Wednesday, December 21, 2011

Kalau dok tentang FGV listing, kasi orang lain!


Ramai pihak yang kini menentang penyenaraian Felda mempunyai motif jahat sebenarnya. Pihak yang terlibat dalam ketirisan yang menentang Tan Sri Isa Samad sebenarnya.

Helah mereka adalah Isa perasuah. Ramai lupa Isa dikenakan tata disiplin atas kisah dia pergi kenduri di rumah Shahiruddin Moin di Pahang. Bukan ada cerita kasi duit pun.

Kadang-kadang peraturan disiplin UMNO ada terlalu strict melebihi tuntutan undang-undang hingga akhirnya menjerat diri.


Berbalik kisah Felda, ramai tidak faham kenapa Felda Global Venture perlu disenaraikan. Maka kita senaraikan sebab-sebabnya yang dipetik dari Bigdog:

1. Syarikat tersenarai akan disyaratkan dengan peraturan urus tadbir korporat yang ketat oleh Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan Malaysian Minority Stockholders Watchdog Group

2. Syarikat tersenarai akan melantik beberapa ahli Lembaga Pengarah (BOD) yang bebas dan bukan mewakili/memihak kepada pemegang saham utama sahaja

3. Perolehan dari penyenaraian akan diberikan kepada pemegang pemegang saham yang melepaskan pegangan mereka untuk pemegang saham baru, termasuk yang ditawarkan kepada awam

4. DG FELDA ialah seorang kakitangan Kerajaan dan tidak upaya menguruskan 112 buah syarikat dibawah Kumpulan FELDA dengan baik. Syarikat tersenarai perlu pengurus professional, sebagaimana syarikat konglomerat antarabangsa berasaskan perladangan lain seperti Sime Darby, IOI dan sebagainya

5. FELDA perlu pembezaan antara peranan sebagai agensi pembangun masyarakat luar bandar dan kemajuan sosio ekonomi 317 tanah rancangan FELDA DENGAN syarikat konglomerat pelbagai perniagaan yang beroperasi berasaskan aktiviti utama huluan dan hiliran perladangan dan industri agrotani

6. Golongan peneroka yang tidak menerima penyenaraian FGVH hanyalah minoriti. Majoriti tidak faham atau peduli gerak-kerja korporat, termasuk peralihan pegangan saham dalam FHB dan FGV

7. Peneroka beroleh kepentingan langsung dalam penyenaraian FGVH dari pegangan syer mereka sebagai ahli Koperasi Permodalan FELDA (KPF), dimana Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak memperuntukan 35% dari pegangan saham FGVH kepada KPF

8. Penyenaraian FGVH akan ‘membebas kunci’ nilai sebenar asset Kumpulan FELDA. Gerak-kerja ini adalah sebahagian dari proses pra-pemyenaaian dan memungkinkan peneroka FELDA dibayar ‘durian runtuh’, sebagaimana diumumkan PM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak pada Ucapan Bajet 2012 7 Okt 2011

9. Penyenaraian FELDA ialah rancangan strategik PM Najib untuk menentukan asset Kumpulan FELDA dilaburkan melalui kitaran paling produktif, bawah pengurusan professional dan menjamin pulangan yang lebih baik kepada pemegang saham, termasuk peneroka melalui KPF. Ini menentukan dividen yang akan diberikan kepada KPF adalah lumayan dan berterusan dengan perancangan perniagaan yang mantap

10. Penyenaraian FGVH wajar disifatkan sebagai ‘ASNB Kedua’, dimana unit saham dilaburkan dalam syarikat tersenarai dan diuruskan oleh professional untuk pulangan lumayan jangka panjang dan berterusan

Banyak sepenuhnya di Big Dog
Aset yang ingin disenaraikan bukan aset peneroka atau koperasi tapi aset kepunyaan kerajaan.



Banyak aset ini mempunyai nilai tersembunyi.

Apa yang berlaku adalah kerajaan mahu transfer aset ini kepada masyarakat Felda yang terdiri dari peneroka, pekerja kerajaan, dan lain-lain. Entiti yang sesuai adalah Koperasi Felda.

Koperasi akan pegang saham dalam FGV yang mana aset kerajaan itu terletak. Untuk membolehkan ini semua, Koperasi kena approve perancangannya yang termasuk organisational restructuring sekali.

Tapi kalau banyak sangat cekadak, tak payah bagi dia orang. Kasi group2 lain. Askar, guru, polis atau semua rakyat Malaysia bawah skim ASN/ASB/Sekim2 lain. Padan muka tolak tuah!

4 comments:

  • Anonymous says:
    December 21, 2011 at 3:38:00 PM GMT+8

    bro...

    takkan takde negatifnya...asyik positif jer...


    sabri ni track record dia ok ker??

    nak mengemudi konglomerat kebanggaan orang melayu...

    semua projek kerajaan dari proton/tnb/air semua problem..

    sorry saja nak berbincang pasal ni...pls be positif...thanks

  • The Unspinners says:
    December 21, 2011 at 5:24:00 PM GMT+8

    Sabri akan buat kerja yang dia dah biasa.

    Benda yang tak biasa akan ditempuhi pelajarannya bersama dgn organisasi FGV.

    Saya nak tunjukkan satu saja. Kebaikkannya melebihi keburukkan, jika ada dan mungkin besar ada.

    Ramai komen mengenai keburukan listing FGV tapi semua salah.

    SIlalah .. tunjukkan kelemahannya.

  • Anonymous says:
    December 21, 2011 at 9:10:00 PM GMT+8

    kalau peneroka2 tak nak peruntukan saham kepada..berilah kpd kami yg amat memerlukan..kami bukan peneroka pun nak juga merasa kenikmatan sebagaimana yg dinikmati peneroka sekarang nie

  • Anonymous says:
    December 22, 2011 at 10:28:00 PM GMT+8

    Kalau 350,000 hekter dipajakkan kepada FGV, Felda Indok nak jadi apa?

fda

Link2Me WeLinkBk (275)