Thursday, November 24, 2011

Melaka Kalah Dengan Kelantan?




Jarang-jarang ketua sebuah negeri hendak mengaku negerinya kalah dengan negeri lain. Tapi lain pulak cerita dengan Ketua Menteri melaka Datuk Seri Ali Rustam yang mengaku kalah satu perkara dengan Kelantan.

Katanya, Melaka kalah dengan Kelantan dari segi gejala sosial, terutamanya yang berkaitan dengan mengandung luar nikah.

Apa bukti? Menurut beliau, buktinya, di Sekolah Harapan yang didirikan oleh kerajaan Melaka ada enam orang Kelantan berbanding hanya dua orang Melaka.

“Bab itu Melaka kalah dengan Kelantan, dan saya mengaku,”katanya sambil senyum sinis semasa menghadiri program kesenian di rumah Penghulu Md Natar di Merlimau Pasir petang Ahad.

Sebab itu kata, Ali Rustam beliau ajak PAS debat mengenai Sekolah Harapan ini.
“Saya dah ajak sebelum ini, tapi mereka diam, nanti selepas pilihanraya ini saya akan ajak lagi, kita debat terbuka pilih mana TV yang dia nak, TV3 boleh TV1 boleh, saya tak ada masalah,” katanya.

Sekolah Harapan”, adalah sekolah khas untuk pelajar yang mengandung luar nikah dan dikelolakan di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Sekolah yang mendapat peruntukan RM500,000 setahun dari kerajaan negeri itu bagi membolehkan pelajar yang mengandung luar nikah meneruskan pengajian mereka dengan jagaan khas dan mengelakkan kes-kes pembuangan bayi.

Jiwa Paradox

2 comments:

  • apek siplis says:
    November 24, 2011 8:52:00 PM GMT+08:00

    incik,

    saya meniaga ayam.... itu ayam lor.

    haiyaaa...

    sulah libeh 40 tawon meniaga ini ayam aaaa, sulah manyak tumpat saya pigi... satu celita bagut punya.

    mana-mana kita pigi aaa, musti ala itu manyak ayam kelantan. manyaaaakkkk oooo!!!

    sini kuala lumpo, lu tly la intai mana-mana tumpat, misti manyak ayam kelantan... muda, tua... sulah mau mati pun alaaaa!!!!

    latak picaya aaaa???

  • Abu Garcia says:
    November 26, 2011 11:58:00 AM GMT+08:00

    Banyak lagi isu ....

    Melaka kalah kepada Kelantan dalam:

    1. Kes penyeludupan manusia dan barangan terlarang
    2. Kes samun dan ragut
    3. Kes rogol dan cabul
    4. Kes samseng jalanan
    5. Kes "Masuk Bersamamu TV3"

fda