Seminar Antarabangsa Autisme 2014

Wednesday, December 28, 2011

LGE guna ancaman paksa MPPP lulus sPICE


Boo Chang meletak jawatan sebagai kaunsilor pada hari Rabu (Dis 14) dengan menjelaskan bahawa faktor tiada ketelusan dalam projek mega Subterranean Penang International Convention and Exhibition Centre (sPICE) antara satu sebab beliau menarik diri.

Mengikut laporan FMT (Dis 15):

“Lim [Boo Chang] said sPICE was a perfect example of how intimidating Guan Eng’s administration can be. Lim also revealed that Guan Eng had used arm-twisting tactics to intimidate councillors, including him, for opposing sPICE.”

Baca:

Boo Chang merupakan kaunsilor di bawah kuota PKR. Hanya beliau berserta Dr Lim Mah Hui – seorang kaunsilor MPPP mewakili NGO – yang cukup bertanggungjawab membantah perjanjian sPICE.

Menurut Boo Chang, ahli-ahli majlis hanya dimaklumkan tentang pengesahan perjanjian di antara MPPP dan Eco-Meridian Sdn Bhd (anak syarikat SP Setia Bhd) dua hari sebelum ia ditandatangani.

Permintaan beberapa orang kaunsilor supaya diberikan salinan kontrak sPICE tersebut untuk dikaji telah ditolak oleh pengerusi MPPP, kata Boo Chang.

“Until I resigned yesterday, the councillors have not received the copy, which they are entitled to.

“All these interference in council’s autonomous position reflect the state government abusive attitude,” tambahnya lagi.

Hanya dua orang sahaja, iaitu Lim Boo Chang dan Dr Lim Mah Hui, di kalangan 24 orang ahli majlis – 10 DAP, 8 PKR, 2 PAS dan 4 NGO – yang melahirkan rasa waspada mereka.

Amalan DAP yang kerap mengeluarkan perintah tutup mulut sememangnya sudah diketahui ramai; gag order terbaru berjaya membungkam pertelingkahan Godfather lwn Warlord parti kuku besi itu.

Sumber: http://aliran.com/6524.html

Dr Lim Mah Hui seseorang sahaja yang berupaya mengiyakan (atau menidakkan) dakwaan-dakwaan yang menyelubungi sPICE.

Bukankah ianya beliau sendiri yang menceritakan perkembangan mengenai floodgates dibuka?

Bagai empangan pecah, pulau pitis dibanjiri para pemaju hartanah.

Lantaran memperolehi peluang-peluang yang tidak dikecapi sebelum ini, mereka ligat membina di sebanyak mana kawasan perumahan yang terdaya dalam jangka sesingkat yang mungkin. Kesannya garis-garis panduan bagi mewujudkan pembangunan lestari (sustainable) diingkari.

Sebagai contoh, pemaju sPICE mendapat layanan istimewa ‘additional densityyang mengizinkan syarikat berkenaan melanggar had kepadatan bilangan unit rumah setiap satu ekar.

Dakwaan NGO-NGO bahawa kontrak sPICE berat sebelah serta merugikan telah disusuli saman tuntut perjanjian tidak sah yang dikenakan terhadap ketua menteri Pulau Pinang, MPPP dan Eco-Meridian.

Dengan developer besar diberi laluan mudah, dan tanpa proses pengawasan mantap oleh badan-badan berkanun yang bebas dan berdikari, maka tidak mustahil malapetaka memirip kepada tragedi Highland Towers boleh berulang.

Bekas kaunsilor MPPP Lim Boo Chang menceritakan tentang sikap main kasar (“abusive attitude”) kerajaan DAP Pulau Pinang, dan “intimidasi” serta “arm-twisting” (perbuatan mengancam dan memaksa) yang dilakukan oleh pentadbiran Guan Eng.

Sementara itu, blog-blog yang kritis terhadap DAP digodam berkali-kali (dakwaan blogger Stop The Lies) manakala akaun e-mel peribadi blogger yang kritis terhadap Guan Eng juga pernah dipecah-masuk.

Petikan dari Helen Ang sini

3 comments:

  • Anonymous says:
    December 28, 2011 at 10:35:00 PM GMT+8

    sPICE shall be Lim Guan Eng`s PKFZ. Just watch ...

  • Anonymous says:
    December 29, 2011 at 3:17:00 AM GMT+8

    aha there's a guiding hand from red dot

    where Malay landowners will be rendered pigeon-hole lease owners for 99 years

    land will be taken by govt at dirt cheap prices for "development"

    beware ...

  • Anonymous says:
    December 29, 2011 at 1:00:00 PM GMT+8

    PAP masa kempen tahun 1960an dahulu leekuanyew masuk kampong melayu bersongkok dan memberi salam lepas menang perkampungan melayu dikerjakan, mereka yang enggan pindah rumah atau kampong dibakar oleh gangster upahan. last sekali identiti melayu ialah istana kpg gelam juga dirampas pemiliknya sekarang tinggal di rumah pangsa. perkara sama akan berlaku di malaysia.

    UNDI PR ADALAH UNDI DAP.
    UNDI PKR ADALAH UNDI DAP.
    UNDI PAS ADALAH UNDI DAP.
    UNDI DAP SEMUA JADI BABI.

    orang puylau pinang selamat beristerihat.

fda

Link2Me WeLinkBk (254)