Monday, December 12, 2011

Hasan Ali menjawab langkah Khalid Gereja


Tindakan PAS Selangor yg secara 'berterus terang m'buat kenyataan Media tidak akan mencalonkan Hasan Ali di mana2 DUN di Selangor termasuklah di DUN Gombak Setia merupakan 1 'ugutan' jahat buat beliau.

Hasan Ali yg 1 ketika dahulu dijulang sebagai Pahlawan PAS Negeri tersebut kini berjaya 'digulingkan' oleh musuh dlm Parti Khalid Samad. Dengan menggunakan Saari Sungip selaku sebagai jurucakap, ternyata dendam Khalid Samad tidak berkesudahan.
  • Mungkin Khalid Samad lupa Hasan Ali masih berjawatan Exco. Banyak kepincangan Khalid Samad yang boleh dibogelkan dlm sekelip mata.
  • Kenapa Khalid Samad beriya2 mempertahankan penjualan arak di Kedai2 Serbaneka walaupun ianya di sekat di kawasan majoriti Melayu?
  • Siapa yang membantu syarikat arak di Shah Alam meluluskan pembinaan Gedung baru di Sepang yang keluasannya 4 kali ganda lebih besar dari tempat asal?

Petikan dari Gelombang Rakyat sini


Berikut respons Dato Dr Hasan Ali dalam satu PC di rumahnya pada pukul 11 pagi tadi:


1) Menyatakan perjuangan beliau atas nama Islam dan tidak mengharapkan apa-apa ganjaran seperti jawatan, tetap akan menyokong PR sekiranya perjuangan tersebut meletakkan Islam sebagai asas dalam pentadbiran di Selangor.


2) Menyatakan menerima berita di gugurkan sebagai calon ketika menerima darjah kebesaran oleh Sultan Selangor baru-baru ini.


3) Pengguguran beliau sebagai calon adalah berdasarkan kepada keputusan kekurangan mendapat pencalonan di peringkat cawangan dan negeri


4) Walau bagaimanpun keputusan untuk mencalonkan beliau pada PRU akan datang bergantung kepada keputusan pucuk pimpinan Pas Pusat


5) Menyatakan pada PRU lalu beliau kurang mendapat pencalonan namun tetap di pilih sebagai calon bertanding


6) Buat masa sekarang beliau tidak akan bertanding atas mana-mana parti dan bergantung kepada keadaan semasa


7) Sudah tidak memegang jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor sejak 8 bulan lalu dan tak mengetahui senarai yang akan di calonkn untuk bertanding pada PRU akan datng


8) Menyatakan wujud kerjasama yang tak selari antara Pas Selangor dan Pas Pusat


9) Walaupun PAS, DAP dan PKR mempunyai ideologi yang berbeza beliau tetap berjuang atas nama perpaduan


10)Beliau akan menyertai HIMPUN di Perak dan Selngor kerana perhimpunan tersbut tidak mlibatkan mana-mana parti politik


11)Beliau digugurkan atau tidak pada PRU 13 bukan satu masalah pada dirinya kerana berjuang atas nama islam


12)Tetap akan menyokong perjuangan PR sekiranya perjuangan berlandaskan kepada 3 perkara Islam, Melayu dan Sultan


13)Kepimpinan Tan Sri Khalid adalah satu prubahan dengan menampilkan pentadbiran ala korporat dan sentiasa menitikberatkan pengurangan kos


14)Mengharapkan berita pengguguran beliau tidak disebarkan oleh media sebagai suatu konspirasi.

5 comments:

  • Anonymous says:
    December 12, 2011 at 11:05:00 PM GMT+8

    Masa saya masih bekerja dulu tiap taip pagi saya mengikuti rancangan motivasi secawan kopi dari Radio Malaysia.Antara penceramah nya adalah Hassan Ali.Wah bukan main motivated nye saya waktu itu.Tak lama kemudian saya dapat tahu Hassan Ali jadi pembangkang kerajaan dan dari apa yang saya baca dia banyak mencerca lawan nya.Saya decided panggil dia hipokrit.Sekarang dia cakap lah apa pun berjuang untuk islam ke ape ke saya tegas berpendapat beliau saorang hipokrit!Kalau dia play back recording ceramah ceramah nya dulu mungkin dia malu cakap tak serupa bikin...tapi orang hipokrit tak kan tau malu.
    ps...saya bukan orang politik cuma saorang nenek tua.

  • Anonymous says:
    December 13, 2011 at 12:23:00 AM GMT+8

    Nama pun politician. Very unpredictable.

    Pengumuman mengugurkan Dato Hasan bertujuan untuk test reaksi dan market sokongan di Selangor khususnya dan Malaysia umumnya. Ia juga bertujuan melihat reaksi Dato Hasan.

    Pandangan / komen saya pada PAS . . . BIG MISTAKE!!!

  • Anonymous says:
    December 13, 2011 at 8:14:00 AM GMT+8

    berehat lah nenek dari memberikan sebarang komen ... kesian nenek tua ....dah tua pun nak fikir pasal politik lagi ...

  • Anonymous says:
    December 13, 2011 at 11:48:00 AM GMT+8

    Anonymous 8:14:00. Untuk pengetahuan saudara, nenek tua atau nenek muda, dia tetap ada hak nak bersuara. Dia tak bercakap pun pasal politik. Kalau nak larang orang tua pikir pasal politik, baik suruh aje seorang atuk tua di kelantan tu pencen cepat.

  • Anonymous says:
    December 13, 2011 at 2:22:00 PM GMT+8

    Orang muda skrang ramai yang menjadi "beku kaku layu dan pilu" kerana membiar diri mereka di brain washed oleh orang orang yang hebat menjual air lior.

fda

Link2Me WeLinkBk (275)