Usahlah hina pelacur yang tak buat dosa pada kamu.

Razak dan Perimeker tidak diberi komisyen

|3 comments

Kementerian Pertahanan hari ini ingin memberi penjelasan berhubung kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu tentang perolehan pesawat Sukhoi SU30MKM dan kapal selam Scorpene oleh Angkatan Tentera Malaysia.

Kementerian Pertahanan mendapati bahawa kenyataan-kenyataan yang dibuat terutama oleh parti-parti politik tertentu mengenai perolehan kelengkapan tersebut sejak akhir-akhir ini telah menimbulkan banyak kekeliruan dan salah faham di dalam masyarakat.

Selain itu, ia juga menimbulkan persepsi negatif dan prasangka bahawa perolehan kelengkapan untuk keperluan Angkatan Tentera Malaysia telah dilaksanakan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan, tidak telus dan membazir.

Di sini, pihak Kementerian ingin memaklumkan bahawa semua rundingan perolehan adalah dijalankan mengikut Tatacara Perlaksanaan Kontrak-Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara oleh pegawai-pegawai kerajaan. Ia melibatkan pelbagai peringkat kelulusan termasuk Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Rundingan Harga setelah penilaian-penilaian yang teliti dibuat demi memastikan perolehan tersebut menepati keperluan Angkatan Tentera Malaysia.

Selain itu, rujukan juga dibuat kepada pihak Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan kelulusan ke atas klausa-klausa kontrak tersebut. Semua terma-terma dan kelulusan untuk rundingan terus dikemukakan kepada Kementerian Kewangan dan kontrak hanya akan ditandatangani selepas kelulusan Kementerian Kewangan diperolehi.

Berhubung dengan perolehan kapal selam Scorpene, Kementerian Pertahanan ingin menegaskan bahawa dakwaan kononnya kerajaan telah membayar komisen sebanyak RM540 juta kepada Encik Abd Razak Baginda merupakan satu tuduhan yang tidak berasas sama sekali.

Kementerian juga ingin menegaskan bahawa dalam soal perolehan kapal selam Scorpene, TIDAK ADA sebarang komisen yang dibayar kepada syarikat Perimekar Sdn. Bhd. seperti yang didakwa. Ini kerana perolehan kapal selam telah dibuat secara rundingan terus – selaras dengan tatacara perolehan kerajaan – dengan syarikat pembuat iaitu ARMARIS (Perancis) dan NAVANTIA (Sepanyol) yang telah mendapat persetujuan kerajaan masing-masing.

Sebaliknya, syarikat Perimekar Sdn. Bhd. yang didakwa menerima komisen, sebenarnya diberikan kontrak menyediakan perkhidmatan sokongan dan koordinasi untuk tempoh selama enam tahun. Nilai kontrak tersebut adalah sebanyak EURO 114.96 juta, yang dibayar secara berperingkat-peringkat mengikut kemajuan pelaksanaan projek.

Perimekar Sdn Bhd dimiliki bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad dan K.S.Ombak Laut Sdn. Bhd.

Skop kerja perkhidmatan sokongan adalah seperti berikut:
1. Menyediakan kemudahan kediaman beserta kelengkapan untuk tim projek bagi 27 keluarga di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh enam tahun.

2. Menyediakan pejabat urusan dan kediaman beserta kelengkapan bagi krew kapal selam TLDM seramai 156 orang untuk tempoh empat tahun di Perancis dan Sepanyol.

3. Menyediakan insurans kesihatan bagi anggota serta keluarga tim projek dan krew kapal selam di Perancis dan Sepanyol

4. Membayar elaun harian dan elaun krew kapal selam sebanyak EURO 50 sehari seorang untuk tiga tahun pertama dan EURO 60 sehari seorang untuk tiga tahun kedua.

5. Membiayai kos penerbangan pergi dan balik bagi setiap krew kapal selam untuk balik bercuti ke Malaysia pada setiap 4 bulan (tiga kali setahun).

6. Lain-lain keperluan tim projek dan krew kapal selam di Perancis dan Sepanyol
Perkhidmatan koordinasi pula melibatkan:

1. Bertanggungjawab memastikan penyertaan syarikat Malaysia dalam pembinaan dan membantu syarikat-syarikat Malaysia yang berpotensi untuk menyertai program off-set.

2. Membantu kontraktor utama dalam memberi maklumat tentang prosedur kerajaan berhubung perlaksanaan kontrak.

3. Menyelaras latihan krew kapal selam antara kontraktor dengan kerajaan.

4. Menyediakan laporan koordinasi setiap enam bulan.
Jumlah kontrak EURO 114.96 juta bukanlah merupakan keuntungan bersih milik syarikat Perimekar Sdn Bhd., sebaliknya jumlah ini adalah meliputi segala pembayaran kos langsung bagi skop perkhidmatan sokongan dan tanggungan ke atas kos tidak langsung bagi perkhidmatan koordinasi seperti yang ditetapkan dalam kontrak tersebut.

Kementerian Pertahanan membuat keputusan untuk melantik sebuah syarikat tempatan bagi menyediakan perkhidmatan sokongan dan koordinasi kerana kaedah tersebut dianggap lebih sesuai dan berkesan. Ia juga bagi tujuan melicinkan kerja-kerja Tim Projek membuat pemantauan ke atas pembinaan dan latihan krew kapal selam di Perancis dan Sepanyol.

Selain itu, segala perbelanjaan untuk projek kapal selam ini dapat dikawal dan dijadualkan manakala perbelanjaan di luar jangka (cost over-run) dapat dielakkan memandangkan pelaksanaan projek perolehan kapal selam memakan tempoh masa yang panjang iaitu selama enam tahun serta melibatkan bilangan anggota yang ramai.

Berdasarkan kepada keperluan tersebut, maka syarikat Perimekar Sdn. Bhd. telah dilantik untuk menyediakan perkhidmatan yang diperlukan mengikut skop kerja yang ditetapkan.

Tentang perolehan pesawat Sukhoi SU30MKM pula, Kementerian Pertahanan ingin menyatakan bahawa perolehan adalah dibuat secara rundingan terus dengan Rosoboronexport, syarikat milik negara Russia.

Rundingan terus ini adalah selari dengan dasar negara Rusia dan negara-negara lain yang mempunyai polisi bagi mengawasi penjualan peralatan ketenteraan keluaran syarikat negara masing-masing agar tidak terlepas kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Berdasarkan senario tersebut, semua kontrak-kontrak perolehan peralatan pertahanan ditandatangani oleh wakil Kementerian Pertahanan bagi pihak Kerajaan Malaysia dengan syarikat-syarikat Principal negara asing, termasuk dalam soal pembelian pesawat Sukhoi. Perolehan pesawat ini juga mematuhi Tatacara Perlaksanaan Kontrak-Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara.

Dalam soal pembelian pesawat Sukhoi, syarikat Rosboronexport telah melantik sebuah syarikat tempatan untuk memudahkan urusan mereka di negara ini. Justeru, Kementerian ingin menegaskan bahawa sebarang urusan perniagaan antara Rosboronexport dan syarikat tempatan yang dilantik adalah merupakan urusan perniagaan biasa semata-mata dan sama sekali tidak melibatkan Kerajaan Malaysia.

Dengan penjelasan ini, maka Kementerian Pertahanan berharap agar semua pihak memahami keadaan sebenar dan tidak lagi mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengelirukan dan boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Malaysia.

Cawangan Perhubungan Awam
Kementerian Pertahanan Malaysia
Kuala Lumpur

Saturday, July 30, 2011

Kasi cadangan kemaskini senarai undi

|9 comments
Perisik Rakyat sini komplen mengenai rumah berikut ada 60 orang pengundi:
Rumah beralamat No 1138, Kampung Bagan Serai, Permatang Pauh mungkin tak sehebat Kediaman Rasmi Perdana Menteri. Sekadar rumah kampung biasa bagi golongan sederhana di sebuah Kampung di Pinggir Bandar.


Keistimewaan rumah kayu kecil ini cuma nampak setiap kali datangnya Pilihanraya Kecil atau Pilihanraya Umum dan sebab utamanya ialah:




.
.
.
Semak sepenuhnya di Perisai Rakyat


Azmin pun turut komplen mengenai ada beberapa orang Cina yang mengguna alamat rumahnya di Ulu Klang dan menuduh ianya sebagai kesalahan SPR.


Malang buat Azmin, didedahkan kelima pengundi Cina dan seorang pengundi Melayu pohon daftar dari tahun 1990/94 semasa Azmin bekerja dengan anwar dalam kerajaan BN.

Kenapa sekarang baru Azmin bising pasal 6 nama yang guna alamat rumah ibunya?

Kenapa rumah di Permatang Pauh itu dikomplen tidak diketahui tapi mungkin mereka dahulu ramai sokong anwar tapi sudah tidak lagi sokong.

------------------------------

Untuk nak bersihkan senarai pengundi, kuasa memindah dan membuang satu nama dari senarai adalah terletak bawah kuasa pengundi yang bernama sedemikian. SPR tidak boleh lakukan sewenang-wenang.

Bagaimana SPR boleh pindahkan nama yang dikatakan tanpa kuasa?

Satu isu utama adalah senarai sentiasa berubah disebabkan mati dan pendaftaran pengundi baru. Perkara ini adalah sesuatu yang berterusan diuruskan.

Masaalah besar adalah kebanyakkan orang mengundi ditempat lain dan alamat rumah ditempat lain.

Mengikut peraturan baru yang telah digazetkan pada tahun 2002 atau 2005, seseorang tidak boleh lagi mendaftar undi di tempat lain dari alamat rumah. Jadi isu main guna alamat rumah orang tidak timbul atau berkurangan.

Setiap mereka sepatutnya pindahkan tempat mengundi setiap kali pindah rumah, tetapi tidak dilakukan.

Jadi peraturan ini hanya sesuai untuk pendaftaran mengundi tetapi bukan untuk mewajibkan perpindahan alamat.

Maka fenomona satu rumah ada 16 penundi PAS di Penanti akan terus berulang. Begitu juga rumah Azmin akan terus ada 5 pengudni Cina dan 1 pengundi Melayu yang tidak dikenali. Rumah kampung di Permatang Pauh akan kekal dengan 30 orang.

Selagi mereka tak pindahkan sendiri, tidaklah dapat diperbetulkan senarai.

Bersih mahu supaya mereka yang berada di luar negara diberi peluang untuk mengundi. Bagaimana nak dilakukan jika Bersih tuntut dikemaskini senarai pengundi? Mereka yang diluar negara beralamat di luar negara dan tiada tempat untuk mengundi.

Nampak sah. Bersih tidak tahu apa yang mereka tuntut hingga tuntutan mereka bercanggah antara satu sama lain.

Mitos Tung Shin Warrior dan Doktor Swasta sokong Dr Jeya

|12 comments

Syed Akhbar Ali, blogger Outsyed the Box telah membongkar rahsia demi rahsia disebalik apa saja 'berita luar biasa' BERSIH.

Terbaru, dengan panjang lebar dan fakta yang tepat, kajian yang mendalam beliau membongkar siapa sebenarnya 11 doktor yang kononnya menjadi saksi polis melepaskan gas pemedih mata ke hospital Tung Shing.

Dengan sinis beliau memanggil mereka 'Tung Shing Warriors'.

Pertama beliau membongkar, tidak semua dari 11 doktor benar-benar ada ditempat kejadian ketika kejadian berlaku.Kedua, beliau membongkar, 11 doktor berkenaan bukan pekerja sepenuh masa hospital Tung Shing. Lebih hebat lagi, beliau mengeluarkan nama siapa sebelas orang doktor berkenaan.

Pembohongan dan spin yang melampau dari pembangkang tidak menamakan 11 orang berkenaan. Tapi blogger Outsyed the Box tidak cakap kosong. Beliau membawa bukti. Ini nama 11 Doktor tersebut:

1. Dr Mazeni Alwi - Consultant Paediatric Cardiologist
2. Dr Sheikh Johari Bux - Consultant O & G
3. Dr Jeffrey Abu Hassan. - Consultant Chest Physician
4. Datuk Dr Musa Mohd Nordin - Consultant Paediatrician & Neonatologist
5. Dr David Quek - Consult Cardiologist (MMA past president).
6. Dr Mary Cardosa - Consult Anaesthesiologist (MMA president)
7. Dr Ng Kwee Boon - Consultant O & G
8. Datin Dr Low Paik See - Consultant Paediatrician
9. Dr Steve Wong - Consultant Plastic Surgeon
10. Dr Ahmad Farouk Musa - Consultant Cardio Thoracic Surgeon
11. Dr Ng Swee Choon - Consultant Cardiologist
Enam dari 11 nama di atas merupakan penyokong BERSIH.

Pada 24 Jun 2011, sebelum 9 Julai, Dr. Mazeni Alwi, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Jeffrey Abu Hasan dan Dr Musa Nordin membuat kenyataan menyokong BERSIH. Pembaca boleh baca kenyataan mereka dalam blog Outsyed the Box sini.

Sementara Dr David Quek pula telah menulis ke beberapa portal, dan kepada ahli MMA(Persatuan Pengamal Perubatan) untuk menyokong BERSIH, malah memulakan revolusi!

Seterusnya Dr Mary Cordosa adalah aktivis yang menyokong BERSIH dan anti-Lynas. Ini menunjukkan secara politiknya, enam doktor berkenaan merupakan penyokong kuat BERSIH. Kenyataan mereka sangat meragukan kerana bias.

Dipetik dari Sri Tribuana sini


Disamping itu, akhbar pembangkang memainkan tajuk berita kata 5,000 doktor swasta sokong dilepaskan tahanan Dr Jeyakumar.

Rupanya bukanlah 5,000 doktor tetapi Persektuan Pengamal Perubatan Swasta yang ada 5,000 ahli yang bersuara.

Cakaplah Jawatankuasa Persekutuan Pengamal Perubatan Swasta yang sokong dilepaskan.

Tak hairan kalau hanya beberapa orang saja dalam jawatankausa yang memegang jawatan utama buat keputusan mewakili Persekutuan tetapi tak dapat ensorsement Jawatankausa atau Mesyarat Agung.

Sejak bila persatuan profesyenal mula nak main politik. Ini mesti terikut Bar Council.

Harris Ibrahim admit Tian Chua charge police

|6 comments


Blogger: MP ran at cops

The Star Online, Saturday July 30, 2011

PETALING JAYA: The video showing Batu MP Tian Chua charging at a police line has got PKR scrambling to explain their vice-president's action even as the matter became a major talking point in cyberspace.

A committee member of Bersih 2.0, Haris Ibrahim, who is also Malaysian Civil Liberties Movement president, posted the video on his blog, The People's Parliament, and demanded an explanation from Tian Chua.

In his postings on Thursday, Tian Chua Have You Been A Bad Boy? and Confirmed Tian Chua Was A Bad Boy, were accompanied by raw footage of the incident.

The posts drew a host of comments from netizens, including some who demanded an apology from the MP for tarnishing the Bersih 2.0 rally.

The clip showed Tian Chua counting satu, dua, tiga (one, two, three) before rushing towards riot police with several others in tow.


His fellow vice-presidents, R. Sivarasa and N. Surendran, held a press conference yesterday in an attempt to explain Tian Chua's actions, claiming the MP never charged at the police line.

Surendran said police had boxed in protesters in the narrow underpass and acted excessively without giving time for protesters to disperse and Tian Chua could have come to his own decision to move towards the police line as there was nowhere else to escape once police action commenced.

Sivarasa, who is also Subang MP, claimed that the footage was released by the police and was a distortion of facts.

“The issue had been picked up by some bloggers who may have completely misunderstood or been misled over the footage,” he said.

In his explanation posted on The People's Parliament, Tian Chua denied he had charged at the police as insinuated by the mainstream media.

“Anybody in those circumstances could notice the danger of staying in the enclosure once the police fired tear gas. The video footage only showed a few people rushing towards the open air,” he said.

Haris pointed out the footage that he posted were not from the police but were recorded by an eye-witness.

The police had also released video clips, which were also aired on RTM, to answer allegations made by those who participated in the rally but none of them addressed the Tian Chua issue.

Video sahkan Fereez Kamal serbu PM

|14 comments
Fareez Kamal, pembantu Zuraida Kamaruddin cuba beri alasan atas sikapnya dengan mendesak polis "Apa kesalahannya?" dan konon "haknya untuk bertemu PM".

Menurut MIM, isu ini adalah isu segerombolan manusia berpakaian kuning cuba menyerbu Perdana Menteri di tempat khalayak ramai tanpa protokol dan mencurigakan.


Di dalam hanya beberapa saat itu, motif menyerbu tidak penting.

Keselamatan pemimpin nombor satu negara adalah yang paling utama dan pihak polis telah bertindak cekap selaras dengan SOP mereka menjaga Perdana Menteri kita.

Di bawah adalah foto-foto yang menunjukkan seorang lelaki gemuk menerpa dan menyerbu ke arah Perdana Menteri walau pun sudah ditahan lebih awal oleh bodyguard.

Perlu diingat, kejadian ini berlaku di dalam beberapa saat sahaja!


Apabila Perdana Menteri sedang melalui sebarisan pelajar dan orang ramai, seorang lelaki gemuk memakai baju kuning tiba-tiba menerpa ke depan dengan sangat mencurigakan.




Lelaki itu lebih dicurigakan apabila beliau cuba melawan pegawai-pegawai yang berada di tepi Perdana Menteri. Stupidity of this fat yellow t'shirt man.








Jika kita perhalusi video, kita sangat pasti bahawa si lelaki gemuk berpakaian kuning itu dengan sengaja menerpa dan menyerbu Perdana Menteri, satu tindakan bodoh oleh lelaki tersebut.

The Unspinners bersama dengan MiM sangat bersetuju dengan tindakan bodyguard dan pihak polis yang berada di situ. Tindakan pantas mereka itu dipuji dan sangat profesional.

Tahniah!

How Anwar sustain injury but blame Najib and Government

|4 comments

The wimp Anwar was pushed by his own Bersih demonstrators and fell

Minutes 0.12 -0.14: Anwar, Fayyadh and PAS President Hadi Awang in the group at KL Sentral.

Initially, despite the congestion and hounding by the press corps, the procession looked calm and smooth.


Minute 0.16: The situation became tense when participants began to push and shove. Raucous noise and screams were heard from the crowd.

Anwar was squeezed by the crowd on all sides, while members of the press were advancing to get better visual angles.

Minute 0.17: In the confusion, Ibrahim Yaakub, who was separated from Anwar turned around to look for his boss.

At that moment, Fayyadh who was always by Anwar’s side was left behind, while the rest of the procession was moving forward.

Minute 0.19-0.24: Ibrahim Yaakub suddenly rushed to the rear when he realised that his boss was being badly squeezed by the crowd.

Fayyadh failed to guard Anwar, and both fell after being pushed by the BERSIH demonstrators.

Despite attempts by Ibrahim Yaakub to save his boss, Anwar still fell. Both of them fell on the road.

During the confusion when Anwar and Fayyadh fell, there were no police officers, FRU personnel or sniper squad as alleged earlier by Fayyadh. (Click here).

Anwar and Fayyadh fell because of the shoving and pushing by the demonstrators. This was made worse by the columns of advancing press corps wanting to get the best possible coverage of the fiasco.






Minute 0.28-0.33: Ibrahim Yaakub turned around in an attempt to get help for Anwar from the other participants.

One man in yellow T-shirt rushed to the rear, presumably to assist Anwar.

Meanwhile, those at the front continued to forge ahead, with the press in tow, while Anwar, Fayyadh and Ibrahim were left behind.




Minute 0.44-0.52: Anwar, propped by Fayyadh and Ibrahim being taken away from the crowd via a narrow escalator and stairs. They were heading to the KL Sentral underpass to reach the Hilton.

Following them was PKR Vice President N.Surendran.

Anwar looked relieved having escaped the shoving crowd. He was given medication before proceeding to the KL Sentral underpass.

There was a wound on the cheek of his bodyguard, Fayyadh, while some stains were evident on the back shoulder of Anwar’s white shirt.




Minute 1.03 onwards: Anwar looked happy and continued with diatribes against the government. He became even more excited when realising that the Reuters broadcast journalist was recording him. From then on he played his part to the hilt all the way through the KL Sentral underpass and the Hilton Hotel.



Extract from AIDC here

Kisah bot emas: Satu lagi penipuan yang dicanang RPK

|4 comments

Takut Raja Petra nak terima cabaran kami untuk tuduh Rosmah. Bukan saja dia salah dalam menuduh Rosmah dengan memberi link tapi dia turut salah untuk beri link kepada cerita di atas.

Sekali lagi, dia didapati cuba memfitnah. Tak takutkah dia kepada azab neraka di akhirat kelak? Atau ugama Islam versinya tiada perlu percaya pada hari akhirat? Maklumlah dia pernah menuduh Nabi Muhammad sebagai caravan robber.

Hehehe ... pasti dia akan kata saya sebut penulis si polan. Bukan saya. Orang PKR dan MCLM bolehlah anda bohongkan.

Nampaknya kisah bot RPK yang dipetik dari Sarawak Report salah lagi:

Thursday July 28, 2011

Golden yacht a hoax, says firm


PETALING JAYA: Italian yacht builder Baia has claimed that the RM14.5bil golden yacht purportedly bought by a leading Malaysian businessman was fake, and photographs of it were digitally manipulated.

Baia sales manager Mario Boselli said there was no golden boat and the story was made up by a British designer.

“We only have normal boats here, not golden boats. It is a stupid story and has nothing to do with us. They took photographs from our website without permission,” he said in a telephone interview yesterday.

British boating magazine Motorboat & Yachting published an article on its website in which Borselli said the yacht was fake.

The real deal: A picture of the Baia One Hundred taken from the builder’s website and (inset) the doctored photo of the yacht.

He said he would be writing to the British designer to remove the photographs from his website but would not be taking legal action.

Photographs of Baia's One Hundred model were purportedly used for the story published in British daily The Sun about a 31m yacht called the History Supreme.

The report claimed the yacht was coated with 100 tonnes of precious metals and gemstones, making waves in Malaysia with many speculating on who the owner could be.

In the story, British jeweller Stuart Hughes was named as the person who designed the yacht.

Attempts to contact Hughes by telephone were unsuccessful.


Orang tak guna otak saja yang tidak boleh fikir betapa bodoh emas begitu banyak diguna untuk bot. Nak tenggelam atau nak apungkan bot?

Dipercayai pembeli bot itu adalah Robert Kuok. Bukankah dia tu kawab baik Anwar untuk bantu sabotaj harga gula dan tepung?

Friday, July 29, 2011

DAP perlu BERSIHkan diri dulu dari dosa bunuh TBH

|6 comments

Rakan Beng Hock dakwa DAP bertanggungjawab

KUALA LUMPUR 28 Julai - Sekumpulan rakan mendiang Teoh Beng Hock mendakwa DAP turut bertanggungjawab atas kematian Setiausaha Politik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah itu.

Jurucakap kumpulan itu, Allan Liew Sin Kim berkata, Beng Hock sebagai ahli DAP terbeban untuk menguruskan dana bagi lebih 200 projek berkaitan parti itu di Selangor yang jelas melampaui kemampuannya sebagai seorang setiausaha politik.

Malah katanya, tiada seorang pun pemimpin DAP yang hadir untuk membantah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Beng Hock yang berlanjutan selama 12 jam sebelum mendiang ditemui mati.

"Bolehkah setiausaha politik uruskan 200 projek dan aliran keluar masuk wang? Sebagai manusia biasa, sudah tentu mendiang tidak dapat mengatasi tekanan itu yang dipercayai menjadi punca kematiannya.

"Beng Hock sepatutnya tidak terlibat menguruskan projek itu dan Ean Yong tidak patut mengarahkan mendiang untuk menguruskan perkara yang melampaui kemampuannya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sidang akhbar itu turut dihadiri lima lagi rakan Beng Hock yang berbaju kuning dengan mendakwa pemakaian baju itu sebagai usaha membersihkan nama mendiang.

Allan pada masa sama mendesak Ean Yong supaya memohon maaf secara terbuka kepada ahli keluarga mendiang dan orang ramai kerana Exco Selangor itu telah membabitkan Beng Hock untuk menguruskan dana bagi projek di tiga kawasan di negeri itu.

Katanya, mereka percaya Beng Hock tidak bersalah dalam pengurusan peruntukan projek oleh DAP kerana mendiang hanya menjadi saksi bagi siasatan yang dilakukan oleh SPRM.

"Di mana Ean Yong ketika Beng Hock disiasat SPRM? Beliau seharusnya berusaha menyelamatkan mendiang dengan melakukan protes kerana mungkin dengan usaha itu sekurang-kurangnya mendiang masih hidup.

"Kami amat sedih kerana hanya selepas Beng Hock meninggal dunia, mereka (DAP) datang pasang lilin putih depan pejabat SPRM. Justeru, kita mahu Ean Yong beri penjelasan kepada masyarakat kerana tidak membantu mendiang pada ketika itu," katanya.

Allan juga berharap keluarga Beng Hock boleh menerima usaha mereka dan memikirkan secara di luar kotak punca kematian mendiang.

Katanya, kemunculan mereka selepas dua tahun kematian mendiang adalah kerana berasakan bukan masa yang sesuai bagi mereka membuat kenyataan sewaktu perbicaraan kes sedang berlangsung di mahkamah. - Utusan Malaysia

Tiada asas dakwa 3 pegawai siasatan SPRM

|11 comments
Komen Nazri untuk dakwa ketiga-tiga pegawai SPRM tidak betul kerana itu bukan kuasa Menteri tetapi kuasa Attorney General. Dalam perkhidmatan awam, mereka harus melalui proses mengenalpasti. Adakah mereka melanggar mana-mana SOP?

Suruhanjaya DiRaja tidak perlu persoal cara SPRM menjalankan soalsiasat kerana mereka tiada kepakaran.
The Star, Sunday July 24, 2011

Ex-ACA chief: No reason for Nazri’s ‘charge’ comment

PETALING JAYA: A former director of investigations of the then Anti-Corruption Agency (ACA) disagrees with Datuk Seri Nazri Aziz that the three Malaysian Anti-Corruption Commission officers be taken to court for their role over Teoh Beng Hock's death.

Abdul Razak Idris said it was not right for the Minister in the Prime Minister's Department to make statements which were demoralising to the MACC in its efforts to fight corruption.

“He should not have said that the officers should be charged.

“The decision to charge the officers is solely up to the Attorney-General,” he said.

“He should not have even used the word charge'. He should have just left it to the authorities to investigate the matter,” he said yesterday.

Abdul Razak said such statements made it seem as if the officers were scapegoats in the death of Teoh.

He stressed that it was not right to question the methods used by the commission as it had been proven successful in obtaining evidence from people “who would otherwise be a tough nut to crack”.

“When I was in the ACA, I was involved in the training of new investigators. We never taught our officers to manhandle anyone during questioning,” he said, adding that they adopted the style used by the Special Branch.
Akibat kenyataan Nazri, Koh Tsu Koon pun tumpang tuei nak cari populariti.

Apa yang Tuan Hj Abd Razak Idris nyatakan di STAR harus disokong dan difahami. Suruhanjaya Di Raja hanya menyatakan kemungkinan tetapi bukan kepastian.

Dalam siasatan TBH, tandatangan TBH didapati dalam lebih 80 pengesahan kerja yang dilakukan dan melibatkan jumlah lebih setengah juta. Media pro Cina hanya beri highlight kepada pembelian bendera RM2,400 sahaja.

Ini sebenarnya yang menjadikan TBH menggelabah dan bukan desakan pegawai2 SPRM.

Adakah si gadis misteri bini muda Ahmad Sarbaini?

|15 comments
Ahmad Sarbaini telah dijumpai mati selepas jam 9 pagi, 6hb April 2011.

Dikala orang tengah kecuh dan ada pihak lebih sibuk tuduh menuduh, The Unspinners terus kejar untuk dapatkan nombor handphone Ahmad Sarbaini dan terus segera dapat phone record terakhirnya dari kaki-kaki kami dalam telco.


Rekod panggilan telefon bimbit beliau menunjukkan bahawa sebelum beliau mati, Ahmad telah membuat lima panggilan kepada nombor telefon bimbit 01x - 7x5 - x451. Panggilan ini telah dibuat antara jam 2:22 pagi dan 3:01 pagi.

Rekod pangilan telefon Ahmad Sarbaini adalah seperti berikut

06/04/2011 3:01 N18056 01x - 7x5 - x451 RM3.50
06/04/2011 3:00 N18056 01x - 7x5 - x451 RM0.20
06/04/2011 2:47 N03353 01x - 7x5 - x451 RM1.90
06/04/2011 2:25 N15041 01x - 7x5 - x451 RM4.50
06/04/2011 2:22 N03353 01x - 7x5 - x451 RM0.40
Ahmad Sarbaini telah membuat panggilan telefon ini daripada telefon bimbitnya bernombor : 019-7192013. Cubalah kalau nak test.

Siapakah tuanpunya telefon bimbit 01x - 7x5 - x451 itu?

Tiga hari sebelum kematian beliau, pada 3hb April 2011, Ahmad Sarbaini telah memanggil nombor yang sama 01x - 7x5 - x451 sebanyak tiga kali pada 9:23 pm, 9:26 pm dan 11:33 pm.

Rekod panggilannya pada 3hb April, 2011 adalah seperti berikut :
03/04/2011 21:33 N18056 01x - 7x5 - x451 RM2.50
03/04/2011 21:26 N12583 01x - 7x5 - x451 RM1.40
03/04/2011 17:18 N03353 01x - 7x5 - x451 RM0.10


Nombor telefon itu di trace sebagai kepunyaan seorang wanita berumur 26 tahun yang tinggal di Kampong Serom 5 Hulu, Ledang, Johor.

Wanita muda itu (codename: Seri Linda) juga dipercayai pernah menginap untuk seketika di Kuala Lumpur, disebuah apartmen di Taman Pantai Indah, Fasa 1, Jalan 4/112F, 59200 Kuala Lumpur.

Seri Linda disyaki mempunyai hubungan dengan Ahmad Sarbaini tetapi hubungan macam mana.

Ibu dan bapa Seri Linda telah bercerai di mana bapa Seri Linda berpindah ke Klang manakala ibunya tinggal di Kampong Serom 5 Hulu, Ledang, Johor.

Pada 2010 bapa Seri Linda telah mengaturkan perkahwinannya dengan seorang lelaki. Perkahwinan itu telah diatur secara senyap dan hanya dihadiri beberapa ahli keluarga yang terdekat sahaja.

Pada masa itu Seri Linda berkerja di sekitar Klang dan juga Negeri Sembilan.

Siapakah lelaki tersebut? Mungkinkah suami dalam perkahwinan itu ialah Ahmad Sarbaini?

Walaupun telah berkahwin, Seri Linda tidak pernah dilihat oleh sesiapa pun sebagai berkehidupan sebagai sudah berumahtangga dan sebagai seorang isteri atau suri rumah.

Ditambah lagi, selepas berkahwin, Seri Linda telah balik menetap bersama ibunya di Kampong Serom 5 Hulu, Ledang, Johor. Yang menjadi lebih aneh lagi, Seri Linda juga mempunyai seorang teman lelaki yang menjadi peniaga pasar malam di sekitar kawasan Muar, Johor.

Susah sekali kami mahu percaya, kehidupan sedemikian hanya dialamai oleh wanita yang dikatakan sebagai 'bini sewa' atau kahwin mutaah. Ini hanya satu kebarangkalian yang agak susah mahu dipercayai memandangkan Ahmad Sarbaini ialah sebagai seorang yang dikenali sebagai 'Imam'.

Seri Linda sekarang membantu teman lelakinya berniaga di pasar malam. Seri Linda juga sering mengunjungi kelab karaoke di Muar bersama teman lelakinya.


Adakah mungkin Seri Linda biasa dengan kelab karaoke di Klang sebelum ini di mana dia telah mengenali Ahmad Sarbaini dan lapan pegawai Kastam dalam pasukannya?

Pelbagai kemungkinan kini timbul selagi tiada jawapan kepada kenapa Ahmad Srbaini perlu sekali menalipon wanita ini pada lewat pukul 2 ke 3 pagi sebelum hari kematiannya?

Apalah langsung RPK akan ambilkira maklumat sebegini yang penting dicari jawapan demi mendapatkan kebenaran?

Ahmad Sarbaini dan sindikit kereta curi

|16 comments

Pada pagi 6hb April 2011, Ahmad Sarbaini seorang pegawai Jabatan Kastam telah dijumpai mati di bahagian bumbung rendah bangunan SPRM setelah jatuh daripada tingkat atas bangunan itu.

Beberapa hari sebelum ini, Ahmad Sarbaini telah ditahan dalam satu operasi besar-besaran SPRM terhadap Kastam atas tuduhan rasuah. Dia merupakan salah satu daripada 64 orang pegawai Kastam yang telah di siasat kerana dipercayai terlibat dalam rasuah.

Ahmad Sarbaini memegang jawatan Penolong Pengarah Kastam, Gred 44 yang bertugas di Cawangan Impot Pelabuhan Utara, Pelabuhan Kelang. Beliau menjaga barangan impot dan juga kenderaan impot. Sebagai ketua, beliau mempunyai lapan pegawai lain dibawah kawalan beliau.

Imej Ahmad Sarbaini sebagai imam di kawasan rumahnya dan perwatakannya yang simple beserta kejadian kedua kematian saksi atau suspek bawah jagaan SPRM membuat ramai susah mahu memihak kepada SPRM.

Hakikatnya Ahmad Sarbaini dan lapan orang pegawai dibawahnya terlibat dalam kegiatan "mencuri" kereta curi dan kereta yang tidak ada permit AP.

Apabila pasukan Ahmad Sarbaini mengenalpasti kereta yang dibawa masuk secara haram, tanpa AP yang sah, oleh sindiket, mereka akan mengambil rasuah daripada sindiket sebagai ganjaran untuk melepaskan kereta itu.

Jika kereta itu dikenalpasti sebagai kereta curi pula, mereka akan seludup keluar kereta itu untuk dijual kepada sindiket lain. Ini adalah kerana tiada orang yang akan berani menuntut kereta curi.

Wang haram yang diperolehi daripada semua kegiatan haram ini akan diagihkan antara Ahmad Sarbaini, lapan pegawai Kastam dalam pasukan beliau dan juga pihak atasan Kastam mengikut bahagian yang telah ditetapkan.

Ahmad Sarbaini juga menerima arahan daripada pegawai atasan supaya tidak diambil tindakan terhadap kes tertentu yang melibatkan masalah dengan barangan impot.

Ahmad Sarbaini akan salurkan wang haram hasil kegiatan rasuah ini kepada beberapa tempat untuk disembunyikan, termasuk akaun adiknya yang tinggal di Seremban.

Lapan orang pegawai Kastam dibawah penyeliaan Ahmad Sarbaini diketahui orang sebagai 'kaki night club', kaki karaoke dan kaki betina.

Malahan pada malam 6hb April 2011, selepas Ahmad Sarbaini dijumpai mati pada pagi hari itu, lapan orang pegawai dalam pasukan Sarbaini bersama-sama disebuah kelab malam di Kuala Lumpur untuk berseronok.

Mereka merasa lega kerana mereka percaya dengan kematian Sarbaini, siasatan SPRM terhadap kegiatan haram mereka akan menjadi buntu.

Inilah antara kegiatan Ahmad Sarbaini, Pegawai Kastam Gred 44 dan lapan orang pegawai rendah dibawah kawalannya.

RPK's murder accident theory to create doubt and arouse sentiment

|7 comments

Raja Petra made certain claims of Sarbaini's death. We reproduced his chronology and description of without his embelishment:

Sheikh Niza brought Ahmad Sarbaini to KUS Mohd Fauzi's office, which was next door to the pantry. Here, he was verbally abused.

... they brought Ahmad Sarbaini to the pantry. ... for attempting to retract his ‘confession’, Mohd Fauzi ordered him to climb out of the window and forced him to stand on the ledge.

KUS Mohd Fauzi wanted Ahmad Sarbaini to ponder and reflect on his actions ...

Nervously, Ahmad Sarbaini climbed onto the windowsill as ordered by Mohd Fauzi who continued taunting and abusing him with insults. Sheikh Niza merely looked on. In that split second, Ahmad Sarbaini’s belt got stuck on the outer part of the window and he lost his balance and his life.

...Ahmad Sarbaini when he fell to his death onto the badminton court below.

.... KUS Mohd Fauzi called everyone into his room to brainstorm and to concoct the most plausible story. ... the best storyline was that Ahmad Sarbaini had committed suicide as he was depressed that his confession could not be retracted. The Director, Hj Mohd Yusof, was also brought into the loop and the approval from HQ sought.....

To ensure that there was no evidence as to what really happened, they erased the CCTV recordings. That was why the police audio-visual forensics analyst, ASP Fauziah Che Mat, told the Coroner that the CCTV recordings had been tampered with.
The main fault with RPK's story was that MACC had no problem with Ahmad Sarbaini wishing to change his statement.

It became a problem to Ahmad Sarbaini when MACC wanted to do on the spot verification for the changes. That made Ahmad Sarbaini panicked and attempted to run via the pantry but ... (see extract from The Star dated July 5th 2011):


Speaking to reporters after the hour-long site-visit, counsel for the family members, Awtar Singh said the group went to see the badminton court where the deceased's body was found, the pantry, the room in which Ahmad Sarbani was interrogated and the surau.

He said he also did a "demonstration", where he tried putting his leg over the pantry window sill without leaning on the nearby sink.

"It was not easy," he said.

MACC lawyer Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah also spoke to reporters, saying the site-visit was significant as the inquest had previously only been able to rely on photographs, which did not give a "3D idea of how things happened".

"What everybody agreed though, is that from the pantry window, the roof to the left looks so near that you think you can jump on to it. But it's an optical illusion.

"The roof is about 3m (10ft) away, but you'll only realise this when you're already out of the window, by which time it might already be too late," Muhammad Shafee said.

He added that the inquest also went into the CCTV room, which showed all the CCTVs working.
Extract of The Malaysian Insider reporting Shafeee Adbullah below:
Tegas beliau, adalah mustahil untuk Sarbaini keluar dan berdiri di atas tingkap bilik pantri seperti mana yang didakwa Raja Petra.

“Tiada sesiapa boleh bertenggek atas tingkap atau berdiri, yang boleh hanya berdiri di luar tingkap dan ia kita dah tunjukkan (dalam lakon semula kejadian).

“Kalau Raja Petra boleh, saya minta dia buat (berdiri atas tingkap),” katanya.
Being abroad in London, RPK does not know what is happening here in Malaysia. HE does not have the benefit of getting information direct from sources.

He can only embellish a story but he has no way to check if it is realistic. As expected, Ahmad Sarbaini's family reaction to demand investigation to RPK's version is only natural.

RPK is only interested to instill doubts and douse public anger arouse on the various authorities and public institution.
fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)