Tuesday, November 1, 2011

Balak : Hutan Simpan Kekal pun PAS Kedah Bagi Lesen?

Signboard hutan simpan kekal

syarikat yang diberi tender..


demo penduduk kampung..tak puas hati..

Hari ini 31 oktober 2011 HAMPIR 100 orang penduduk-penduduk kampung sekitar daerah Pendang dan Padang Terap membuat demonstrasi membantah tindakan kerajaan negeri Kedah yang diterajui oleh regim Pas Kedah yang meluluskan lesen pembalakan kepada sebuah syarikat Ng N Beh Trading,no lesen KT 01-(P)-52-2011 di kawasan HUTAN SIMPAN KEKAL BUKIT PERAK sejak lebih sebulan yang lalu.

Tindakan kerajaan negeri Kedah itu telah menimbulkan kemarahan kepada penduduk-penduduk di 7 buah kampung iaitu Kg Sg Mas,Kg Sg Pisang,Kg Sungai Siput,Kg Mahawangsa,Kg Lasau,Kg Titi Akar dan Kg Padang Durian kerana aktiviti pembalakan tersebut dilakukan di kawasan tadahan air yang menjadi sumber air bagi ketujuh2 buah kampung terbabit.

Menurut Abdullah b. Shaari S/U JKKKP Kg Mahawangsa dan juga S/U bg Jawatankuasa Kolam Tadahan Air Bukit Perak,kerajaan pas Kedah telah bertindak zalim terhadap penduduk2 di 7 buah kampung terbabit kerana meluluskan aktiviti pembalakan di kawasan tadahan air yg menjadi sumber air mereka sejak dari dulu lagi. Malah,kerajaan negeri langsung tidak pernah memaklumkan langsung kepada penduduk2 kampung serta kepada jawatankuasa Kolam Tadahan Air Bukit Perak.

Akibat daripada aktiviti pembalakan tersebut,air yang disalurkan ke rumah mereka menjadi keruh berwarna merah hingga menyukarkan kehidupan seharian mereka. Lebih mendukacitakan lagi,apabila ada kematian di kampung mereka kerana urusan memandikan jenazah terpaksa menggunakan air yang kotor. Sebagai mewakili penduduk2 kampung,Abdullah Shaari menegaskan yang demonstrasi yang diadakan tadi adalah bertujuan untuk mendesak kerajaan negeri agar prihatin dan mendengar keluhan mereka agar membatalkan kembali lesen balak yang dikeluarkan kepada syarikat terbabit.

Tinjauan kami di lokasi Pusat Pengumpulan Balak Bukit Merah yang menjadi tempat demonstrasi tadi,kami mendapati banyak kayu kayu balak yang dikumpulkan di situ sebelum di hantar ke kilang memproses kayu balak. Apa yang memeranjatkan,terdapat banyak kayu2 balak yang bersaiz kecil. Bagaimana kayu balak yang bersaiz demikian boleh di tebang? Patutlah hasil kutipan balak Kedah di bawah pentadbiran Pas meningkat berkali ganda berbanding kutipan di zaman kerajaan BN dulu. Rupa-rupanya,sekarang ini semua pokok di tebang tanpa mengira saiz,sama kecil ataupun besar hingga habis gondol hutan.

Rata-rata penduduk yang ditemui,melahirkan rasa kecewa dan tertipu dengan janji-janji Pas sebelum ini yang kononnya akan mentadbir Kedah dengan lebih baik lagi daripada BN. Hakikatnya kini,kerajaan pas dilihat lebih zalim dan rakus berbanding BN dulu kerana meluluskan lesen pembalakan dengan sewenang-wenangnya walaupun di Hutan Simpan Kekal.

Baca seterusnya di Unit Media Kedah

8 comments:

  • Anonymous says:
    November 1, 2011 at 8:55:00 PM GMT+8

    .... kalau Hutan Simpan Kekal pun diorang boleh rogol, apa lagi dengan rakyat kecik....

    Ahli neraka betul sapa yg buat nie...

  • Anonymous says:
    November 1, 2011 at 9:47:00 PM GMT+8

    apa boleh buat depa sayang kat ustaz azizan.lepas ni tanggung la bala ALLAH taala turunkan kat sana lak

  • AliStare says:
    November 1, 2011 at 11:04:00 PM GMT+8

    A lah, kami nak cari duit sikit untuk pilihanraya ni pun hangpa nak buat bisin.

    Kalu ayaq rona merah sikit tu, bubuh gula jadilah ayaq sarbat.

    Ustad Azizan kata pokok kayu ni, kalau tak ambik rugi. Lama-lama dia mati jugak.

  • Anonymous says:
    November 1, 2011 at 11:05:00 PM GMT+8

    PRU12 dulu lu org pangkah PAS...skrg lu org jwb jer sudah la ahaks

    sendri makan pengat..sendri mau ingat la

    lagi mau tanya ker

    lu org demo bawa sepanduk besar bangunan angkasapuri pun takde guna beb...pokok dah kene tebang

    cina yg kaya...lu org minum la air tanah tuuuuu huhu

  • AliStare says:
    November 1, 2011 at 11:05:00 PM GMT+8

    A lah, kami nak cari duit sikit untuk pilihanraya ni pun hangpa nak buat bisin.

    Kalu ayaq rona merah sikit tu, bubuh gula jadilah ayaq sarbat.

    Ustad Azizan kata pokok kayu ni, kalau tak ambik rugi. Lama-lama dia mati jugak.

  • Anonymous says:
    November 1, 2011 at 11:35:00 PM GMT+8

    Hehe...padan muka....undi DAP lagi....opps...maksud saya PAS.

    PAS mana kesah nasib orang Melayu. Mempertahankan nasib orang Melayu adalah ajaran kafir UMNO/BN.

    Mempertahankan nasib tauke Cina itu adalah isle! Nanti akan dikeluarkan supporting ayat2 dan hadis. Tunggu sat, ustaz Bob akan jawap.

  • Anonymous says:
    November 1, 2011 at 11:46:00 PM GMT+8

    biasalaa yang dorang semua nak bela isteri mereka yang banyak dan mengumpul harta dunia , lepas tu buat ceramah mintak derma kat rakyat marhen .. dasar anjing DAP punya PAS !

  • Anonymous says:
    November 2, 2011 at 9:53:00 AM GMT+8

    syok woii jd pmbangkg dlu, la ni dh mmerintah.. hang pa pilh aku, aku run the show lh. hang pa jgn jelos tau..la ni aku perintah, aku tau la nk tadbir negeri..hang pa buat keje masa memangkah undi nnti..tp lambat lg nooo .. lni hang pa x pyh piqiak, bg kami buat keje..hang pa dok diam2 noooo

    tamin

fda

Link2Me WeLinkBk (254)