Saturday, December 3, 2011

Sediakah Ku Li undur beri laluan?


Nampaknya muka Ku Li tidak kelihatan di PWTC. Sakitlah?

Maklumlah umurnya dah dalam 70an. Selama ini, kita ingat dia berupaya sebagai wakil rakyat. Hinggalah PRK Galas mendedahkan, dia dah 5-10 tahun tak tengok kawasan orang Asli yang terjejas oleh penanam sayur yang melintasi alam sekitar mereka.

Salah seorang yang pertama sekali menganiaya orang Asli ialah bekas Raja Perempuan, anak saudara Ku Li sendiri. Itukah sebab dia tahan brake dalam pengkempen BN berkempen di PRK Galas.

Pendik cerita, Ku Li dah sangat lama dan orang paling lama sebagai wakil rakyat di Malaysia. Tidakkah dia terfikir bahawa sudah masa untuk menggantikan diri dia dengan darah muda?

Sebab apa, sejak Presiden UMNO menyebut perlunya ahli-ahli, wakil rakyat dan pemegang jawatan muhasabah dan beri laluan kepada muka baru untuk hadapi PRU.

PAU kali ini memberi mandat kepada Presiden parti untuk memilih "winnable candidate".

Mereka-mereka seperti Rais, Naib2 Presiden2 dan lain-lain sudah nyatakan kesediaan untuk diganti.

Takkan Ku Li tak rasa nak undur diri. DIa juga asyik nafi dia tidak lompat ke parti lain. Nak tunggu satu lagi abad ke?

Ini juga ditujukan kepada ramai nama2 besar yang masih belum nyatakan kesediaan untuk undur seperti Tun Abdullah, Syed Hamid, Rafidah Aziz, dll.

Mereka yang berliabiliti kerana tidak hadhir dwan hingga hampir digugurkan sebagai ADUN, tahu tak perlu undur diri? Yang ada kes? Ada pandangan dan persepsi awam tidak berapa baik? Yang tidak boleh menang? Yang dah lama sangat?

Rakyat nak lihat muka baru... Dengar atau tidak?

6 comments:

  • Anonymous says:
    December 3, 2011 at 1:54:00 PM GMT+8

    Semasa PRK Galas nak diadakan semua haru-biru mencari TRH sampaikan Mustapha Muhammad, Ketua Perhubungan UMNO Kelantan menyambut ketibaannya di Lapangan Terbang.

    Sekarang lagu lain pula didendangkan. Awal-awal lagi dah tunjuk tembelang UMNO sebenar. Beginikah caranya nak menang Pilihan Raya ?

  • Anonymous says:
    December 3, 2011 at 8:26:00 PM GMT+8

    Saya nak tunggu Nazri mengaku sanggup digugurkan....!

    Alangkah bahagia hidup ini tanpa Nazri dan beberapa manusia lain dalam kabinet selepas PRU nanti...!

  • Anonymous says:
    December 4, 2011 at 12:39:00 AM GMT+8

    ku li ok, muhyidin tak ok

  • Anonymous says:
    December 4, 2011 at 3:03:00 AM GMT+8

    Ku Li tak per Perhimpunan Agung UMNO kerana takder 'red carpet' untuk dia ker..?

  • Anonymous says:
    December 4, 2011 at 10:26:00 AM GMT+8

    Siapa saja dalam Umno tu, kalau dah terlalu lama pegang jawatan maka kenalah berundur secara sukarela. Rakyat dah bosan dengan mereka. Bagi laluan pada yang lebih muda dan bertenaga. Contohi pemimpin seperti Tun M dan ramai lagi.

  • Anonymous says:
    December 4, 2011 at 4:44:00 PM GMT+8

    sma jugak dengan orang-orang parti pembangkang. ANWAR IBRAHIM pun bukan nya candidate baru, cuma dulu different group. Jadi elok jugak Anwar Ibrahim jugak berundur, kerna telah banyak memporok perandakan negara, Ugama dan Bangsa serta memburuk2kan imej negara di mata dunia. Boleh blahlah sekarang

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)