Friday, December 9, 2011

Lagi cerita pasal Rozali Ismail


Semalam kami belasah Tan Sri Rozali Ismail yang tidak ikhlas dalam hasrat untuk menyumbang kepada UMNO tetapi dia ada tujuan lain untuk jadi MB Selangor. Masaalah dia bukan merupakan "winnable candidate" untuk menawan Selangor dengan masaalh yang dibawa oleh Syabas.

Hari ini, terdedah pula dia bersama Tan Sri Yusof Nor bersekongkol dengan Ketua Pengarah Felda, Dato Dzulkifli Wahab yang engkar dengan arahan Perdana Menteri, Dato Ser Mohd Najib Tun Abd Razak untuk mengosongkan kerusi Pengerusi Koperasi Felda untuk diberi laluan kepada Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad.

Dari mengikut rancangan PM, Dato Dzulkifli telah sebaliknya mengugurkan empat orang ahli Lembaga KPF, Tan sri Isa Samad, Tan Sri Yusof Nor, Dato Bakke Salleh dan Dato Sabri ISmail.
Dia juga turut menghasut peneroka-peneroka untuk membatalkan penyenaraian Felda Global Venture yang dirancang PM untuk manafaat semua peneroka-peneroka. Baca Bigdog sini dan sini

Ada pihak seperti MyKMU yang menyeru kedua-dua pihak supaya hentikan pertembungan yang tidak sihat ini dan mencari jalan perdamaian. Diakui Tan Sri Isa Samad pun ada tersilap 'gurau". Namun tindakan Yusof Nor dan Rozali untuk bersama sekongkol dengan 'penderhaka' tidak membantu dan tidak sepatutnya.

Bagi Rozali, ini bukan kali pertama dia memberi masaalah kepada Felda. Usahanya menubuhkan BAPAK telah kmi sebut semalam. Ia hanya untuk kelihatan bersama PM semasa pelancaran dan akhirnya melonggokkan masaalah balik kepada Felda.

Dia juga pernah mahu mengagalkan usaha KPF dengan cuba menubuhkan Koperasi generasi Kedua Felda yang tidak perlu ditubuhkan.

Apa ni Rozali, betul tak kami kata kamu mugkin dah dapat nakkan tariff dari kerajaan Selangor. Semalam akhbar melaporkan kamu tarik balik saman terhadap Kerajaan Selangor. Apa yang dipersetujuinya?

Yang penting dan paling mengesakkan sekali, apa kamu janji nak kasi Anwar dan PKR?

8 comments:

  • Anonymous says:
    December 9, 2011 at 4:21:00 PM GMT+8

    Apaaa ni, Najib dah kena penyakit Tun Lah..Felda, MAHB, MAS, Proton, Petronas, SC, MACC, Wanita, Pemuda, Tanjung Rambutan ... semua lost control!
    Next please.

    ABang Kassim.

  • Anonymous says:
    December 9, 2011 at 9:05:00 PM GMT+8

    Betul, betul. Siapa Think Tank PM? Macam mana buat `analysis`? Buatlah analisa kritikal secara menyeluruh. Jangan buat kerja separuh jalan dan makan gaji buta. Memalukan PM saja. Tapi kalau PM sendiri yang buat keputusan, den tak dapek nolong . . .

    Jangan buat kerja macam era Pak Lah. Laporan semuanya OK tapi akhirnya KO.

  • Pak Ard says:
    December 10, 2011 at 11:32:00 AM GMT+8

    Kena ada tindakan, sebelum bisul jadi barah, buang yang mana patut. Maaf cakap la, Pak Ard tak percaya si Rozali ni, macam tak percaya kat Ku Li, sama saja dua-dua ni...

  • usin says:
    December 11, 2011 at 9:39:00 AM GMT+8

    mcm biasa. satu ringgit kasi, 1000 mesti mari laaa........

  • Anonymous says:
    December 12, 2011 at 12:20:00 AM GMT+8

    siapakah kita nak menyukat kelemahan TSR. kalau sekadar dengar cerita sana sini tanpa fakta, hentikanlah memblogging sebab tak ada faedah pun. elok duduk mesjid dan berwirid.

    Habib Hujan Online

  • Anonymous says:
    December 12, 2011 at 1:20:00 AM GMT+8

    sapa la yang memandai2 bukak cerita pasal TSR nak jadi MB Selangor. tak pernah pun terdetik dihatinya nak jadi MB Selangor. blogger kalau bukak cerita macam jual goreng pisang. tapis2 lah dulu berita sebelum menulis. cuba la elak2kan tulis bab fitnah. bab humum ni kena lah sensitif sikit yerrrr (Wali Sepuluh)

  • Anonymous says:
    December 13, 2011 at 5:44:00 PM GMT+8

    Kesian peneroka Felda. Kisah mereka dipolitikkan. Cerita mereka dijual siang dan malam. Semuanya nak cari undi. Apabila pilihan raya selesai nanti, kisah mereka reda dan peneroka akan terima nasib yang sama, buat kerja yang sama, tinggal di rumah yang sama, meranduk penderitaan yang sama. Alahaiiii ahli politik. Cuba2la cari tempat lain nak jadi JUARA. (nukilan Wan Kembang Kempis)

  • jenson k says:
    November 16, 2012 at 2:50:00 PM GMT+8

    Chosen as a senator instead of candidacy in 13th GE? I reckon rozali ismail will be an asset to the ruling coalition if chosen either as senator or candidate in coming PRU13..iam not saying this just for the sake of uttering it..it's with proven track records just to name a few..achiever of numerous coveted awards-ernst & young best entrepreneur awards;asia pacific leadership awards, csr awards and recently the prestigious socrates award from UK..he is the president of sgor malay chamber of commerce more than a decade ago; the president of MAPEM (malay consultative economic council of msia); president of GWGF, the prominent ngo of felda; the pro chancellor of UPM; the honorary brig-gen of askar wataniah regiment and various other accolades to his credit..so whatt more to prove? Rozali is more than capable and most qualified to be nominated either as senator, minister or anything else that the country could offer.

fda

Link2Me WeLinkBk (280)