Wednesday, December 28, 2011

Tanpa bayaran, Ummi Hafilda ditabal Srikandi Silat Seni Gayung


Jika Anwar membayar RM10,000 untuk ditabalkan Khalifah dan Imam Besar Silat Gayung Pesaka Malaysia. Ummi Hafilda pula dianugerah Srikandi Pertubuhan Silat Seni Gayung Malaysia (PSSGM).

Berikut berita Utusan Malaysia:

ALOR SETAR 26 Dis. - Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) menganugerahkan Ummi Hafilda Ali sandang srikandi di atas perjuangan ikhlasnya menegakkan kebenaran.

Ibu Gayong Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia, Datin Faridah Abu Johan berkata, pihaknya bangga kerana dapat menganugerahkan sandang srikandi itu kepada individu yang sentiasa bersemangat seperti Ummi Hafilda.

"Kita tidak mahu orang seperti lalang dan kita nampak Ummi Hafilda ikhlas dalam perjuangannya.

"Sandang srikandi ini memang wajar dianugerahkan kepada Ummi Hafilda agar dia terus berjuang demi negara," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah Kejohanan Pencak Silat Kebangsaan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia di Sekolah Menengah Teknik Alor Setar di sini semalam.

Faridah berkata, pihaknya akan terus menganugerahkan sandang srikandi itu kepada individu yang berjuang demi negara.

Dalam pada itu, Ummi Hafilda berkata, dia terharu dan bangga dengan anugerah daripada Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia.

Katanya, sandang srikandi itu menjadikan dia lebih bersemangat untuk menjelajah negara bagi memberi penerangan mengenai mereka-mereka yang menjadi pengkhianat negara.

"Saya bersyukur akhirnya perjuangan saya selama 14 tahun menegakkan kebenaran diterima ramai.

"Banyak lagi perkara yang perlu dilakukan dan saya akan terus berusaha menyelamatkan negara daripada pihak yang ingin memusnahkannya," jelasnya....
The Unspinners hanya teringat Ummi berentap ceramah berdepan dengan Anwar Ibrahim di Kerdau. Cabut Anwar Ibrahim dan disambut dengan hujan bontot ayam.

Mana Ummi akan berentap dengan Anwar sebelum dia dihukum kerana main bontot?

1 comments:

  • Anonymous says:
    December 28, 2011 at 5:03:00 PM GMT+8

    dia bagi .....free tentu dpt

fda

Link2Me WeLinkBk (254)