Thursday, November 24, 2011

Gempar! Isu Pilihanraya PKR bocor!

Kita jangan anggap serangan demi serangan, portal pro-Anwar seperti The Malaysian Insider, Malaysia Chronicle, Free Malaysia Today terhadap banyak isu kebelakangan ini sebagai kosong dan tidak bertujuan. Naive sangat kita kalau anggap begitu. Ini semua strategi dan susunan yang sangat rapi oleh Anwar dan Media Strategist-nya. Hebat. Memang teratur dan tersusun.

Apa strategi? Nak pastikan BN akan bersikap defensif dan senantiasa sahaja terpaksa menjawab banyak isu yang dibangkitkan. Menurut seorang teman, ada ’35 isu besar’ yang sedang digunapakai bagi memastikan BN kelam kabut dalam menjawab isu-isu ini.

Antara isu yang sedang digunapakai:-

NFC – jangan lupa, anak Shahrizat memecat seorang kakitangan Cina (budak DAP) di dalam syarikat tersebut tahun lalu. Semua data dan perincian mengenai projek NFC ada di tangan akauntan Cina ini. Silap anak Shahrizat juga, ambil staff ikut suka hati.


Private Jet Zahid Hamidi – menurut sumber, benar Zahid menggunakan private jet. Dia juga mengakuinya. Katanya, milik orang lain – namun menurut sumber dalaman sejumlah RM400k dibayar untuk khidmat tersebut. Info ini diberitahu oleh orang Zahid sendiri – kononnya atas dasar bangga dan seronok kerana boss-nya mampu dan kaya. Plain bangang!


Kedai Rakyat 1Malaysia


Keuntungan berganda penjualan Science Park di Selangor (siapa untung? Satim atau Khir?)


Isteri Noh Omar memiliki beberapa bidang tanah strategik di Shah Alam.


Ini semua baru sedikit. Di peringkat media strategist Anwar, semua isu ini tidak dilambak secara sekaligus. Ianya akan dilambak secara berkala. Guna pendekatan – blitzkrieg. Lightning war. Cepat dan pastikan musuh penat bertahan.

Nampaknya setakat ini, taktik ini menampilkan kejayaan. Dengan suasana orang dan pemimpin UMNO sendiri buka pekung dan menunjuk-nunjuk kemewahan; ianya akan memberikan banyak lagi modal untuk mereka menyerang kerajaan.

Katanya, fokus seterusnya adalah Pulau Pinang dan Kedah. Banyak juga isu, khususnya yang melibatkan Mahdzir Khalid dan konco-konconya seperti Ali Yahya dan Rawi (Langkawi). Banyak data sedang dikumpul dan akan dilambak menjelang pilihanraya.

Anwar yang mahukan blitzkrieg ini dijayakan bagi menutup sedikit isu moral yang sedang beliau hadapi. Mana ada orang cakap pasal liwat sekarang ni. Isu lembu naik kondo lebih menjadi bual bicara orang luar dan dalam UMNO. Bahaya….

Kita semua kena hati-hati dengan suasana ini. Jangan seronok sangat dengan benda-benda lain. Fokus dan tumpuan mestilah ditujukan kepada dis-credit Anwar sama sekali. Memang sudah terjadi tetapi gelombang ini belum cukup kuat.

Gelagat Anwar

Isu sudah keluar. Nama-nama yang terlibat perlu siap-sedia menangkis.

Jangan harapkan orang tolong cuci..

7 comments:

  • Anonymous says:
    November 24, 2011 at 11:20:00 AM GMT+8

    aku pun lihat begitu... kita mesti siapsedia awal berkaitan isu2 yang akan timbul oleh pembangkang... bila timbul ajer isu2 itu, kita sudah boleh gerakpantas mematikan hujah2 mereka... aku lihat pembangkang sudah mati akal dengan kelincahan bloggers kita... kita pulak takde follow-up dengan isu2 pembangkang yang kita pernah dedahkan... isu anak lge raba neneng belum ader cerita lanjutnya sbg contoh...

  • Anonymous says:
    November 24, 2011 at 12:35:00 PM GMT+8

    Hahahaa.... bagus, bagus, terus kan. Mintak UMNO kalah teruk.. Hahaha. Harta nagara ini bukan kamu yang punya.. hahaha..

  • Anonymous says:
    November 24, 2011 at 12:57:00 PM GMT+8

    lepas ni bloger tepi jalan pun berharga kot

  • AntaraPos says:
    November 24, 2011 at 3:24:00 PM GMT+8

    Perjuangan PAS Berubah- ubah | http://antarapos.com/v1/index.php?page=content.php&newsid=1017&type=%27news' | http://www.antarapos.com

  • Anonymous says:
    November 24, 2011 at 8:49:00 PM GMT+8

    Ambik Cina jadi akauntan, tulah padahnya. Padahal akauntan Melayu lebih hebat. Kekadang heran tengok company Melayu kat M'sia ni, asal melibatkan wang ringgit, mesti nak ambik Cina uruskan. Bukannya bagus sangat pun.

  • praha2 says:
    November 25, 2011 at 5:22:00 PM GMT+8

    eden dah komen perkoaro ini dulu tapi tak po oran melayu mudah lupo kato TDM. jadi ingat mengingati ado lah sato kewajipan.
    pertamo, oran umno baik lelaki mau pun wanita semuo bermogah mogahan. nak tunjuk dio lobih dari oran lain.
    yang satu algi nak gaya dio berkuaso bolih buet sesuka hati. di antaro komponen umno lah yang banyak membuet angkaro, scandal dlln. cakap tinggi melangit tapi tak serupo bikin. cubo lihat MP dan adun umno, lagak bukan main termasuk pemudo, wanita da puteri. cubo cubo lah morendaj diri supayo rakyat ado harapan. n i tak. eden ingatkan jatuh nyo UMNO/BN disobabkan "Imelda Marcos" malaysia. kalo tak pocayo kito lihat nanti. kalo jadi apo yang eden cakapkan mashaallah.

  • Anonymous says:
    November 26, 2011 at 8:44:00 PM GMT+8

    kenapa bn or umno lembab giler jawab tuduhan n fitnah? terlalu lama memikior? tiadakah agensi kerajaan yg memantau atau menangkis fitnah2 tersebut?

fda

Link2Me WeLinkBk (254)