Monday, December 5, 2011

Orang UMNO terlalu pesimis, Perlu winning spirit


Rata-rata sembang-sembang masa PWTC di kalangan orang UMNO banyak agak pesimistik. Ditambah lagi, Presiden dan Timbalan Presiden tidak mahu "over confident" dan mahu fokuskan ucapan kepada hal dalam parti dari diluar parti.

Sebenarnya, keadaan dalam UMNO bertambah baik. Ingin saya memetik dari MIK sini:
"Kajian persepsi politik yang dilakukan oleh panel pendidik bebas atas arahan PAS mendapati, 76.3 peratus kakitangan awam kecewa dengan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

Hasil kajian itu juga yang dibuat bertujuan menilai sokongan orang Melayu pada Ogos lalu juga mendapati 65.6 peratus kakitangan awam tidak suka PKR memerintah dan 60.6 peratus lagi menganggap tiada perubahan besar dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor....."

"Ini bukan kajian yang dibuat oleh UMNO, tetapi dibuat atas arahan PAS Pusat pada Ogos lalu. Kajian ini dengan jelas membuktikan kekecewaan rakyat kepada kegagalan pentadbiran pembangkang dan ia bukti UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang luas untuk menang selesa di Selangor..!"
Lihat kenapa Shahrizat dijadikan isu?

Nurul Izzah tidak boleh pertahankan Lembah Pantai. Dia fail sebagai wakil rakyat. Asyik sibukkan bapak dia, asyik main isu politik nasional dan kawasan tidak terjaga.

Memang terpampang pada satu bangunan nama NURUL IZZAh tapi pusat khidmat itu tidak pernah beroperasi. Mcam bapaknya, bangunan itu hanya auta. Hanya bulan lepas baru dia datang kunjung tengok. Itu pun bawak maknya, Wan Azizah.

Nurul akan pindah kawasan, itu kata GWM sini. PKR perlu sabo potensi calun-calun BN bagi Lembah Pantai. Itu yang Kak Jat disabo.


Di samping itu, ramai wakil-wakil rakyat PR akan pindah randah pasal tak jaga kawasan dan tak upaya pertahankan kawasan.

Di Kedah, peniaga-peniaga Melayu, Cina dan India sedang merungut seperti mana rakyat Terengganu merungut dan tidak akan kasi balik pada PAS selepas Hadi jadi MB sepenggal.

Di Johor, roadshow PKR baru-baru ini kosong. Bukan Melayu pun tak minat nak dengar dia orang merepek dan membohong.

Negeri Sembilan sudah tidak ada isu Mat Hasan lah atau apa-apa. Banyak dah dapat diselesaikan.

Perak pun tak semudah itu untuk wakil rakyat DAP dan PR nak dapat undi Melayu.
Ini antara indikator yang menunjukkan UMNO dan BN sudah kembali. Banyak negeri boleh dipertahankan dan dirampas.

Jangan dengar-dengar sangat suara yang tidak berinfomasi dan berfakta. Main dengar-dengar dan hanya berdasarkan beberapa contoh yang boleh dipersoal analisanya. Terlalu selalu lepak dengan ulat-ulat di The Mall ni.

Yang pentingnya "winnable candidate", tidak ada sabo dan dengki.

Yang turut penting, perlu lebih banyak kerusi Parlimen dimenangi supaya dapat kita kuasai betul Parlimen.

Orang UMNO perlu mulakan "winning spirit" kerana sebelah sana dah gelabah dah... Bagi yang pesimis, tolong plaster mulut tu dan buka balik lepas PRU 13.

7 comments:

  • Mael Hashim says:
    December 5, 2011 at 8:22:00 AM GMT+8

    Dulu masa UMNO menang besar, mereka gunakan kesempatan untuk menindas orang Melayu sendiri. Pemimpin tertinggi Melayu lupa pada orang Melayu yang memilih mereka. Akahirnya UMNO kalah agak teruk dalam PRU lepas. Akan datang, UMNO macam ada peluang untuk naik kembali. harap-harap kali ini para pemimpin tertinggi Melayu tidak bersikap menghakis secara perlahan-lahan hak-hak asas Melayu, atau tidak terlalu mendengar cadangan orang-orang bijak pandai bukan Melayu yang tentunya bersikap majulah negara tanpa mengira samada hak asas Melayu terkikis atau tidak.

  • bujangsenang says:
    December 5, 2011 at 8:55:00 AM GMT+8

    SALAM BRO PLZ LINK MY BLOQ
    http://bujangsenangbn.blogspot.com

  • AnaQarbana says:
    December 5, 2011 at 9:06:00 AM GMT+8

    Laporan yang macam nilah yang amat di sukai oleh Tun Lah semasa menjadi PM dulu...
    Akibatnya BN hilang majoriti dua pertiga......
    Harap-harap Najib tak ikut style Tun Lah.....
    Percaya boleh...jangan terlalu yakin dan syok sendiri

  • The Unspinners says:
    December 5, 2011 at 9:41:00 AM GMT+8

    Siapa suruh ikut Pak Lah.

    Tapi kini melampau sangat pessimisma dalam UMNO.

    Orang UMNO bila pesimis dia tidak pasti akan lawan balik. Silap-silap dia lompat parti.

    Pasal yang masuk UMNO dulu2 adalah optimis.

  • Anonymous says:
    December 5, 2011 at 11:29:00 AM GMT+8

    Semangat juang mau tinggi bro, baru boleh pergi perang.

    Walaupun peluang nipis tapi semangat dan usaha yang kuat, dengan bantuan Allah swt., Insya Allah boleh menang.

    Ambil contoh Harimau Malaya. Walaupun perkiraan berpihak kepada tuan rumah Indonesia tetapi dengan semangat waja berjuang dan optimis akan kemenangan, mereka berjaya senyap sunyikan satu stadium termasuk Indonesia Raya.

    Walaupun perlawanan di Jakarta tetapi sorakan sokongan boleh didengar dari seluruh Malaysia.

    Itulah semangat yang kita mahu.

    Kalau berperang mesti bertempur, dan bila bertempur semua mesti lengkap termasuklah peralatan logistiks, keanggotaan, senjata, taktik, strategi, latihan, semangat, doa daripada penyokong2 dan yang paling penting mendapat keredhaan Allah swt.

  • AntaraPos says:
    December 5, 2011 at 11:52:00 AM GMT+8

    Berupayakah Najib Menukar Persepsi Negatif Terhadap Umno? | http://antarapos.com/v1/index.php?page=content.php&newsid=1240&type=%27news' | http://www.antarapos.com/

  • Anonymous says:
    December 5, 2011 at 3:00:00 PM GMT+8

    Bro
    MACAM MANA TAK RASA RENDAH DIRI BRO-
    DI TEMPAT KERJA-KAKITANGAN AWAM
    DI SURAU
    DI KEDAI KOPI
    ORANG BERBICARA PASAL TIDAK PUAS HATI DENGAN KERAJAAN/UMNO:
    HARGA BARANG NAIK-SABAN HARI BAIK DI PASAR ATAU DI SUPERMARKET.
    HARGA MINYAK TAK MENENTU-KERAJAAN ASYIK BANDING DENGAN HARGA MINYAK DI THAILAND ATAU SINGAPURA.
    HARGA BIL ELEKTRIK NAIK DAN AKAN NAIK LAGI.

    DI SANA SINI ORANG BERBICARA TENTANG SALAH GUNA KUASA OLEH TANGAN2 YG DIKAITKAN DENGAN UMNO. PEMBERIAN PROJEK DIKAITKAN DENGAN ORG UMNO, HAMPIR SEMUA PROJEK GAGAL DISIAPKAN, WANG HABIS DAN PERLU PUMP IN LAGI UNTUK PULIHKAN PROJEK. YG SIAP PULA RUNTUH/ROSAK/BERKULAT BELUM HABIS TEMPOH WARANTI LAGI.

    DI SANA SINI ORG BERBICARA TENTANG PEMIMPIN UMNO- RASUAH,RASUAH DAN RASUAH.

    JADI KITA YG DI HATINYA PENYOKONG KERAJAAN TAK MAMPU NAK NAFIKAN KEBANYAKAN APA YG DITIMBULKAN OLEH RAKAN-RAKAN. MAKA TERDIAM DAN PESIMISLAH JADINYA.

    APA YG SAYA PASTI PERSEPSI RAKAN KENALAN DAN TAULAN SAYA TERHADAP KERAJAAN MEMBIMBANGKAN

    TQ

fda

Link2Me WeLinkBk (254)