Wednesday, December 7, 2011

Padang rakyat jadi mangsa rakus PKNS


Istilah “menghabiskan harta rampasan perang” telah menjadi sinonim dengan kerajaan negeri Selangor yang dikuasai oleh DAP, yang cukup senang dengan tindakan terbaru PKNS.

Keputusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk menghapuskan Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya di sini dengan menjadikannya tapak tujuh blok pangsapuri 35 tingkat dan sebuah kompleks perniagaan 15 tingkat menyerlahkan kebenaran kata-kata diatas.

Padang yang telah berusia lebih 30 tahun ini menjadi tumpuan orang ramai yang menjadikan ia sebagai pusat rekreasi dan sukan oleh penduduk setempat. Bukan itu sahaja, padang ini sebenarnya sangat nostalgik kepada pasukan Merah Kuning, skuad bolasepak negeri Selangor yang menjadi kebanggaan anak negeri.

Rampasan terhadap padang rakyat ini bakal menyaksikan penduduk sekitar tidak mempunyai padang alternatif bagi tujuan sukan dan rekreasi.

Sungguh pun pihak MBPJ telah menjelaskan bahawa ianya sekadar baru di peringkat pembentangan cadangan, ia tidak menjanjikan apa-apa kepada rakyat kerana kuasa-kuasa ghaib yang rakus sedang bermaharajalela di dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Seperti yang kita maklum, PKNS adalah anak syarikat negeri yang dipertanggungjawabkan membangunkan dan menguruskan aset-aset negeri yang kebanyakkannya dipersediakan untuk rakyat. Dari rumah kos rendah sehinggalah projek mega, PKNS tidak pernah meminggirkan kepentingan rakyat selama ini.

Penulis teringat kembali, bagaimana Asrama Tun Dr. Ismail dan Toh Puan Norasyikin milik Yayasan Selangor yang dimuktamadkan untuk dirobohkan walaupun mendapat tentangan dari pelbagai pihak termasuk ibubapa pelajar. Terletak di kawasan yang mempunyai harga hartanah yang tinggi, ianya sangat mencerminkan sikap pentingkan keuntungan oleh kerajaan Khalid Ibrahim, sekaligus menafikan penubuhan yayasan yang seharusnya menjaga kebajikan anak negeri.

Tidak sukar untuk menduga nasib padang PKNS, seandainya apa yang berlaku kepada asrama Yayasan Selangor dijadikan bukti. Demonstrasi, bantahan atau apa juga cara tidak akan mengubah keputusan yang dibuat oleh Khalid Ibrahim.

Sepenuhnya di Selangordaily sini

5 comments:

  • Anonymous says:
    December 7, 2011 at 4:53:00 PM GMT+08:00

    ni lagi satu cerita panas......
    ada lagi satu tanah PKNS yang sudah dah di pindah milik kepada seorang taukeh cina, yang banyak support DAP, dimana tanah berkeluasan 2.7 ekar -'UPTOWN KOTA DAMANSARA ', semua kerja pindah milik ini diuruskan oleh seorang anak muda melayu sebagai balachi konon2 nya melayu yang punya.
    harga pasaran tanah tersebut adalah 24 juta dijual dengan harga cuma 4.9 juta sahaja, sudah pun dibayar dan mendapat surat rasmi pindah milik tanah yang disebut diatas.
    Pihak tuan tanah yang baru ini akan mengutip sewa gerai gerai ini bermula pada 01.01.2012, sewa daripada RM200.00 sebulan akan dinaikan kepada RM600.00-RM5,000.00.
    Jika tidak percaya kepada cerita ini sila tunggu 01.01.2012 & bertanya kepada peniaga peniaga gerai di UPTOWN KOTA DAMANSARA.

  • Anonymous says:
    December 7, 2011 at 7:27:00 PM GMT+08:00

    puak2 sona ni memang bodoh,kalau puak di perintah, roboh rumah rakyat pun tak ape mampus umporno, hidup pr

  • Anonymous says:
    December 7, 2011 at 10:40:00 PM GMT+08:00

    Perhatikan kerajaan Pakatan Rakyat PKR) di Selangor. Untuk ketika ini mereka sedang berusaha bersungguh2 untuk membolot kekayaan sementara ada waktu sebelum PRU Ke 13.

    Mana2 tanah yang boleh mereka sembat, mereka akan sembat tak kira tanah reserve ke, tapak perumahan setinggan ke, padang2 sukan ke, asrama anak2 Selangor ke. Saya kira SPRM kena siasat perkara ini sebab kerakusan ini melampau-lampau sangat.

    Jika terdapat salah guna kuasa atau penyelewengan, tindakan yang paling tegas perlu diambil terhadap mereka2 yang terlibat.

  • Anonymous says:
    December 8, 2011 at 12:05:00 AM GMT+08:00

    PKNS sudah menyimpang dari tujuan asal untuk membolehkan kaum bumiputera rakyat selangor memiliki rumah di kawasan bandar, dan pinggir bandar. Tapi kini PKNS sibuk jual tanah dan swastakan tanah, tak mahu buat rumah sendiri walau pun anak syarikat seperti Praton Haus melopong tunggu kerja membina rumah. Bila diswastakan tentulah harganya melambung tinggi, siapa yang boleh beli?

  • Anonymous says:
    December 8, 2011 at 12:48:00 PM GMT+08:00

    SEMOGA SEGALA PERMOHONAN YANG DIKEMUKAN DI LENGAHKAN SEMENTARA MENUNGGU PRU 13...PRU 13 ADALAH MENJADI MEDAN UNTUK WARGA SELANGOR MEMBALAS KEZALIMAN KERAJAAN PR.SEMOGA BN KEMBALI MEMERINTAH SELANGOR.

fda

Link2Me WeLinkBk (275)