Saturday, December 3, 2011

Lojikkah persepsi rasuah Malaysia di tahap 60?


Transparency International melaporkan kedudukan PERSEPSI RASUAH terhadap Malaysia jatuh dari 56 ke 60 bagi tahun ini kerana CORRUPTION PERCEPTION INDEX kita menurun.

Difahamkan kita telah turun dengan mendadak dari 2008 ke 2009 dari tangga 47 ke 56. Penurunan 56 ke 60 tidaklah berapa sangat.

Lojikkah persepsi Rwanda yang dalam peperangan dan negara tidak stabil dengna ramai warlord lebih baik dari Malaysia? Mana pula angka dan kedudukan Indonesia?



Dari tahun 2008 ke 2009, usaha untuk menubuhkan SPRM iaitu penukaran dari BPR yang merupakan sebuah badan bawah JPM ke Suruhanjaya yang bebas berlaku.

Oleh kerana ia di kira berdasarkan index persepsi, survey persepsi mereka yang diambilkira percaya bahawa menukarkan kedudukan ke Suruhanjaya jelas merupakan pandangan mereka-mereka yang kurang ilmu dan pemahaman akan status Suruhanjaya.

Menarik untuk diketahui bagaimana metodologi TI mendapatkan angka indeks. Difahamai bahawa ia diambil dari kalangan ahli perniagaan. Cuba kita tanya: adakah ahli perniagaan yang persepsinya PEMBERI RASUAH merupakan samp-ling yang baik untuk membuat persepsi terhadap SPRM?

Berapa banyak ahli perniagaan yang SPRM tahu adalah terlibat dan bersekongkol dengan rasuah tetapi mahu dicekut? Pastilah ahli perniagaan tidak selesa dengan SPRM yang begitu berkuasa sebagai SURUHANJAYA bebas.

Kalau sampel ahli perniagaan yang dimaksudkan adalah orang tempatan, rasanya selamat untuk diandaikan mereka sebagai dari kaum Cina.

Kaum Cina telah membina persepsi bahawa Teoh Beng Hock di bunuh dan enggan menerima finidng coroner dan mahkamah bahawa Teoh Beng Hock membunuh diri. Ini telah di kompangkan dengan meluas satu strategi perang saraf yang jitu sekali oleh DAP untuk kepentingan politik mereka.

Dengan terjadinya satu lagi kematian di premis SPRM melibatkan pegawai kastam Ahmad Sarbaini, pastilah persepsi terhadap SPRM akan menurun.

INi semua adalah kerana ahli politik di Malaysia tidak memerangai rasuah tetapi menggunakan rasuah sebagai senjata untuk menjatuhkan pihak lawan. Hasilnya terserlah dalam persepsi.

Mengikut laporan tahunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2010 yang dikeluarkan dalam bulan Mei tahun ini, fakta menunjukkan prestasi SPRM yang baru berumur dua tahun bertambah baik.

Fakta atau persepsi?

Sila baca Our Different View sini yang membincangkan tentang metoloji TI CPI.

Gerakan Timur sini pula melihat TRansparency International sebagaia sebahagian dari proksi antarabangsa yang bekerjasama dengan ahli politik Pakatan Rakyat untuk memburukkan kerajaan.

7 comments:

  • Anonymous says:
    December 3, 2011 at 10:35:00 AM GMT+8

    Persepsi saja bro bukan nya factual..kalau diorang nak keluarkan kita dari list pun boleh gak..


    Penjajahan alaf baru.Globalabuci.

  • BajingAlas says:
    December 3, 2011 at 1:43:00 PM GMT+8

    Bro...

    Persepsi dan artikel tu mcm tak tepat jer...

    Yang ada saya baca (lupa websitenya)
    kita sudah membaik dan berada dikedudukan 50.

    Manakala Indonesia berada ditangga 155 dari jumlah 183 negara.

    saya akan cuba cari semula website tersebut.

    Harap kita semua tidak panik.

  • Anonymous says:
    December 4, 2011 at 10:12:00 AM GMT+8

    CPI yahudi punya.. tgk Saudi Arabia yang amalkan hukum hudud pun dikatanya banyak rasuah.

  • Anonymous says:
    December 4, 2011 at 2:09:00 PM GMT+8

    kalau macam tu segala ranking dalam dunia ni tak leh pakai. kita buat ranking sendiri lepas tu letak malaysia ranking nombor 1. Baru la puak umno ni kate ranking tu betul. Bangang betul. Ranking FIFA pun tak betul...kita sebenarnya lagi terer

  • Bawal says:
    December 4, 2011 at 6:02:00 PM GMT+8

    PR pun kena amik tanggungjawab.. mereka memerintah di lima negeri dan 2 dari nya mempunyai ekonomi yang besar..

    Jangan nk menuding jari jer kearah orang lain..

  • Anonymous says:
    December 5, 2011 at 11:18:00 AM GMT+8

    Tidak perlu buang masa komen isu ini sebab ada tangan-tangan ghaib dari Malaysia yang bersubahat membantu menzahirkan persepsi. Diam saja ianya akan berlalu. Kita tahu tahap pencapaian negara kita orang luar tidak diperlukan.

  • Anonymous says:
    December 5, 2011 at 11:21:00 AM GMT+8

    biasalah BABI-BABI ni hanya nampak kuman diseberang laut gajah depan mata tak nampak.

fda

Link2Me WeLinkBk (254)