Greetings

Friday, December 30, 2011

MB S'ngor ala Korporat lihat buang sampah tidak perlu?



Semenjak kerajaan negeri Selangor menamatkan perkhidmatan Alam Flora, keadaan di negeri itu dilihat semakin kotor berikutan kegagalan kontraktor yang dilantik melaksanakan tugas dengan berkesan.

Beberapa orang penghuni pangsapuri Desa Mentari, Seksyen 6 di sini mengakui longgokan sampah di setiap blok kawasan itu dipungut oleh pihak bertanggungjawab.


Kata mereka, kawasan perumahan itu kini tidak ubah seperti kawasan pelupusan sampah kerana selain timbunan sampah yang banyak, beberapa individu yang menyelongkar tong sampah di situ juga boleh dilihat saban hari.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, setiap rumah sampah di blok pangsapuri itu dipenuhi dengan sampah-sarap dan sampah itu turut bertaburan di atas jalan kerana tong sudah penuh.

Suri rumah, Shamsiah Karim, 53, berkata, kelibat individu yang menyelongkar tong sampah itu boleh dilihat hampir setiap waktu termasuk waktu malam.

"Mereka mencari barangan yang boleh dijual semula seperti botol, besi dan tin tetapi tindakan mereka itu menyebabkan sampah bertaburan di atas jalan.

"Mereka tidak pentingkan kebersihan dan tidak menghiraukan keselesaan penduduk, sebaliknya tumpuan utama ialah mencari barangan yang boleh mendatangkan duit," katanya.



Seorang peniaga, Nuriah Che Ahmad, 42, berkata, memang ada kontraktor yang mengutip sampah di kawasan itu tetapi mereka 'buat kerja seperti tidak ikhlas'.

"Sampah yang di dalam tong sahaja dikutip manakala yang bertaburan dibiarkan begitu sahaja. Keadaan ini menyebabkan kawasan ini sentiasa nampak kotor dan tidak terurus," katanya.


Sementara itu, seorang penduduk dari Semenyih yang menghubungi Utusan Malaysia berkata, sampah di kawasan rumahnya sudah lebih seminggu tidak dikutip.

Dia yang mahu dikenali sebagai Suhaimi berkata, kawasan rumahnya kini berbau busuk berikutan terdapat sisa makanan bertaburan di sekitar rumah sampah rumah.

"Sepatutnya sampah dikutip tiga kali seminggu, bayangkan sekarang sudah seminggu tidak dikutip," katanya yang mendakwa keadaan itu tidak berlaku semasa era Alam Flora dahulu.

Utusan Online

6 comments:

  • Anonymous says:
    December 30, 2011 at 12:24:00 PM GMT+8

    khalid sampah masyarakat. masyarakat patuh buang khalid dalam tong sampah. baru betul hak hak hak hak

  • Anonymous says:
    December 30, 2011 at 12:53:00 PM GMT+8

    sama la macam kelantan nanti kotor.. darul sampah... dh elok2 ada alam flora hentikan.. yela xdpt masuk poket sendiri... cmne,

  • Anonymous says:
    December 30, 2011 at 4:31:00 PM GMT+8

    MB sampah dan kalau malas pungut sampah maka rakyat selangor buang saja sampah kat rumah dia saja, baru best

  • Anonymous says:
    December 30, 2011 at 6:55:00 PM GMT+8

    USJ Subang Jaya pernah menjadi salah satu bandar terbersih di Selangor, kini keadaannya dah berubah. Memang ada kutipan sampah dan pemotongan rumput tapi kualiti kerjanya amat teruk sekali...

  • Anonymous says:
    December 31, 2011 at 11:59:00 AM GMT+8

    Saya tinggal di Palma Puteri seksyen 6 Kota Damansara.Tempat buang sampah betul betul opposite rumah kami. Masa Alam Flora dulu, tak pernah tempat sampah tu busuk, sampah selalu dikutip dan dalam tong besar.Sekarang ni, hari hari kami terpaksa menahan bau busuk dari tempat sampah dan tong besar tempat sampah pun telah diterbalikkan mengakibatkan orang tak boleh buang sampah dalam tong tersebut jadi sampah di letakkan saja berlonggok longgok.Semenjak Pakatan Rakyat berkuasa ni, traffic lights kat beberapa tempat di PJ selalu saja rosak hinggakan berminggu minggu. saya tak pernah melihat jalan diPJ ni seteruk sekarang walaupun peruntukkan telah diberikan oleh kerajaan pusat untuk membaiki jalan.Yang saya nampak, banyak kain rintang saja sana sini untuk ceramah PKR dan mengucapkan selamat hari perayaan...terlalu banyak agenda politik. ...tugas yang telah diamanahkan rakyat kepada mereka telah diabaikan.Macammana nak memerintah seluruh Malaysia kalau tugas meluruskan sampah dengan betul pun tak boleh buat. Lampu trafik pun berminggu minggu tak boleh repair?These are all very basic but crucial responsibilities of a local authority/state government.If BN boleh start from scratch to develop Selangor bertahun tahun sampai jadi makmur, kenapa PR tak boleh jaga Selangor dengan betul sejak mengambil alih selalu beberapa tahun ni sahaja?. Sepatutnya tentulah lagi senang kerana infrastrukturnya semuanya sudah disediakan oleh pihak BN dulu?Jawabnya ialah terlalu banyak berpolitik dan terlalu membencikan BN.Orang yang suka membenci macam ini dan hanya tahu berpidato saja ke yang akan kita pilih untuk memerintah Malaysia? Ingatlah, kiranya huruharu berlaku nanti dek pasal PKR dah kuncukuncunya,ekonomi kita akan jatuh dah amatlah sukar sekali untuk pelabur asing dan tempatan untuk melabur di Malaysia dan mereka akan memilih negara lain yang lebih aman dan stabil.

  • Anonymous says:
    January 3, 2012 at 4:33:00 PM GMT+8

    Eeehhhh ... siapa di sebelah MB Flintstone tu.

    Ooohhhhh ... karekter kartun Khalid G. dalam siri animasi `the bungling idiots`.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)