Greetings

Friday, December 30, 2011

UMNO Penang saman LGE, Tarikh bicara 2-6 April


KUALA LUMPUR 30 Dis. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 2 hingga 6 April depan untuk perbicaraan kes saman malu RM30 juta difailkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung kenyataan beliau mengaitkan UMNO dengan demonstrasi dan cubaan membakar ibu pejabat DAP di Pulau Pinang.

Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah menetapkan tarikh itu di dalam kamar dengan dihadiri peguam, Jahaberdeen Mohamed Yunoos yang mewakili Zainal Abidin dan Latheefa Koya, mewakili defendan.

Zainal Abidin, 51, memfailkan saman itu pada 24 Oktober lepas.

Selain Guan Eng yang juga Setiausaha DAP, turut dinamakan sebagai defendan, Parti Keadilan Rakyat selaku pemilik laman berita elektronik Keadilan Daily dan akhbar Suara Keadilan, Segmen Fleksibel Sdn. Bhd., yang merupakan syarikat penerbitan Keadilan Daily dan Suara Keadilan dan Ketua penyuntingnya, Fazallah Pit.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Zainal Abidin mendakwa pada 3 Julai lepas, Guan Eng telah menerbitkan suatu kenyataan akhbar melalui e-mel yang kemudiannya disiarkan di Keadilan Daily pada 3 Julai dan di akhbar Suara Keadilan pada 5 Julai lalu.

Zainal Abidin berkata, kenyataan Guan Eng itu antara lain membawa maksud kononnya beliau terlibat dalam kegiatan mengguling Ketua Menteri Pulau Pinang melalui cara yang salah serta menyembunyikan penglibatan beliau dalam satu demonstrasi ganas yang berlaku di Komtar dan Jambatan Pulau Pinang pada 1 Julai lepas.

Beliau berkata, pada 18 Ogos lalu, Guan Eng telah mengeluarkan satu lagi kenyataan menyinggung di hadapan sekumpulan wartawan yang telah disiarkan di laman berita elektronik, The Malaysian Insider, pada hari yang sama.

Katanya lagi, antara lain kenyataan itu membawa maksud kononnya beliau telah merancang untuk mensabotaj premis parti DAP di Pulau Pinang, dan kononnya beliau terlibat dalam mencetuskan cubaan membakar premis itu.

Akibat kenyataan itu, ujarnya, ia telah merosakkan reputasi beliau dan menjejaskan kepercayaan parti induk terhadapnya.

Zainal Abidin menuntut ganti rugi RM30 juta, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah dan suatu injunksi bagi menghalang kesemua defendan daripada terus mengeluarkan atau menyiarkan kenyataan fitnah itu. - BERNAMA

8 comments:

  • Anonymous says:
    December 31, 2011 at 12:04:00 AM GMT+8

    Mana kawan nak cari duit sebanyak tu nanti kalaulah didapati bersalah. Habis tanah pulau kawan kena jual baru dapat bayar ganti rugi saman. Ini lah akibat kalau suka sangat fitnah dan buat tuduhan. Sama juga dengan benda anu tu yang tak dengar cakap kalau dah mau tu..

  • Anonymous says:
    December 31, 2011 at 2:08:00 AM GMT+8

    Untung RM200,000 Rugi RM30,000,000.

    Peguam: Jahaberdeen Mohamed Yunoos melawan Latheefa Koya.

    Seronok kes ini.

  • Anonymous says:
    December 31, 2011 at 9:16:00 AM GMT+8

    UMNO janganlah terlalu angkuh. Belum tentu ia boleh menanag dalam kes ini.

  • Anonymous says:
    December 31, 2011 at 5:58:00 PM GMT+8

    Bro, ini bukan pasal angkuh. Ini pasal nak lihat proses perundangan dilaksanakan dalam negara ini.

    Yang seronok bukan pasal siapa menang atau siapa kalah, tapi nak tengok si Latheefa Koya yang panas baran menyampaikan hujjah2nya.

    Tapi kalau Lim Guan Eng yang kalah, kira bonuslah tu.

    Belum apa2 lagi dah meroyan, biol agaknya. Kata bodoh kang marah.

  • Anonymous says:
    December 31, 2011 at 11:33:00 PM GMT+8

    Siapa yang biol dan siapa yang meroyan dan siapa pula yang nak dikatakan bodoh?

  • Anonymous says:
    January 1, 2012 at 10:54:00 AM GMT+8

    Nak kena jawab ke soalan intelligent ni???

  • Anonymous says:
    January 1, 2012 at 11:32:00 AM GMT+8

    Kalau anda tahu apa maknanya meroyan, anda akan tahu siapa sebenarnya yang meroyan. Mungkin anda sendiri.

    Seseorang menjadi meroyan kerana, antara lain ,kehilangan seseorang yang amat dikasihi atau amat disayangi apa lagi kalau ianya terjadi dalam sekelip mata dan di luar jangkaan.

    Saya pernah melihat seorang wanita meroyan apabila orang yang amat dikasihi dan akan dinikahinya dalam beberapa hari lagi meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya. Saya juga pernah diberitahu bagaimana seorang ibu muda meroyan apabila anak pertama yang dinanti-nantikan selama kini, meninggal dunia waktu dilahirkan kerana komplikasi yang dihadapi siibu.

    Jadi, pada bacaan saya, yang berkemungkinan besar meroyan ialah UMNO Pulau Pinang termasuk anda sendiri kerana tidak sanggup menerima hakikat 'kehilangan' negeri itu kepada Pakatan Rakyat.

    Mereka yang meroyan akan meracau macam-macam termasuk memaki hamun sesiapa sahaja.

    Saya tidak menganggotai mana-mana parti politik - sekadar melaksanakan tanggung-jawab saya sebagai pengundi. Jadi terserah kepada anda untuk menerima atau tidak apabila saya berkata 'UMNO jangan angkuh'.

    Anda tidak perlu bercakap tentang proses undang-undang kerana saya berada dalam bidang itu.

    Gunakanlah pendekatan yang lebih berhemah kalau ingin kembali berkuasa di Pulau Pinang. Kalau anda kata pembangkang juga buat begitu, maka alamatnya UMNO akan terus menjadi pembangkang.

  • Anonymous says:
    January 1, 2012 at 3:09:00 PM GMT+8

    Engkau peguam ya ... `introductory comment` pun macam puak2 dalam Majlis Peguam yang sentiasa membangkang Kerajaan. Cakap je lah engkau ni penyokong pembangkang, habis cerita.

    Bila UMNO saman, engkau kata jangan angkuh ...

    Masa Lim Guan Eng saman Utusan, takde pun engkau buat statement macam tu.

    Engkau ni apa hal. Bukan meroyan ke namanya tu???

    Kalau ada cadangan yang baik, bagilah. Jangan buat statement tergantung.

    Tak perlulah kata tidak menganggotai mana2 parti politik. It doesn`t make a difference.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)