Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Wednesday, December 28, 2011

Belia lihat Najib "cool"


Dapatan awal satu kajian menunjukkan 70 peratus responden yang terdiri daripada golongan belia kini berasa lebih dekat dengan kerajaan berikutan langkah yang dilaksanakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mendekati golongan itu.

Tinjauan terhadap belia melalui kajian yang dijalankan sejak 2010, berpendapat mereka menyambut baik penggunaan media sosial interaktif oleh Najib yang membolehkan golongan ini menghubungi Perdana Menteri secara langsung untuk memberi pendapat, idea dan juga kritikan mengenai pelbagai isu.

"Hasil kajian saya mendapati 70 peratus belia menyokong kerajaan kerana mereka seronok dan suka dengan pendekatan yang dilakukan kerajaan menerusi program-program yang dirangka.

"Itu adalah kuncinya untuk kerajaan mendekatkan diri dengan belia," kata pensyarah Sains politik di UiTM (Universiti Teknologi Mara) Dungun (Terengganu), Che Hamdan Mohamed Razali baru-baru ini.

Selain pendekatan melalui media sosial, katanya responden yang terdiri daripada golongan berusia antara 18 dan 40 tahun serta daripada pelbagai bidang pekerjaan termasuk pelajar, profesional hingga nelayan dan petani, berpendapat kerajaan pimpinan Najib juga kini lebih terbuka.

Rata-rata responden mengakui sedar akan inisiatif kerajaan Barisan Nasional (BN) yang semakin banyak melibatkan belia dan kepentingan mereka dalam merangka sesuatu program seperti rumah mampu milik untuk belia baru bekerja, bantuan kepada usahawan muda dan kemudahan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Mereka menghargai sekecil-kecil usaha seperti Perdana Menteri duduk bersila bersama belia di jalan raya untuk menonton siaran langsung perlawanan bola sepak, menganjurkan banyak kegiatan seperti futsal dan rancangan membina satu gelanggan futsal bagi setiap mukim.

Jadi adalah tidak benar jika dikatakan golongan belia suka menentang kerajaan dan 'anti-kerajaan' seperti yang cuba ditonjolkan pembangkang yang membawa belia ke jalan raya untuk berdemonstrasi dan bertindak tidak hormat terhadap pemimpin?

Baca sepenuhnya di Teganuku sini


Yang tak suka hanya mahasiswa pro-Mahasiswa, SAMM dan Adam Adli saja. Demo ni dah diresapi asap ganja dari kumpulan Universiti Bangsar Utama dan dionanikan sajak perjuangan yang penuh angan-angan kosong.

Demo ni satu hari akan jadi seperti dalam gambar berikut:


Kalau PM boleh dekati dan disayangi belia, tak akan pemimpin-pemimpin UMNo dan BN dari atas sampai ke bawah tak boleh dekati mereka?

4 comments:

  • Anonymous says:
    December 28, 2011 at 2:45:00 PM GMT+8

    tapi percayalah bila diorang dah masuk U....bekerja dan tergolong kepada golongan middle class...diorang akan tahu yang COOL tidak boleh menjamin kesejahteraan rakyat....

  • Anonymous says:
    December 29, 2011 at 5:50:00 PM GMT+8

    Sdra Unspinners
    Izin kan saya


    Najib terpaksa bodek luar biasa 7(tujuh) juta belia dan kaum muda kerana beliau yakin dan percaya undi belia dan kaum muda akan mengakibatkan hayunan kapada nya atas pendirian peribadi (personal popularity paksikan 1M.(UMNO punya tara pakai punya)

    Semua piminpin UMNO dan seangkatan hanya tompang sekaki sahaja walaupun kes bertubi2 dan ledakkan tembak kaki sendiri pentadbiran Najib.

    Saya berpendapat bahawa anggota kerajaan penjawat awam perkhidmatan awam saperti PDRM SB Mil Intel MACC juga Kemas BTN semua buang masa saja sebab Najib tidak akan ambil peduli akan laporan risikkan dan taklimat.

    Lagi pun penjawat awam yang di tugas kan untuk taklimat tahu Najib akan pergi ke akar umbi saperti belia dan kaum muda yang bilangan nya 7(tujuh) juta orang,melalui rangkaian " virtual listening" tweeter fasebuk social media sebagai jalan lencongan dan jalan pintas sebab Najib mengaku "he assured his online friends that he read their comment ideas complaints and he did his best to respond",
    Maana nya kabinet dan 1.4 juta penjawat awam semua jadi tunggul kayu buang masa habis kan beras dan pendapatan negara sahaja.

    Setakat ini Najib sendiri yakin telah membuktikan beliau adalah Presiden Parti 3.43 juta ahli UMNO merangkap juga suami FLOM.
    Najib juga, yang world view playsafe liberal terbukaan kelainan human rights civil liberties innovation transformacy politik enggage vernakular populis generasi Y kayuh basikal nonton bola sepak MUFC cool dengan IPOD tablet tweet FB blakberry new politiks new civil disobedience inclusive blue ocean high income nation world view sangat 1M,tapi bukan Prime Minister material.
    Hebat sangat ke nak jaga "kool imej".
    Anda di gajikan untuk menjadi "Prime Minister" bukan Menteri Belia dan Sukan.
    Sebab itu ramai pihak yang idamkan PUTRAJAYA, sebab mereka tahu Najib memberi keutamaan kapada "kool imej" dan bukan meminpin Negara yang menghadapi bermacam macam cabaran.Najib sendiri yang menjadi punca idaman tawan putrajaya.
    Najib anda tidak bolih "delegate responsiblity" atau "outsource leadership" atau harap kapada Kon- Sultan.
    Dapat lesen besar 1M
    arjuna waspada
    changkat lobak

  • Anonymous says:
    December 29, 2011 at 9:35:00 PM GMT+8

    buat penat aje dato najib berkempen mendekati belia.

    ketua bhgn umno batu gajah dari dulu smpai sekarang buat palat dengan anak muda. dah brapa ramai kena pedajal dengan dato usop kasim tu

  • Anonymous says:
    December 30, 2011 at 6:15:00 PM GMT+8

    Anon 29, 2011 9:35:00 PM.

    Wakil rakyat macam ni kita blacklist je. Kalau dicalonkan lagi, kita undi calon lain. Biar padan muka dia ...

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)