Greetings

Friday, December 30, 2011

Duit kerajaan itu duit PKR, kata Khalid ... Sila jawab Nik Nazmi


Nik Nazmi buat cerita Rocky dapat RM10 juta untuk alih pandang kepada penyalahgunaan wang kerajaan untuk parti PKR. Ini satu pertuduhan yang sering dibuat terhadap UMNO, termasuk isu NFC yang sebenarnya adalah isu peribadi dan bukan isu parti.

Di sini kami bidas balik dan tanya mana duit RM15 juta yang dibajet untuk kegunaan penyebaran mass media untuk kerajaan negeri Selangor?



Sampai sekarang Nazmi tak jawab.

Tak jawab tak apa ... Kita guna taktik keluar sikit-sikit yang diguna PKR. Kadang-kadang depa guna taktik many hit and run.

Kami petik isu ini dari blog Akar Umbi sini. Khalid Gagap pernah kata tak salah, apa kata tuan-tuan dan puan-puan pula:

“Adakah salah saya membayar tetamu saya dari Sabah dan Sarawak; teman-teman dari Puak Penan, Orang laut dan Murut yang mahu melihat sendiri bagaimana Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) mentadbir Selangor,” tegas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. [PASPB]
Bila kita komplen pasal wang MBI (Selangor Menteri Besar Incorporated) diselewengkan untuk taja 100 bilik untuk perwakilan PKR di Kongres Nasional PKR di Petaling Jaya, itulah (di atas) jawawapan Khalid.
Salah tetap salah, walau siapa buat sekali pun.

2 comments:

  • Anonymous says:
    December 30, 2011 at 8:36:00 AM GMT+8

    matlamat tak menghalalkan cara

  • Anonymous says:
    December 30, 2011 at 11:58:00 AM GMT+8

    Si Khalid ni masih tak sedar. Bila dia bukan MB lagi, semua liabiliti tertunggak akan tertanggung pada dia seorang. DAP, PAS mahupun PKR akan buat tak faham je. Tunggulah SPRM datang nanti. Jawablah segala2nya.

    Orang lain akan kata ... "I don`t know what, he was the MB".

    By then, you will go bankrupt and you may even get a heart attack.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)