Tuesday, October 25, 2011

HIMPUN : Aktivis Islam Kecewa Dengan PAS



Oleh Helme Hanafi

JIKA kita selalu menghadiri program ceramah besar-besaran PAS, kita akan dapati cara kerjanya (SOP) sama dengan Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang diadakan di Stadium Shah Alam petang Sabtu.

Baik dari segi kedudukan petugas yang menyambut orang ramai, susun atur program, ungkapan takbir setiap kali habis ucapan, bentuk dan design banting yang tergantung di sekeliling stadium, dan paling terang sekali, sebelum penceramah terakhir berucap, keluar karung khas kutip derma, memang sah DNA PAS.

Bagi wartawan yang biasa liputi program UMNO dan PAS, sebahagian besar daripada 10,000 hadirin itu adalah aktivis-aktivis Islam yang sinonim dengan PAS bukannya UMNO.

Deretan belia dan beliawanis, berkopiah dan bertudung litup, duduk tertib dari awal hingga akhir majlis, jarang bertepuk tangan, memang sinonim dengan gerakan Islam di manapun.

“Mereka ini aktivis Islam yang selama ini menyokong PAS dan mula kecewa dengan Pakatan Rakyat,” kata seorang bekas pemimpin PKR pusat ketika kami terserempak di majlis tersebut.

Menurut beliau, majoriti yang hadir itu adalah golongan yang kecewa dengan pengaruh kumpulan Erdogan dalam parti Islam tersebut.

“Mereka merasakan PAS di era Anwar Ibrahim menjadi Ketua Pembangkang ini terlalu berkompromi dengan isu-isu Islam seperti murtad yang sudah lama menjadi retorik dalam ceramah-ceramah PAS.

“Tapi mereka juga bukan penyokong apatah lagi pengundi UMNO, jadi HIMPUN menjadi medan mereka untuk menzahirkan ketidakpuasan hati terhadap PAS Baru yang lari dari asas perjuangan dan retorik tradisi mereka,” katanya.

PAS dalam muktamar terakhirnya Jun lalu bahkan menukar konsep Negara Islam kepada Negara Kebajikan bagi menarik sokongan bukan Islam kepada parti itu.

Penganjur bersama HIMPUN, Dr Yusri Mohamad memberitahu Agendadaily, beliau teruja melihat kehadiran ramai orang muda dalam majlis tersebut.

“Kami hanya mengharapkan NGO-NGO yang menyertai HIMPUN agar memobilisasi ahli mereka,” katanya ketika ditanya cara penganjur kumpul peserta program tersebut.

Ada yang kata angka 10,000 itu tanda kegagalan penganjur kumpul satu juta tapi kalau kita lihat dari sudut lain, angka 10,000 adalah angka kehadiran biasa bagi program-program besar PAS di Lembah Klang.

“Sebut apa saja program besar PAS samada di Stadium Melawati atau Taman Melewar, kehadiran mesti kurang atau lebih 10,000, sebab apa, sebab itulah akar umbi mereka,” kata bekas pemimpin PKR yang biasa dengan kerja-kerja mobilisasi penyokong PAS apabila program melibatkan Anwar Ibrahim.

“Jika di Kelantan atau Kedah mungkin boleh dakwa sehingga 50,000 tapi kalau di Lembah Klang, 10,000 itu angka sebenarnya,” katanya penuh yakin.

Jika ditolak satu pertiga daripada 10,000 itu untuk penyokong Perkasa, UMNO, dan NGO seperti PPIM dan PEMIMPIN yang dilihat condong kepada kerajaan, yang lain itu memang dikenali berat belah pembangkang.

Dalam bahasa mudahnya, perhimpunan petang Sabtu itu adalah manifestasi kekecewaan kelompok gerakan Islam kepada PAS Baru.

Mereka kecewa melihat PAS yang tunduk kepada Anwar, yang tunduk kepada DAP sehingga hilang jati diri parti itu.

Baca seterusnya di Agenda Daily

5 comments:

  • Anonymous says:
    October 25, 2011 at 10:57:00 AM GMT+8

    blog tuan tercemar malware

  • Anonymous says:
    October 25, 2011 at 1:04:00 PM GMT+8

    BUKAN BILANGAN YANG MENENTUKAN ISUNYA Disini adalah penyataan niat kiTa menentang Musuh Allah..Biar sedikit seperti Mujahidin BADAR.. tapi tindakan yang sedikit telah membuka mata pihak yang bersekongkol dengan KAFIR dan sering mempergunakan ayat Al Quran, bahawa masih ada mujahidin yang sayang agamanya. dan yang PENTING perhimpunan itu bukan pengakhiran..akan ada lagi perjuangan selepas ini..InsyaALLAh.

  • The Unspinners says:
    October 25, 2011 at 2:16:00 PM GMT+8

    Masalah malware sudah diatasi. TQ

  • Anonymous says:
    October 25, 2011 at 7:06:00 PM GMT+8

    pas sokong gerakan kristian..
    pkr sokong gerajan kristian..
    knp ada yg sokong pas+pkr?
    adakah mereka juga pendokong gerakan kristian?

  • nshinah says:
    October 25, 2011 at 11:57:00 PM GMT+8

    Saya ahli biasa UMNO. Umur 51, tapi join UMNO baru 1 tahun lepas. Saya bawa anak berumur 18 tahun ke HIMPUN. Saya pergi HIMPUN semata-mata untuk menghidupkan semangat PERPADUAN di antara saudara Islam di Malaysia.

    Tentu ada segellintir macam saya pergi dengan niat murni dan tidak disuruh oleh mana-mana pihak atau persatuan sekalipun.

    Saya terbaca mengenainya dalam Blog saudara-saudara Islam.

    Itu lah pertama kali dalam hidup saya ke Stadium Melawati Shah Alam.

    Umat Islam kini berpecah tiga (dari segi politik) kerana senang sangat dihasut oleh kaum kufur dan kafir yang MENGHEMBUS perasaan kebencian - se sama agama- yang tidak bertempat di dalam hati orang Muslim di Malaysia. Tak kisah lah isu apa pun. Janji dapat membuatkan saudara-saudara se islam berperang sesama sendiri.

    Itu lah yang terjadi di negara Islam- Arab.

fda

Link2Me WeLinkBk (275)