
1. Sama ada suka atau tidak, Profesor Aziz Bari dianggap tokoh akademik dalam bidang perundangan yang mempunyai kekuatan dan aura intelektual tersendiri.
2. Kita boleh bersetuju dan juga boleh tidak bersetuju dengan pandangannya. Bidang undang-undang hampir merupakan sesuatu yang begitu subjektif. Jarang sekali kita mempunyai peguam dan intelektual undang-undang yang sependapat dalam sesuatu hal undang-undang, mahu pun tafsiran perlembagaan.
3. Dalam bidang undang-undang para peguam sentiasa sahaja mempunyai hujah yang logik berlandaskan fakta perundangan dan hujahan terdahulu walau di pihak mana mereka berada. Dalam konteks ini juga, Prof Aziz Bari telah pun memilih pihak yang beliau mahu sokong. Jadi apa sahaja pandangan, kenyataan dan hujahan perundangan beliau merupakan hujahan seorang ahli akademik undang-undang yang telah membuat keputusan untuk berpihak kepada kumpulan tertentu.
4. Justeru walaupun sejak dahulu Prof Aziz Bari cenderung ke arah pihak yang satu lagi beliau pernah dijemput menyampaikan pandangan dan buah fikiran dalam majlis membabitkan kerajaan negeri Selangor semasa Barisan Nasional dahulu. Tidak salah mendengar pandangan yang berbeza.
Kecelaruan Pentadbiran UIA
5. Namun minggu lalu Universiti Islam Antarabangsa (UIA) mengumumkan penggantungan Prof Aziz Bari tujuh hari bagi membolehkan satu siasatan dalaman dilakukan kerana beliau dituduh mengkritik kenyataan DYMM Tuanku Sultan Selangor secara tidak wajar.
6. Penggantungan ini tiada kena mengena dengan Barisan Nasional mahu pun UMNO. Ini kerana telah bertahun lamanya beliau mengkritik kerajaan dan kelihatan menyokong kumpulan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bukan sehari dua Prof Aziz Bari "membelasah" kerajaan namun tiada sebarang tindakan disiplin dikenakan kepada beliau.
Baca seterusnya di blog Dr Khir Toyo


Awas dengan puak NeoCon Shiaah menyamar dalam UIA. Depa ini offshoot Islamic Revolution Council (IRC) yang ditubuhkan pada 1980n. Sila pergi ke website nih..
http://irfront.org/
Prof Awe Kecik
SHAH ALAM
Oi....Aziz....masuk gelanggang politik la!Senang...tanding PRU.Kalau PR menang,boleh jadi Menteri Undang-undang.Laksanakanlah undang2 mengikut kehendak u.Berenti kerja ngan UIAM.Kalau tak mahu join politik,buka U sendiri.k.wasalam.
Kalau dah buat pilihan tu melangkah jer laaa... baru orang panggil ada perinsip ada pendirian. Jangan main cakap dari luar gelanggang macam orang tak ada ....... .
Itulah bila orang yang disangka bijak pintar jadi pandir. Kalau benar Aziz Bari menyalahi undang-undang dengan komen beliau maka gunakanlah Akta Hasutan ke Atau sebagainya.
Masalahnya ialah bila tindakan dikenakan kepada penyokong pro- BN semua pihak berdiam diri walaupun tahu bahawa tindakan tersebut bermotifkan politik. Berlainan dengan pembangkang yang Go All Out mempertahankan penyokong mereka. BN Akan karam jika budaya ini diteruskan.
Pemimpin BN terkorban dalam Kerjaya politik bukan disebabkan Oleh pembangkang tetapi ditikam belakang oleh Ahli politik mereka sendiri. Bak aka Dr Khir terdapat 3 Menteri yang hendak korbankan Kerjaya politik beliau.
Berbalik kepada kes Aziz Bari, sepatutnya hujah beliau dibincangkan Oleh Ahli akedemik Atau ilmuan sendiri tanpa campurtangan politik. Jika hujah beliau karut biarkan seluarnya dilondehkan Oleh Ahli academic sendiri.
personally aku tak minat dgn aziz bari ni sbb intelectual thinking yg dibawanya terlalu menyimpang dari fitrah manusia.
makna kata dia bawa dark intelectual dlm pemikiran manusia. sudah tentu ini terlalu jahat.
cthnya, mcmana sesorg boleh menerima akhlak buruk seorang peliwat dan penzina menjadi pemimpin.
kalau pemikiran begini didesak utk masuk kedalam kepala kita. mana mungkin boleh diterima.
otai
Agen pembangkang ada di mana2...dalam MOE pun ada...
http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/letterssurat/44449-1bestarinet-awarded-to-ytl