Thursday, October 27, 2011

Laporan Audit Negara ,KDEB Rugi : Jawab Khalid Gagap!




SHAH ALAM, 25 OKT : Laporan Ketua Audit Negara yang mendedahkan kerugian lebih RM122 juta Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) menzahirkan berlakunya penyelewengan kuasa dan salah urus wang oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Mantan Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo ketika dihubungi AntaraPos.com berkata, hakikat apa yang diungkapkan selama ini oleh pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim bersabit isu ketelusan hanyalah ilusi politik semata-mata.

KDEB ialah syarikat pelaburan milik penuh kerajaan negeri Selangor yang selama ini mencatatkan aliran keuntungan berterusan sehingga 2008.

" Yang menambah kebimbangan saya pula ialah apabila KDEB menanggung kerugian RM122 juta lebih, iaitu duit yang terpaksa dibayar untuk subsidi air. Ini menunjukkan bahawa air percuma itu tidak berlaku. Apa yang berlaku ialah kerajaan negeri berhutang mengenai subsidi air ini cukup membimbangkan tentang masa depan industri air di Selangor.

" Mereka sebenarnya mengamalkan dasar kronisme yang lebih teruk daripada Barisan Nasional dan memberikan kerja-kerja tanpa tender dan saya difahamkan juga kerja-kerja ini tidak disiapkan mengkikut spesifikasi yang ditetapkan,"katanya.

Khalid selepas mengambil alih Selangor melancarkan Program Air Percuma yang ditanggung oleh KDEB sehingga menyebabkan syarikat subsidiari milik penuh kerajaan Selangor itu mengalami kerugian.

Menurut laporan Ketua Audit Negara, program tersebut menyebabkan KDEB perlu menanggung kos sebanyak RM131.47 juta pada 2009 berbanding RM68.67 juta pada 2008.

“Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga Disember 2010 mendapati secara keseluruhannya prestasi kewangan KDEB adalah tidak memuaskan kerana terdapat kerugian sebelum cukai pada 2009 berjumlah RM122.25 juta berbanding keuntungan sebelum cukai pada 2008 berjumlah RM34.45 juta.

“Pengurusan aktiviti utama KDEB dan prestasi kewangan tiga syarikat subsidiari KDEB juga tidak memuaskan pada 2009 yang mana terdapat kerugian selepas cukai berjumlah antara RM1.08 juta hingga RM139.23 juta,” jelas laporan itu.

Malah menurut laporan itu lagi, pengurusan aktiviti utama KDEB dan prestasi kewangan tiga syarikat subsidiari KDEB juga tidak memuaskan dan terdapat beberapa kelemahan tadbir urus korporat seperti mesyuarat Lembaga Pengarah yang tidak mengikuti kekerapan, Audit Dalaman tidak ditubuhkan dan Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan yang tidak berfungsi.

KDEB juga, jelas laporan itu, tidak membayar dividen kepada kerajaan negeri serta pembayaran bonus yang tidak mengikut pekeliling ditetapkan.

AntaraPos

Baca juga di malaysianewsnet

4 comments:

  • Anonymous says:
    October 27, 2011 at 3:04:00 PM GMT+08:00

    Dah agak dah yang memrintah Selangor sekarang semuanya penyangak dan lanun kehormat .Mengapa orang Selangor tak sedar lagi .Esok habis satu Selangor kena jual .apa la orang Selangor ni.

  • Anonymous says:
    October 27, 2011 at 3:46:00 PM GMT+08:00

    kalu aku rakyat Selagor lar, dah lama aku piket depan pejabat MB bodoh ini dan mintak penjelasan kenapa ini berlaku... nasib kau lar rakyat Selangor, dapat MB yang tak tahu urus negeri... menyesal tak sudah lar kerana mengundi Pihak Pembangkang...

  • Anonymous says:
    October 27, 2011 at 6:40:00 PM GMT+08:00

    Dalam laporan audit tu, hamapir 99%salah laku dan kesalahan di lakukan oleh agensi-agensi di bawah kerajaan persekutuan. Jadi, sebagai orang pandai, kenalah pegi piket selama 99 hari dulu depan pejabat Menteri Kewangan Malaysia, lepas tu jadi lagi pandai barulah berarak ke pejabat MB Selangor dan terus sambung piket lagi 1 hari. Barulah boleh cakap semu orang lain semua bodoh lepas tu. BODOH!

  • Anonymous says:
    October 28, 2011 at 9:56:00 AM GMT+08:00

    Kerugian RM122 juta, bayar subsidi air RM131 juta. Kan ke maksudnya kalau tak bayar subsidi air KDEB akan untung RM9 juta. Ia adalah bayaran yang tak perlu sekiranya ianya syarikat persendirian, cuma KDEB bayar sebagai satu amal utk rakyat Selangor. Apa masalahnya!!

fda

Link2Me WeLinkBk (275)