Greetings

Sunday, December 18, 2011

Karpal Singh ditikam teman seperjuangan


Pemimpin DAP, khuusnya penasihat Lim Kit Sang dna anaknya Setiausaha Agung Lim Guan Eng cuba untuk mengaburi mata orang ramai akan pertelingkahan antara Pengerusi DAP Karpal Singh dan Timbalan Ketua Menteri P Pinang, P. Ramasamy.

Kelihatan kedua-dua Lim sedang berusaha untuk mencegah berlakunya perang habis-hbisan antara Ramasamy dan Karpal Singh.

Tetapi apakah yang sebenarnya berlaku? Adakah satu ribut taufan sedang menunggu terbina?

Pemerhati politik melihat satu pertembungan kuasa yang serius akan berlaku di Pulau Pinang ketika pemimpin utma parti sedang menyedikan parti untuk pilihanraya umum yang ke 13.

Pertelingkahan Ramasamy-Karpal bermula apabila Ramasamy memandai untuk mengumumkan sendiri beberapa nama penyokongnya sebagai calun DAP.

Terkenal dengan sikap seorang individu yang berpegang kepda semangat yang tersurat, Karpal terus menegur Ramasamy yang telah melnggar peraturan dan etika parti yng menegah campurtangan dalam kuasa jawatankuasa pusat.

Karpal memberitahu Ramasamy supaya tidak berperangai seperti "warlord" tanpa berbincang dan mendapat kelulusan pihak jawatankuasa pusat. Ramasamy membalas dengan menyatakan DAP tidak memerulakan "Godfather."

Jawatankuasa pusat yang dikuasai oleh Tuan Penasihat dan anak segera mengumumkan panel jawatankuasa khas untuk menangani pertelingkahan ini. Mereka berdua menjadi sebahagian panel tersebut dan dibawa sekali Penasihat Seumur hiduo yag mudah akur, Dr Chen Man Hin.

Dalam hanya beberapa jam tertubuh,panel membuat kesimpulan dan umumkan pertelingkahan ini sudah selesi dan DAP boleh terus ke hadapan untuk bersedia hadapai pilihanraya tetapi masaalah yang menimbulkan pertelngkahan masih tergantung.

Karpal Singh telah mengeluarkan kenyataan menyatakan keadaan tidak beransur baik lagi. Pengerusi yang tidak mudah untuk bertolak ansur, menuntut tindakan disiplin dikenakan terhadap Ramasamy dan mereka yang berhubungkait kerana melanggar peraturan, undang-undang dan etika parti DAP.

Kenyataan Karpal yang keras, yang disiarkan di New Straits Times sini, kini sudah mencetuskan ribut dalam DAP.

Sumber yang dipercayai berkata Setiausaha Agong Lim Guan Eng bersemuka dengan ayahnya dan memintanya mengenakan tindakan terhadap kemarahan Karpal yang tersiar di NST.

Lim Kit Siang ada menalipon Karpal untuk emintanya bertenang dan menyampaikan keresahan Lim Guan Eng, tetapi sebaliknya dia telah dimarahi Harimau Jelutong sebagai mengizinkan Ramasamy melanggar disiplin parti.

Karpal, agak keliru dengan perkembangan terbaru ini dan cara keluarga Lim berkelakuan dalam menangani politik kasar Ramasamy.

Dua ADUN DAP di Pulau Pinang, R.S.N. Rayer (Seri Delima) and A. Thanasekaran (Bagan Dalam), yang diketahui sebagai penyokong uat Karpal turut disasarkan bersama oleh RAMASAMY.

Yang menimbulkan kehairanan ramai pemerhati dan veteran DAP adalah bagaimana ahli politik yang masih mentah dan baru boleh beranikan diri untuk menyerang Karpal Singh.

Hampir kesemua mengesyaki adalah beberapa tangan ghaib disebalik kempe mmenyerang karpal Singh. Protes terhadap Pengerusi parti telah diadakan di Pulau Pinang dan Selangor.

Adakah Ramasamy berupaya mengumpulkan sokongan dan pengaruh dalam DAP dengan hanya beberaa tahun dalam politik atau bekas penyarah UKM ini ditolak ke gelanggang oleh pemimpin-pemimpon DAP yang kuat mahu Karppal Singh ditukarkan?

Sumber yang rapat dengan Karpal percaya konspirasi tahap tinggi ini bukan hanya untuk menendang Karpal Singh tetapi untuk menguatkan kuasa individu tertentu dalam parti.

Ia boleh dianggap satu pertempuran kuasa tetapi isu ini bukan setakap DAP Pulau Pinang. INi adalah medan tempur untuk menguasai DAP dan memastikan pasukan baru wakil yang dipilih adalah mereka yang turuti arahan Setiausaha Agong dan ayahnya.

Siapakah bersama dalam konspirasi ini? Apa sekali pun rancangan, Karpal bukan mudah untuk pergi dan serah diri.

Harimau Jelutong ini akan berlawan habis-habisan untuk mempertahankan kawasannya. Membakar patungnya tidak akan meredakan keberaniannya dalam berhadapan musuh, terutama sekali apabila musuh itu adalah bekas sahabat seperjuangannya.

Diterjemah dari The Benchmark

4 comments:

  • Far Lungeng says:
    December 18, 2011 at 11:05:00 AM GMT+8

    Carik2 bulu ayam..akhirnya akan bercantum juga. Asas perjuangan tidak akan dilupa walaupun ada perselisihan. Bukan macam UMNO...yg memang suka tikam belakang. Pasal tu BN tak dpt majoriti 2/3 pada PRU12. Ini yg dinamakan carik2 bulu ketiak..memang sampai bila akan berserabut. Oleh itu marilah beramai2 mengundi parti KITA pd PRU13 nanti.

  • CheWal says:
    December 18, 2011 at 3:15:00 PM GMT+8

    Asas perjuangan? Apakah asas perjuangannya?

    Menyelamatkan Anwar yg menpunyai masalah moral?
    Menubuhkan negara islam yg kejap menjadi negara kebajikan?
    Mewujudkan malaysian malaysia?
    Menjadikan islam agama yg bokeh dipermainkan?
    Menjadi kaldai DAP?

    Yang mana satu?

    Kalau asas pendirian parti pun dah tak sama, kalau konsensus pun tak dapat dicapai, jangan berangan nak cakap pasal asas perjuangan.

    Pembangkang tidak ada asas perjuangan. Sebab tu lepas dapat 5 negeri, takde satu pun yg mereka berjaya buat.

  • Anonymous says:
    December 18, 2011 at 4:39:00 PM GMT+8

    sapa yang suka tikan belakang ek?? Bukan ke si anugerah tuhan yang di gelar Al Juburi oleh Mat Sabu yang suka tikam belakang???
    Adushhhh..kalau lah benar kapal karam dah ditikam dari belakang..aduhaiiiii....hehehehe

  • Anonymous says:
    December 18, 2011 at 4:58:00 PM GMT+8

    sapa yang suka tikan belakang ek?? Bukan ke si anugerah tuhan yang di gelar Al Juburi oleh Mat Sabu yang suka tikam belakang???
    Adushhhh..kalau lah benar kapal karam dah ditikam dari belakang..aduhaiiiii....hehehehe

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)