Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Thursday, December 29, 2011

Khalid mahu orang kaya saja duduk di Selangor


Pada Disember 19hb, Sinchew menyiarkan kenyataan President MCA, Dato Dr Chua Soi Lek membidas kerajaan Selangor yang tidak memenuhi janji pilihanraya umum Mac 2008 setelah mentadbir Selangor selama tiga tahun setengah.

Dalam Khalid berslogan merakyatkan ekonomi, Selangor sekarang berdepan dengan masaalah kenaikkan harga rumah yang tinggi dan naik mendadak akibat salahlaku dan korupsi yang dilakukan oleh pihak tertinggi kerajaan menjual pasir sewenang.

Chua Soi Lek mendedahkan Selangor kini tidak lagi sesuai untuk untuk didiami oleh kumpulan miskin dan menengah tetapi hanya sesuai untuk didiami oleh orang kaya.

Dia menyalahkan harga pasir yang tinggi dan premium pindahan tanah yang tertinggi di Malaysia. Harga pasir adalah RM1,000 se lori berbanding dengan hanya RM400 se lori di Johor.

Ini menyebabkan harga rumah naik mendadak dan pembangunan rumah perlahan kerana pemaju perumah kecil tidak mampu untuk membina rumah-rumah.

Hebat slogan dan janji PR Selangor. Rupanya tidak upaya dikotakan.

Oleh yang demikian, bagaimana Khalid kata dia akan bangunkan rumah harga murah dan sederhana di tapak padang Kelana Jaya yang akan dibangunkan walaupun rakyat tempatan bising.

Kononnya Khalid tak faham lojik tuntutan penduduk. Bukan dia tak faham, tapi wang ringgit dah kaburi matanya. Masyukkk ....untuk poket Khalid Gagap dan CEO PKNS, OSman Omar!!!!

4 comments:

  • Anonymous says:
    December 29, 2011 at 7:19:00 PM GMT+8

    I hope someone sues u for your false and malicious reporting.

  • Anonymous says:
    December 29, 2011 at 8:56:00 PM GMT+8

    Anonani 7:19:00,

    Why don't u?

  • Anonymous says:
    December 29, 2011 at 9:56:00 PM GMT+8

    Bukan RM1,000 tapi RM850 selori berbanding RM480 tiga tahun lalu. Selain diskaun 7% dan kuota 50% jumpah unit Rumah dibina kepada pembeli Bumiputra, pemaju juga terpaksa membayar Fi Pembangunan (Development Fee) 25% dari nilai pasaran harga tanah semasa secara lump sum kepada PBT. Fi Pembangunan (Development Fee) ini memang Ada dikenakan Oleh DBKL. Di Selangor, Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah melaksanakan projek percubaan dan kemudian dikuatkuasakan Oleh semua PBT di Selangor Oleh kerajaan PR.

    Fi Pembangunan perlu dibayar dahulu sebelum Surat Kelulusan dikeluarkan. Fi sebanyak 25% adalah sama banyak dengan Cukai Keuntungan yang terpaksa dibayar Oleh syarikat. Cukai Keuntungan boleh dibayar secara ansuran manakala Fi Pembangunan tidak boleh. Selepas itu pemaju perlu lagi membayar Conversion Premium iaitu bayaran pertukaran status penggunaan tanah.

    Kalau di KL dan PJ Fi Pembangunan masih dapat diserap pemaju kerana permintaan serta harga hartanah adalah tinggi. Seldom daripada itu pemaju juga diberikan kepadatan unit/ekar yang tinggi. Ini tidak practical dilaksanakan di luar kawasan KL dan PJ kerana harga rumah yang Tinggi tidak dapat sambutan dan kepadatan unit/ekar adalah rendah. Jika rumah teres dibina maka kos adalah lebih tinggi.

    Pemaju tidak dapat dipersalahkan dengan kebaikan harga rumah kerana :-
    a. Kekurangan tanah di Selangor menyebabkan harga tanah tinggi.
    b. Terdapat kos tambahan baru iaitu Fi Pembangunan.
    c. Kuota 50% dan diskaun 7% untuk Bumiputra juga perlu diambil kira.
    d. Syarat pembinaan rumah kos rendah; sederhana rendah dan kos sederhana sebanyak lebih kurang 30% daripada jumlah unit rumah dibina di mana kos pembinaan dan tanah sahaja telah jauh melebihi harga rumah yang dibenarkan iaitu RM42,000; RM72,000 dan RM100,000.
    e. Pemaju juga terpaksa membina infrastruktur seperti tapak Surau; taman permainan; kawasan lapang, lampu jalan; kolam takungan;
    f. Pemaju juga terpaksa membina dan memberikan percuma kepada penyedia kemudahan asas seperti Sub-station TNB; tangki air Syabas dan kolam najis IWK. Penyedia kemudahan ini mendapatkan semua infra tersebut secara PERCUMA daripada pemaju dan pemaju TERPAKSA lagi membayar Caruman Sambungan yang tinggi untuk setiap unit dibina.

    Dengan modal kewangan yang besar serta kos Pembangunan yang begitu banyak dan mahal maka pemaju hanya membahagikan mengikut kos/unit. Keuntungan bersih pemaju untuk seunit rumah hanyalah 10-15% harga jualan.

    Polisi kerajaan sebenarnya yang banyak meningkatkan harga rumah. Seperti -
    a. Fi Pembangunan, kuota dan diskaun Bumiputra
    b. Harga Pasir yang terlampau tinggi serta dipaksa beli secara tunai walaupun dimonopoli syarikat kerajaan di Selangor iaitu Kumpulan Semesta. Tanah kerajaan milik rakyat tapi bila jual harga tinggi 2X ganda tinggi daripada kerajaan BN yang dikatakan rasuah tetapi hasil dipungut hanya RM15juta setahun berbanding kerajaan rasuah BN yang mengutip RM7.5 juta. Itu terpulang pada pembaca yang membaca.
    c. TNB; Syabas serta IWK sepatutnya membeli Atau membina sendiri sub-station; tangki air dan kolam najis sebagai CAPEX mereka manakala pemaju hanya membayar Caruman Sambungan

    Jika langkah-langkah ini diambil maka harga rumah pasti turun. Tukar kerajaan pun tak guns sebab kerajaan baru pun banyak kerenah naikkan kos pembinaan.
    Kalau duly kerajaan BN yang dituduh rasuah dengan hanya memungut hasil doket dapat RM7.5 juta setahun. Tapi kerajaan PR sekarang dengan merosakkan tanah milik kerajaan iaitu tanpa modal pun hanya untung RM15juta dengan harga Pasir 2X ganda berbanding dulu. Kan lebih teruk.
    Aku tak cerdik tapi tak dapatlah pulak diperbodohkan ole kerajaan PR. Semua 2X5. Yang beza Ahli politik ini ialah istilah yang digunakan iaitu Aku Penyamun Kau Perompak
    d.

  • Anonymous says:
    December 30, 2011 at 11:46:00 AM GMT+8

    Anon December 29, 2011 7:19:00 ...

    Go back to your blogs and read what they write. Its full of shit.

    Why don`t you sue them for a change. Stupid bungling idiot.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)