
Perbicaraan liwat kes Datuk Seri Anwar menjadi semakin hangat dan menarik. Selepas pakar DNA memberi keterangan, kini masuk ke fasa seterusnya iaitu Forensik.
Forensik pula dimulakan di bukti CCTV, dimana rakaman CCTV di kondo Desa Damansara pada hari kejadian di siarkan semula di Mahkamah.
Kalau anda semua ingat dahulu, masa awal-awal kes tahun 2008, Anwar naik mengelabah apabila Saiful membuat laporan polis bahawa beliau telah diliwat.
Macam-macam yang beliau melatah, cuba spin dan menipu. Tak kurang juga dengan Isterinya Wan Azizah dan Anak perempuannya Nurul Izzah. Ingat lagi video ini?:
Wartawan: Datin Seri, anda tahu secara sah dimana suami anda berada pada ketika itu (petang, 26 Jun 08)?Pada awalnya, ramai yang percaya bahawa Anwar mempunyai Alibi yang menjadi saksi bahawa Anwar bermesyuarat bersama mereka semasa hari kejadian. Memang itu yang mereka dok hebohkan.
Datin Seri: Dia ada mesyuarat.. errrrr
Izzah(mencelah): Dia bersama kami. Sila tanya soalan lain.
(Ternyata sekarang sah-sah Anwar tidak bersama mereka. Izzah KANTOI MENIPU!)
Ya, memang benar mereka bermesyuarat dengan Anwar, tapi persoalannya, mereka balik pukul berapa? Kejadian yang di dakwa berlaku jam berapa?
Mengikut pertuduhan, kejadian berlaku pada jam 3.05pm hingga 4.30pm.
Jika di imbas kembali imej CCTV dan keterangan Forensik ASP Fuziah dan ACP Fadzil, kereta2 milik individu2 yang bermesyuarat dengan anwar semuanya pulang(dilihat keluar dari pagar pengawal keselamatan) pada jam lebih kurang 2.30pm-2.45pm.
Bermakna, mereka semua sudah pulang semasa kejadian itu didakwa berlaku. Persoalannya, bagaimana mereka boleh dijadikan saksi/alibi Anwar sedangkan mereka semua sudah pulang?
Jawapannya: Memang tak logik n tidak boleh. Alibi mesti ada pada waktu kejadian.
Apalagi Wan Azizah yang kononnya akan menjadi Alibi Utama walhal beliau takda di lokasi kejadian, ada kat rumah.
Kesian penyokong2nya yang kena tipu.
Anwar sudah kehabisan peluru. Menurut info dikalangan peguam2, bukti-bukti yang ada dan ditunjukkan sekarang ini di Mahkamah sangat sukar untuk dicabar. Makin pening kepala lah si Karpal Singh.
Ikuti perbicaraan seterusnya, banyak lagi kebenaran akan terbongkar!!
Misteri Lelaki Y pon belum lagi terjawab(walaupun ramai yang dah boleh anggap siapa). Memang suspen betol, kalah Filem Hollywood, CSI.
P/S Siapa agaknya 6 orang bermesyuarat sama Anwar. Satu tu Prof Ariff. Lima lagi tu sapa?
















































