1- Pernah satu masa dahulu heboh satu Malaysia tentang pentadbiran Pas Kelantan dimana mereka tidak bersedia dan cukup lemah mentadbir dalam hal perundangan. Peristiwa memalukan tersebut di ceritakan semula seperti di bawah oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah.
"Kita tidak mahu perkara yang sama berulang pada kes yang lepas di mana mahkamah telah memutuskan hukuman sebat tetapi tidak ada rotan, siapa yang akan lakukan dan juga di mana ia ingin dilakukan. Keadaan ini amat memalukan kita, jadi secara dasar Kelantan sudah bersedia sepenuhnya,"
– Mohd Amar, Timbalan Pengerusi Jkuasa Teknikal.
Orang Kedah kata buat kerja macam teloq-peliaq. Hari ini benda yang sama akan berulang dan telah nampak Pak Lebai Pas yang mentadbir Kelantan akan menjadi pak-pandir dan akan dituruti dengan fitnah jahat mereka kemudiannya terhadap DS Najib. Memang nampak jelas rancangan mereka satu persatu.
2- Mari kita lihat tentang Jawatankuasa Teknikal Enakmen Jenayah Syariah ll (Hudud), yang baru ditubuhkan Isnin 24 Oktober selepas Mesyuarat Exco Kelantan.
Pertamanya, selepas berdetum-detam 22 tahun baru semalam hendak ditubuhkan Jawatankuasa. Kata sahabat facebooker, Eisa Emillio, itu adalah wawasan 20 Pok Nick, setelah 20 tahun akhirnya tercapai juga lah cita-cita Pok Nick untuk menubuhkan Jawatankuasa Teknikal.
Keduanya, baru semalam ditubuhkan dan masih lagi tercari-cari ahli seramai 19 orang, tiba-tiba hari ini telah dibuat keputusan untuk menghantar surat kepada DS Najib untuk berjumpa. Bukan setakat ‘akan menghantar surat’ malah ‘sudah mengutuskan surat’ pun.
"Kita sebenarnya sudah mengutuskan surat kepada Perdana Menteri bagi menyatakan hasrat kerajaan negeri untuk bertemu beliau(Najib) membincangkan tentang perlaksanaan hukum hudud di Kelantan”
– Mohd Amar, Timbalan Pengerusi Jkuasa Teknikal.
Bermakna semalam tubuhkan Jawatankuasa, semalam mesyuarat pertama, semalam cukup korum 19 ahli dan semalam telah hantar surat ke DS Najib. Kalau betul-betul efficient macam ni bermakna telah ada sesuatu yang tidak kena dengan Jawatankuasa Teknikal ini. Nampak benar mereka mengejar tarikh PRU13.
Ketiganya, tujuan utamanya Jkuasa Teknikal ialah, ‘melihat pandangan baru dari sudut undang-undang yang mengatakan ianya boleh dilaksanakan tanpa mengubah perlembagaan yang ada. Jadi jawatankuasa yang ditubuhkan ini akan melihat ruang-ruang tersebut sekiranya ada,”
Belum ada kajian, belum ada apa-apa lagi keputusan mesyuarat, surat hendak berjumpa Najib sudah dihantar. Bermakna segala keputusan telah diketahui in-advanced tanpa sebarang kajian. Keputusan telah dibuat oleh Pok Nick bahawa samaada berjaya atau tidak dilaksanakan, mesti berjumpa dengan Najib. Otak cukup-cukup sembelit. Senanglah nanti untuk menyalahkan Najib masa kempen PRU13 nanti. Boleh lah dimaklumkan kepada rakyat Kelantan yang mereka sudah berutus dengan Najib, tapi Najib yang lengah-lengahkan. Najib tak mahu jumpa. Tektik lapuk, lama dan kotor.
Keempatnya, kenapa mesti jumpa dengan Najib. Jawatankuasa Teknikal negeri bukannya atas arahan Najib pun. Jawatankuasa peringkat negeri berjumpalah dengan apa-apa Jawatankuasa peringkat persekutuan atau Kementerian yang bertanggungjawab. Dimanakah peranan Kabinet dan Parlimen. Nampak sangat Pok Nick tergesa-gesa disebabkan PRU13 atau memang Pak Lebai Pas tidak tahu berurusan.
3- Pindaan yang dipohon pindaan dari Pusat ialah kes atas Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), 1998 yang memperuntukkan kuasa kepada mahkamah untuk menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan.
Mana procedurenya? Setelah tidur 22 tahun kemudian semua perkara hendak disiapkan dalan 2 hari. Nampak sangat kelentong politik kampong. Najib bersetuju jumpa atau tidak, ia tetap menjadi bahan kempen PRU13.
Baca seterusnya di HHalem





hudud ialah hukum Allah..kita adalah dari Allah.apakah kuasa kita untuk mengatakan tidak atau 'tunggu' pada hukum Allah.buka lah minda.baca n fahami al-Quran,insyaAllah kamu akan selamat di dunia n akhirat.jgn terlalu taksub dgn dunia.jgn jadi LEMBU!
Klu tak belit bukan PAS namanya.
PAS IS DAJJAL.SO BERHATI HATI LAH WAHAI UMAT MANUSIA TERUTAMA DIMALAYSIA.
PAS- PARTI ANUS SEMBELIT...
PEJUANG HAMAS...
1.langkah yang baik buat pertama kali. Diharap j/teknikal ini serius dalam membuktikan bagaimana kajian teknikal perlaksanaan akan dapat diterapkan.
2.amat berharap SANGAT agar j/teknikal ini membentangkan kertas teknikal bukan kertas putih yang dicetak dengan abjad untuk buat modal pilihan raya.
3.kenapa tak berani meletakkan "tempoh jangka masa" kajian teknikal berkaitan dengan hudud ini?
4.kenapa dah ada permohonan "Pindaan yang dipohon dari Pusat ialah kes-kes atas Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), 1998 yang memperuntukkan kuasa kepada mahkamah untuk menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan." sedangkan kajian teknikal belum pun dibuat????
5.mengapa nak jumpa PM walaupun tidak ada satu kajian teknikal pun dbentangkan????
Dengan manusia, dengan rakyat, dengan umat Islam Malaysia khususnya, PAS boleh bersandiwara, bole main wayang. Selagi ada cara putar belit untuk 'menampakkan' seakan berjuang untuk Islam, putar-putarlah selagi dapat.
Depan Allah nanti, tiada apa yang tersembunyi.
Saat berhadapan denganNYA mungkin lambat lagi., namun ia PASTI datang. Tiada siapa yang dapat layanan istimewa hanya kerana undi parti PAS.
Tipu laa banyak2...!
PAS OH PAS..
YANG O.OOO1% TU JUGAK YANG DIHEBOHKAN..DARI DULU SAMPAI SEKARANG..
YANG 1% DAN LEBIH BESAR PERATUSNYA MASIH DIABAIKAN..
SUDAH2 LAH TU..