Friday, December 23, 2011

Pelajari PAS tangani isu DUMC dan Hasan Ali


Ramai tidak sedar.

Interbiu Dato Dr Hasan Ali masih berkisar berkenaan isu DUMC. Kritikan Hasan Ali masih mengenai DUMC.

Tapi PAS sudah mengubah perhatian dari isu DUMC menjadi isu pergaduhan dalaman parti.

Ianya bermula dengan seorang Menteri dan Naib presiden UMNO mengajak Hasan Ali masuk UMNO. Langsung segera diambil cue oleh Setiausaha Agung PAS, Dato Mustafa Ali untuk mempolitikkan isu menjadi Hasan Ali nak masuk UMNO.

Walaupun interbiu adalah hari Khamis malam, tapi isu dah hilang cerita DUMC dan Melayu Islam dimurtadkan gereja. Menjadi isu sekarang ialah sabotaj parti, kaitan dengan UMNO, penafian lari dari asas perjuangan, hentikan pergaduhan media dan penggunaan media musuh.

Mereka keluarkan arahan gag order (tutup mulut) dan menuntut terima keputusan Majlis Syura. Selepas memintal isu itu ke arah lain, mereka pula mengarahkan supaya fokus kembali menyerang kemungkaran UMNO.

Silap besar pemimpin UMNO ajak Hasan Ali masuk UMNO. Sepatutnya biarlah dia dalam PAS supaya membetulkan arah tuju PAS.

Nampak cekapnya PAS mengambil peluang dari kesilapan pemimpin kita dan menangani isu. Kenapa kita hentikan asas isu Hasan Ali yang berkisar mengenai gereja DUMC?

Penerangan, War Room, cybertrooper ... ada nampak?

3 comments:

  • Anonymous says:
    December 23, 2011 at 6:20:00 PM GMT+8

    Just a comment ...

    Datuk Mustafa Ali ... you are nothing compared to what Datuk Dr. Hasan Ali has done to uphold Islam, the Malays and the Royal Monarch.

  • BeribesaQ says:
    December 23, 2011 at 9:06:00 PM GMT+8

    UMNO mudah melatah dan syok sendiri....silap sikit isu yang berlaku ke atas ahli/pemimpin pembang terus di pelawa masuk UMNO sedangkan isu itu belum tahu hujung pangkalnya....UMNO ni pemurah hingga sanggup menawah tempat kepada musuh.....habis tu bila pembangkang kata UMNO terlibat dan melakukan konspirasi...mula pakat naik angin....belajaq sabaq sikitlah UMNO...jangan jadi macam Tun Lah semua nak cakap, macam burung nuri.....last sekali makan diri...

  • Anonymous says:
    December 25, 2011 at 11:43:00 AM GMT+8

    Nak jaga hati DAP la, apa lagi.

fda

Link2Me WeLinkBk (280)