Wednesday, December 28, 2011

Jom lepak di I-City Shah Alam 28-31 Disember!


Jom ke Karnival Sayangi Selangor bermula hari ini 28hb ke 31hb. Ada pelbagai program menarik untuk belia-belia. Baca kedua-dua pamphlet ini.

SHAH ALAM 26 Dis. - Barisan Nasional (BN) Selangor akan menganjurkan karnival empat hari bertujuan menyemai semangat 1Malaysia dalam kalangan masyarakat di i-City dekat sini mulai Rabu ini (28 Dis).

BN negeri telah menyusun pelbagai aktiviti berasaskan kekeluargaan terutamanya bagi belia di karnival bertemakan 'Karnival Sayangi Selangor .Karnival ini adalah penutup kepada semua program yang diwujudkan dan dilaksanakan oleh Barisan Nasional Selangor tahun ini demi manfaat penduduk di negeri ini.

Matlamat majlis ini adalah untuk mewujudkan kesedaran dan persefahaman dalam kalangan masyarakat umum mengenai pelbagai program pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menghadiri majlis itu dan potret gergasi Perdana Menteri (Najib) yang dibentuk daripada gambar pelbagai wajah penduduk Selangor akan turut diserahkan kepada Najib pada majlis berkenaan.

KLPOS

0 comments:

fda

Link2Me WeLinkBk (275)